Pages

A.N.A.K


adam....semalam tak berapa sihat so sara bagi ubat demam kat dia... tp gagahkan jugak bermain...sedar2 dah terlentok...padahal dah siap bentang toto kat situ..atas lantai jugak dia landing...hahahha

suka tengok muka budak tido kan?? suci je...ekekekeke...

pening-pening...

nak update entry tadi baru perasan ada perubahan kt blog ni ek... agak pening skit mula2 upload gambo tu.....adehhh nak kena godek2 lagi nih... harap2 ada tambahan function tu boleh meriahkan lagi blog kita..hehehe paling mak suke ialah preview button tu...lalalalalala

nasi lemak buah bidara...

salam semua... sejak puasa sampai la hari ni baru jumpa nasi lemak...hehehe ye la time puasa tak selera nak makan nasi lemak ye tak? saja nak letak gambar nasi lemak yg dibeli mr.hubby pagi tadi di gerai dekat umah... comel je saiznya... 70sen je hehehe bagi sara sebungkus tu cukup la utk sarapan pagi..perut tak le penuh sangat nanti tak boleh wat kerja...asik ingat nak zzzzz je...






 





































ni gambar aktiviti weken lepas...hari tu pergi open house pastu gi kinik gigi sbb arisa sakit gigi then pergi tesco beli brg dapur...

CANSER??

tadi gugel2 jumpa artikel ni...nak share ngan kawan2....

TAHI LALAT BOLEH JADI CANSER
Tahi lalat yang tumbuh pada tubuh selalunya dianggap perkara biasa oleh kita. Malah dianggap sebagai penyeri wajah. Tahi lalat atau dalam bahasa perubatan dikenali sebagai nevus (untuk sebiji) atau nevi (untuk lebih dari satu) merupakan sekumpulan sel-sel pigmentasi yang sering muncul dalam rupa kecil dan bintik coklat gelap.

Tahi lalat boleh datang dalam pelbagai warna dan boleh tumbuh di mana-mana bahagian tubuh, termasuklah di kulit kepala, ketiak, di bawah kuku dan antara jari kuku dan kaki. Kebanyakan manusia mempunyai kira-kira 10 hingga 40 biji tahi lalat. Jumlah itu boleh berubah di sepanjang hayat kehidupan manusia.

Kebanyakan tahi lalat tidak berbahaya, tetapi dalam kes yang jarang belaku, tahi lalat boleh berubah menjadi barah. Mengawal tahi lalat dan bintik pigmentasi yang lain adalah langkah penting dalam mengesan kanser kulit, terutamanya melanoma malignan. Tidak semua melanoma terbentuk daripada pra tahi lalat, tetapi kebanyakannya bermula berhampiran tahi lalat atau bintik gelap lain pada kulit.
boleh baca selanjutnya disini

kenapa pasal tahi lalat?? ada la cerita nya....

al-kisahnyanya mcm ni... dah berbulan2 sara perasan perubahan saiz dan bentuk kat tahi lalat sara ni... tp sara wat dek je la... raya ke-3 hari tu sara rasa mcm pedih2... mcm jerawat la.. pastu merah kat sekeliling dia... tunggu punya tunggu hari ni baru la pergi jumpa pakar kulit kat hospital pantai...

alhamdulillah dokter cakap cuma jangkitan... tp saiz tahi lalat tu mmg akan membesar... n dia cakap bila dah besar dan baru nak buang parutnya jugak akan besar...kalau buang sekarang ni tak de la besar sangat parutnya..lepas pakai bedak tak nampak dah...hehehe

so dokter bagi date 5hb oktober ni utk remove tahi lalat...kalau rasa nak buang boleh datang date tu... huhuu...dilema betul!!






ni la tahi lalat yg sara cerita tu saiz 0.6mm agak besar la dr dulu..dulu kecik je...huhuu


selamat hari raya aidilfitri 2010

rasanya tak terlambat lagi nk ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin....
tak sempat nk update blog sebelum bercuti hari tu.... tangguh punya tangguh utk packing brg... last minute mesti la kelam kabut...huhuhuhu

7/9/2010 ~ gerak balik KL dlm kul 4ptg,berbuka kat cheras balik tido kat kajang

8/9/2010 ~ gerak ke KB dlm kul 5.30pg selepas sahur,singgah solat di petronas karak
pukul 5.30ptg baru la sampai Kb... sangkut kat jem raub - bentong,
jln slow gile..kereta banyak....huhuhu ditambah pulak dengan cuaca hujan di
setengah2 tempat...alhamdulillah cuaca mendung dan sejuk sepanjang jalan...so
budak2 selesa nak tido je...

10/9/2010 ~ hari raya pertama... rumah agak penuh dengan kehadiran student2 adik yg nak
merasa berhari raya... terdiri dr kaum cina dan india...so raya 1 m'sia la kitaorg
tahun ini... hehehe selepas makan dan acara salam2,amik gamba... terus gerak ke
rumah ayah mertua di wakaf che yeh... lepas solat jumaat gerak ke besut t'ganu
mak sedara sara... mlm tu tido du umah ayah..







11/9/2010 ~ raya ke-2 just temankan kakak ipar pergi beli kain langsir utk majlis kawen dia bulan 11 ni.... raya2 pun kedai ada buka jugak tau...hehhe


12/9/2010 ~ raya ke-3 pagi2 lagi dah sibuk sediakan juadah untuk reunion kawan2 sekolah s.m.k penambang (masa ni sara tinggal dengan mak cik sara di kota bharu dr tingkatan 3 - tingkatan 5)... makan simple je just spaggeti n kuih2... pastu ada yang bawak kek dan kfc..alhamdulillah makanan mencukupi walaupun tak tahu berapa yang nak datang..huhuhu
lebih kurang 30org yg hadir pada hari tu termasuk kanak-kanak...
lepas selesai majlis tu dlm kul 3 ptg...kami gerak ke rumah sedara aman pulak...utk rumah terbuka... mmg kenyang betul hari tu...makan tak berenti dr pagi sampai malam...hehehe



13/9/2010 ~ aktiviti lepak kat rumah ayah je hari ni...makan dan makan...


14/9/2010 ~ acara menziarahi saudara2 yg tak sempat nak singgah tu.. sempat la 4,5 buah rumah hari tu... penatnya..(penat makan...huhuhu)


15/9/2010 ~ gerak dari Kb ke marang dalam kul 11pg... lebih kurang pukul 4 ptg dah sampai di sri m'sia marang... rileks2 kejap...mlm tu keluar makan kat giant (sbb hujan lebat) n pusing2 bandar k.terengