kelikkk la saya pelisss!!

iud

artikel ni plak berkenaan iud..salah satu cara ntuk merancang kehamilan....saja nak share dengan kawan2...kot nak merancang atau nak menjarakkan anak...ekekeke takkan nak tetiap tahun kan??? uhuhuhu..penat seehhh!

Kaedah Alat Instrauterin (IUD)Kaedah-kaedah pencegah kehamilan merupakan satu keperluan penting bagi merancang saiz dan masa yang tepat untuk mendapatkan anak. Ini adalah penting terutama bagi mereka yang baru bersalin atau mempunyai masalah kesihatan mengandung untuk mengelak dari mengandung. Salah satu cara mencegah kehamilan adalah dengan penggunaan Alat Instrauterin (IUD). Alat Instrauterin (IUD) ini merupakan satu alat diperbuat dripada plastik berbentuk `T' dan dimasukkan ke dalam uterus oleh doktor.

Terdapat dua benang halus pada satu hujung yang tergantung kearah serviks. Wanita boleh merasai benang alat Instrauterin (IUD) melalui pemeriksaan sendiri. (Sila berbincang dengan doktor anda.) Benang ini berfungsi untuk pemeriksaan bagi memastikan alat IUD masih berada di dalam keadaan yang betul dan tidak tertanggal atau jatuh. Benang ini juga digunakan untuk menarik alat IUD keluar apabila tidak lagi diperlukan. Alat Instrauterin (IUD) adalah alat fleksibel yang mengganggu pergerakan sperma dalam ruangan uterin. Alat Instrauterin (IUD) bertindak dengan membuatkan badan menyangka terdapat bayi di dalam kandungan.

Ini menghalang berlakunya kesuburan dan juga menghalang benih melekat pada dinding rahim.Terdapat dua jenis IUD iaitu:
A. Paragard Copper T 380A yang melindungi terhadap kehamilan selama 10 tahun. Terdapat lilitan dawai tembaga pada lengan "T". Paragard Copper T 380A boleh dikeluarkan oleh wanita pada bila-bila masa yang dikehendaki. Selepas 10 tahun, Paragard Copper T 380A perlu dikeluarkan oleh doktor terlatih. B. Progestasert Progesterone berbentuk "T" yang perlu diganti setiap tahun. Progestasert Progesterone mengandungi hormon progestin yang dibebaskan secara perlahan-lahan.

Bagaimana IUD berfungsi.Apabila IUD berada dalam kedudukan yang betul, kemungkinan untuk mengandung menjadi tipis. Kenapa ini terjadi tidaklah difahami sepenuhnya, tetapi kemungkinannya IUD itu membuat badan menyangka terdapat janin dan akan bertindak balas untuk menghentikan proses persenyawaan yang baru. Selain itu kemungkinan IUD menyebabkan telur bergerak pada kadar berlainan oleh itu menghalang proses persenyawaan. Dawai tembaga pada T tembaga mungkin toksik kepada sperma olehitu menghalang sperma daripada sampai kepada telur.
Dengan IUD Progestasert, hormon yang dibebaskan meningkatkan lendiran serviks dengan itu menghalang pergerakan sperma. IUD juga mengubah dinding rahim menyebabkan telur yang disenyawakan gagal melekat pada dinding rahim. Alat IUD berfungsi dalam pelbagai cara. Tiada siapa yang faham sepenuhnya bagaimana alat IUD berfungsi untuk mencegah kehamilan. Maklumat di atas menjelaskan bagaimana alat IUD berfungsi mengikut kefahaman pada masa kini.

Pemasangan alat IUD
Untuk menggunakan IUD seseorang perlu mengikut langkah berikut :-
1. Pergi berjumpa doktor untuk pemeriksaan untuk memastikan samada selamat bagi anda menggunakan IUD. Anda akan ditanya mengenai sejarah perubatan dan diperiksa termasuk ujian bagi sesetengah penyakit kelamin.

2. Doktor akan memastikan masa yang sesuai untuk pemasangan IUD. Alat IUD boleh dipasang bila-bila masa asalkan anda tidak mengandung. Sesetengah doktor lebih gemar memasang IUD ketika masa haid untuk memastikan wanita tidak mengandung. Tambahan lagi, serviks lebih renggang pada masa ini, dan meletakkan alat IUD lebih mudah bagi wanita. Sesetengah yang lain gemar memasang pada pertengahan bulan kerana ini mengurangkan risiko jangkitan. Serviks juga lebih terbuka pada pertengahan kitaran bulan ketika masa subur. Sebaik sahaja IUD diletakkan, anda mungkin mengalami kekejangan atau merasa pening. Untuk beberapa bulan pertama, adalah normal untuk berhadapan dengan haid yang tidak menentu, pendarahan haid yang lebih banyak, atau merasa pening.

3. Anda harus sering memeriksa benang IUD sebelum melakukan hubungan dan selepas habis haid. Anda juga perlu memeriksa benang IUD sekiranya mengalami kekejangan luar biasa ketika haid. Gunakan jari yang bersih untuk memeriksa benang IUD berhampiran dengan serviks. Pada pertengahan kitaran haid, serviks mungkin berada pada kedudukan lebih tinggi, dengan itu lebih sukar diperiksa. Sekiranya kedudukan benang tidak berubah, IUD berada dalam kedudukan yang betul. Sekiranya anda gagal merasai benang atau merasa plastik, alat IUD mungkin terkeluar dari kedudukannya dan anda boleh hamil. Amat jarang alat IUD terkeluar daripada rahim tanpa disedari. Sekiranya anda merasa IUD terkeluar, anda dinasihat untuk mengelakkan daripada melakukan hubungan seks sehingga diperiksa. Sekiranya tidak, guna kaedah mencegah kehamilan yang lain.

4.Berjumpa dengan doktor untuk mengeluarkan IUD sekiranya :-
Tamat tempoh masa :-
10 tahun bagi Paragard Copper T 380A 1 tahun untuk Progestasert Progesterone Anda mengandung atau ingin mengandung. Anda ingin berhenti memakai IUD.

Kesan sampingan.
Setiap IUD mempunyai kesan sampingan yang berlainan.Kesan sampingan bagi Paragard Copper T 380A adalah :-
a) Haid yang lebih lama, lebih banyak, atau tidak menentu. Keadaan ini boleh membawa kepada masalah kekurangan darah "anemia".b) Kekejangan masa haid yang menyakitkan.Kesan sampingan bagi IUD Progestasert Progesterone adalah :-
a) Haid tidak menentu, atau pendarahan yang ringan antara tempoh haid. Keadaan ini disebabkan oleh hormon progestin. b) Kekejangan masa haid yang menyakitkan. Bagaimanapun IUD Progestasert Progesterone sering mengurangkan kehilangan darah haid dan kekejangan.

Masalah penggunaan Alat Instrauterin (IUD)
Terdapat beberapa masalah yang boleh berlaku disebabkan oleh penggunaan IUD termasuk :- Jangkitan atau keradangan pelvik.Ia biasanya berlaku pada beberapa minggu pertama pemasangan. Ini biasanya disebabkan oleh penyakit kelamin yang sediaada ketika IUD dipasang. Keadaan ini perlu dirawat dengan teliti. Sekiranya tidak dirawat ia boleh mengakibatkan kemandulan atau lebih teruk lagi mengakibatkan kematian.Bocor atau koyak pada rahim atau serviks.Masalah ini berlaku ketika pemasangan dan yang amat jarang berlaku. Penyingkiran IUD.Tanda IUD terkeluar termasuk cecair faraj, sakit atau kekejangan pada perut, haid tidak menentu, perbezaan pada panjang benang IUD, dan Alat IUD dapat dikesan pada serviks. KeguguranSekiranya seseorang wanita mengandung ketika pemasangan IUD, terdapat peluang sebanyak 50% keguguran. Mengandung luar rahim "Ectopic Pregnancy"Wanita yang memakai IUD berkemungkinan berhadapan dengan mengandung luar rahim "Ectopic Pregnancy" sekiranya dia mengandung berbanding dengan wanita yang tidak memakai IUD.

Tanda-tanda amaran mengenai masalah pemakaian IUD adalah seperti berikut :-

- Lambat haid, pendarahan haid tidak menentu atau banyak yang tidak normal (mungkin disebabkan oleh mengandung atau jangkitan.) - Sakit perut, sakit ketika melakukan hubungan seks (mungkin disebabkan jangkitan mengandung luar rahim "ectopic pregnancy infection" - Rasa kurang sihat, demam, sejuk (kemungkinan jangkitan) - Tali IUD hilang atau berubah panjangnya. (kemungkinan IUD hilang, atau beralih kedudukan.)Terdapat beberapa sebab apabila doktor akan menasihatkan untuk mengelak penggunaan IUD. Kebanyakannya bersangkut paut dengan keradangan pelviks (PID) ketika beberapa bulan awal selepas pemasangan. Ini termasuk :-
- Penyakit kelamin semasa atau yang lalu, atau jangkitan pelviks atau masalah sejarah mengandung luar rahim yang lalu. - Faktor risiko jangkitan penyakit kelamin seperti jumlah pasangan hubungan seks juga dipertimbangkan oleh doktor. Sekiranya wanita mempunyai rancangan untuk mengandung pada masa hadapan, doktor mungkin menyarankan kaedah yang lain. Ini disebabkan sekiranya berlaku radang pelvik, kemandulan mungkin berlaku. - Selain itu sekiranya wanita normal telahpun berhadapan dengan masalah pendarahan, sebab sebenar pendarahan perlu dikenal pasti sebelum pemasangan IUD.

Memastikan keberkesanan IUD.Dianggarkan 0.8 bagi pengguna Paragard Copper T 380A dan sehingga 2 peratus bagi pengguna Progestasert Progesterone IUD akan mengalami kehamilan yang tidak dirancang dalam tahun yang pertama. Selain itu terdapat kegolongan kecil wanita yang berhadapan dengan masalah pendarahan haid disebabkan oleh penggunaan Alat Instrauterin (IUD). Untuk memastikan kaedah IUD berkesan pemakainya digalakkan untuk mengambil langkah seperti berikut :- 1. Sering memeriksa benang IUD 2. IUD perlu ditukar mengikut jadual yang disyorkan, iaitu:-
- 10 tahun bagi Paragard Copper T 380A - 1 tahun untuk Progestasert Progesterone3. Pantau sebarang tanda jangkitan terutama pada beberapa bulan pertama.

Kelebihan dan kekurangan IUD.Ada yang gemarkan penggunaan IUD disebabkan :-
- Tidak menghalang hubungan seks.
- Berkesan untuk menghalang kehamilan.
- Mudah digunakan dan tahan sehingga 10 tahun bagi Paragard Copper T 380AAda yang tidak gemarkan kaedah IUD disebabkan :-
- Boleh menyebabkan pendarahan yang lebih banyak
- Boleh menyebabkan masalah kesihatan yang mengakibatkan kemandulan.
- Tidak menghalang daripada penyakit kelamin.
- Memerlukan pengawasan doktor ketika pemasangan dan pengeluaran IUD.Penggunaan Alat Instrauterin (IUD) tidak mampu menghalang daripada jangkitan penyakit kelamin. Penggunaan Alat Instrauterin (IUD) hanyalah bertujuan untuk merancang kehamilan semata-mata.Bagi wanita yang tidak sesuai menggunakan Alat Instrauterin (IUD), masih terdapat cara-cara lain bagi mengelakkan kehamilan yang tidak dirancang. Anda perlu berbincang dengan doktor agar dapat memastikan kaedah yang digunakan bersesuaian dengan diri anda.

pap smear

huh...penat!! baru balik dari klinik...wat ada appoinment ngan doktor sumathi....wat pap smear...pas bersalinkan adam,ni la first time....adehhh ngilu tak abes lagi...ekekeke....
selepas bersalin kan arissa dulu mmg sara buat ujian pap smear ni setiap tahun...lagipun aman mmg selalu amik berat kalau bab2 pemeriksaan tak kira la pemeriksaan apa pun...
takpe tu tandanya dia sayang sara kan...eheeee....lagi pun sara pakai iud,so selain nak chek betul ke tidak kedudukan iud tu...sekali harung la buat pap smear...tak lama pun...tak sampai 10 minit...pasal kos plak tak sure la berapa....sebab pergi ke klinik panel kan...eheee....
sara jugak ada bagi tau dokter yg sara alami tempoh heavy flow yg lama semasa period,so sara perasan setiap kali period sara akan pening...sebab kurang darah...n bila chek tadi dokter cakap sara maybe kurang darah...100/70 saja tekanannya...so dokter bekalkan pil tambah darah n vitamin c...balik dari klinik,pergi makan tomyam...aman bising dia tak bagi diet...so seminggu ni maybe sara abaikan diet la kot....huhuhu....sebab nak tambah darah punya pasal...errmmm

ni ada artikel pasal pap smear yg sara nak kongsi dengan kawan2....

A Pap smear (also known as the Pap test) is a medical procedure in which a sample of cells from a woman's cervix (the end of the uterus that extends into the vagina) is collected and spread (smeared) on a microscope slide. The cells are examined under a microscope in order to look for pre-malignant (before-cancer) or malignant (cancer) changes.
A Pap smear is a simple, quick, and relatively painless screening test. Its specificity - which means its ability to avoid classifying a normal smear as abnormal (a "false positive" result) - while very good, is not perfect. The sensitivity of a Pap smear - which means its ability to detect every single abnormality -- while good, is also not perfect, and some "false negative" results (in which abnormalities are present but not detected by the test) will occur. Thus, a few women develop
cervical cancer despite having regular Pap screening.
In the vast majority of cases, a Pap test does identify minor cellular abnormalities before they have had a chance to become malignant and at a point when the condition is most easily treatable. The Pap smear is not intended to detect other forms of cancer such as those of the
ovary, vagina, or uterus. Cancer of these organs may be discovered during the course of the gynecologic (pelvic) exam, which usually is done at the same time as the Pap smear

artikel ni dipetik dari http://www.medicinenet.com/pap_smear/article.htm

makan tengah hari


ni lauk utk tengah hari...sweet n sour chicken filet...amik resepi dari blog yummylicious
thanks ye kak...sara tak bubuh daun kari je sebab tak de..len kali sara ikut bebetul...ekekeke


ni plak kerabu suun...cara buatnya senang je

bahan:
suun (celur n toskan)
udang dan sotong (celur sehingga masak,potong kecil2)
sos ikan / nampla
gula,garam
lada potong halus
bawang besar potong halus
serai potong halus
limau nipis
daun bawang hiris halus

campur semua bahan....pastu rasa la cukup ke tak asam,gula n garamnya...eheeee

triffel


1 bekas ni special untuk cikgu sekolah arissa...(hepp!! bukan rasuah tau!!)


ni bahagian tepi dia...layer swiss roll tu tak bape nampak...uhuhuhu



tak terfikir plak nak pakai bekas yg clear...ehehehe...so tak nampak la layer dia...
bahagian atas pun jadi la kan....



semalam terasa nak makan triffel...so bahan2 mmg dah ada....sara try buat pakai resepi yg dicedok dari blok kacip's from the kitchen department ...first try....menjadi..ekekeke...sedap n simple...senang nak buat.....

pulut durian


sabtu lepas lupa plak nak upload gambar....malam tu kami menjamu selera dengan pulut durian...eheeee...lama tak pekena....pergghh!!

ketam masak sos


seperti yang dijanjikn pada kawan2 yg nak resepi ketam masak sos tu...ni dia ye malam ni makan ketam masak sos kegemaran mr.aman....ehehehe.
~ketam di buang kulit atas,dibersihkan dan di potong 2
~ sos cili,sos tomato,sos plum,sos tiram,kicap manis,kicap masin
~ garam dan gula
~ minyak
~ bawang merah n bawang putih,halia muda
~daun bawang sebagai hiasan
cara:
~ tumis bawang,halia sehingga naik bau
~ masukkan sume sos dan kicap
~ biarkan mendidih
~ masukkan ketam,tutup kuali
~ kecilkan api biarkan sehingga masak
~ masukkan garam dan gula
~ balik2 kan ketam sehingga masak rata
~ siap hidang...hiaskan dengan daun bawang
tu je...simple....bahan2 tu tatau la plak sukatan dia sebab sara main campak je masuk kuali...sume lebur dalam kuali je....ehehehehe....pandai2 agak la korang ye!!
kalau yg suka lebih masam tu boleh tambah asam jawa skit...

bubur jagung



balik dari sekolah arissa nak makan bubur jagung....
memang dia suka makan bubur jagung....so bahan2 dah ada....kejap je la buat
pakai jagung dalam tin.....errmmm!!

kentang lenyek


hari ni wat kentang lenyek untuk adam,
just lenyek dengan salted butter n fresh milk saja....
kentang ni sara tak blend atau tapis...just lenyek dengan garfu....biar ada chunky2 skit,sebab dia tngah suka kunyah2...tapi pastikan chunky2 tu lembut n tak terlalu besar....


bila dah nak makan baru la sara bancuh dengan warm fresh milk


see....licin semangkuk....ekekeke....makan tengahari adam...kentang lenyek special!!

selamat hari jadi adik!!









hari ni hari jadi adik...zatil iman...yang ke 15...so selamat hari jadi...semoga sentiasa mendapat yang terbaik...dan semoga berjaya dalam PMR... kad ni handmade...aku wat sendiri....ekekeke...tema... pop up fancy birhday...ingat nak pos semalam..ari ni tapi lupa plak...so isnin je la pos...ekekeke...bersama small gift...."i'm sori" ekekkeeke...

hari-hari cinta...

hari ni valentine day...tapi tak de kesan pape pun pade aku n yobo...sebab bagi kami...cinta n sayang tak perlu hari...sebab kami hari-hari sayang n cinta....errmm...tak perlu jugak bunga n hadiah,or cekelat or dinner...sebab bagi kami romantik cara tu dah lapuk...tak berkesan kalau nak ngurat awek2 zaman sekarang ni,nak2 org macam aku...(ermmm ye ke?? ekekeke)....sebab kalau aku la kan....bagi aku la kan...tetiap weekend kami bangun pagi...guling2 kat katil sambil sembang n bergurau senda....samapai tengahari baru la branch....ekekeke....atau pun lepak depan tv sambil makan rojak buah pun dah cukup romantik....dan aku selalu pikir,kenapa ada kena mengena dinner dengan romantik?? brakfast n lunch tak romantik ke??? errmm....

kalau zaman bercinta dulu tengok wayang sambil kongsi popcorn pun dah cukup romantik,call sebab nak cakap 'i miss u' pun dah cukup romantik,atau pun sms 'good morning' saja pun dah boleh menceriakan aku sepanjang hari....sebab aku org yg simple....

bagi aku.... bunga = membazir
cekelat mahal = membazir

buat apa membazir?? n selalunya org lelaki yg kena bagi bunga yg harga dia...kalau makan KFC...boleh makan sampai 10 org...tu yg paling murah kot....ermm....org pompuan plak bagi apa?? sekadar kad ucapan?? harga adalah rm5 kot....ekekekeke.....untung betul kan??

kenapa nak tunggu valentine baru nak cakap pasal cinta dan sayang?? n bagi hadiah or belanja dinner?? ooo...mungkin sebab hari lain biasa2 je kot....ehee....bagi sara n yobo...cinta dan sayang yg diucap..tak perlu ada alasan atau sebab....atau something special...sebab cinta dan sayang tu sendiri dah special....ucap la hari2...baru la hari2 anda special!!! ehheeee!!

tatih....tatih...


adam dah start nak bertatih...dah pandai bangun sendiri...n meniti kat kerusi n rak...


kemain seronok dia....ekekekee



tapi bila dah lenguh..takut plak nak duduk...mula la bising...uhuhuhuhu

mom song!!

semalam dapat email dari kawan....dia hantar klip ni....seronok dengar....memang sama...tak de la sampai 100%...mungkin dalam 70-80% kot...ekekekeke....pastu aku pikir dalam dalam....errmmm rupanya aku pun sama jugak....tak de bezanya....but aku tak kisah...hehehe...

part paling kelakar sekali.... "you're grounded until you're 36"...bila ingat2 balik....mmg mcm aku n aku percaya ibu2 lain pun cam aku gak...bila marah dah naik kepala...mesti keluar arahan,amaran yg tak masuk akal....ekekeke....sebb aku selalu kena....wakakaka...last2 my yobo gelakkan aku....ciss!!

paling best baris ni " and tomorrow we will do this again because a mom's work never ends,you don't need the reason why because i said so....I'M THE MOM"

ye i'm proud to be a mom...walaupun penat,walaupun letih,walaupun takde mc,walaupun tak de cuti,walaupun tak de rehat dan macam2 lagi...tapi aku bangga jadi ibu...pada anak2 hebat ini... arissa n adam...

meragam,kenduri,penyapu dan malas

malam tadi adam meragam....start kul 12mlm sampai kul 2pagi duk meraung je...adehh dh abes ikhtiar dah...tak reti nak wat apa...sampai la aku call mama kat kelantan...kul 2 pagi tu...tanya nak wat cemana....ye la...sepanjang pengalaman aku sebagai ibu ni..tak pernah la plak arissa meragam macam tu sekali masa kecik2 dulu...adess pening pala...dalam pala otak aku malam tadi...cukup la ada anak 2 org ni je....tak sanggup dah....tak mo lagi dah...enuf...enuf....huhuhuhu....kepala aku tak boleh nak proses dengan betul...apa lagi sejak dari mlm semalm tu aku tido tak cukup n sakit belakang n pinggang semakin menjadi2....

masa call mama tu bagi adam dengar suara mama n papa tok dia...terdiam kejap....hehehe sambil mata,idung berair...sambil terkebil2....pipi n idung merah....nampak sangat comel...hilang plak perasaan marah n geram tadi,rupa2nya adam sakit gusi...dah nampak skit gigi dia keluar,patut la sakit kut.......bila dah puas dengar suara papa n mama tok dia...main2 kejap...dekat kul 3 pagi jugak la adam masuk tido,lepas tampal koyok (kenal tak koyok??) 3 keping kat pinggang,1 bijik panadol aku masuk tido...adusss...sungguh..tak de perkataan yg boleh aku describekan....penat badan n mental....aku tido sampai pagi esoknya....langsung tak sedar apa...

hari ni plak ada kenduri...selang 2,3 buah rumah dari rumah aku...so kami n akak jiran sebelah pergi makan sana je la...so tengahari punya tak yah masak...yahooo...malam ni makan kat luar gak la...aku malas masak....ye aku malas buat apa2 pun...hatta pegang penyapu sekali pun....ari ni aku nak rehat2 sambil layan citer korea je...hehehehe....so,abg kalau nak air amik sendiri kat dapo tau!!!!!

demam lagi

ari ni arissa demam palk dah...tak gi sekolah...badan panas sangat...so tido je la kat umah...adam pun selsema jugak..tak de demam sangat....sikit2 je...mungkin sebab nak tumbuh gigi kot...sebab kat gusi dia tu dah rasa cam nak kuar gigi...hehehe...sonoknya dah tumbuh gigi....!!

kena tag plak...

ari ni kena tag plak dari kak syana ....

*Here are the rules*
-List these rules on your blog.
-Share 7 facts about yourself on your blog.
-Tell 6 unspectacular quirks of yours.
-Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
-Link the person who tagged you.
-Leave a comment for each blogger.

7 even facts 'bout me:

1.18 mei ni genap la umur 27 tahun (muda lagik kan??)
2.ada 2 anak,nama arissa sofia (4 tahun 2 bulan) dan adam danish (10 bulan)
3.minat dengan kerja kraft
4.suka buat puding,tak suka masak lauk2...tapi kena la wat gak....huhuhu
5.suka tengok katalog...n window shopping...skang ni online lagi senang...heheh
6.suka pelakon korea bernama ahn jea wook...(ni sebab terpengaruh ngan kakak ipar...dia hasut suh tengok drama korea....cit...)
7.suka kumpul fridge magnet....hehehe

six unspectacular quirks about me :-

1.tak suka lantai melekit(rasa geli sampai tak le nak letak betul2 tapak kaki...hiksss)...biasanya mop lantai 2 kali sehari,sapu 3,4 kalu sehari

2.time nak tido cadar mesti tegang....kalau salin cadar baru...mesti iron dulu

3.tak suka kongsi sabun ketul tu..kalau sabun cecair tu tak pe

4.suka kumpul handbeg..setakat ni dalam koleksi lebih dari 30 bijik...tapi jarang tuka2 sebab malas nak salin...selalunya bila beli baru n yg lama simpan terus....yg baru pakai sampai lebam...ekekeke pastu beli baru....huhuhu

5.kalau beli pape mesti komplete set...contohnya kalau beli pencuci muka body shop mesti komplete ngan pelembab n toner n scrub n masker....walaupun bukan pakai sangat atau pun ada lagi saki baki yg lama tuh....bad habit tul aku nih kan....

6.cukup sayang nak buang barang2 sendiri...contohnya lipstik yg 5 taun lepas pun masih ada lagi..tapi sayang nak buang walaupun tak pakai....my yobo dah bising dah....sebab dah termasuk sempadan space dia dah...ekekekek


dengan ini....aku nak tag plak org2 dibawah ni:

1.red
2.ima
3.kak ain
4.kak eja
5.kak era
6.saladin
7.r-nyz

sila jalankan tanggungjawab anda ye....hehehehe

dapat award!!




yahuuuu...ari ni dapat award dari kak syana,thank ye kak.....so sara pun nak pas la award ni kat.....




1.ima


2. red










7. anis


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...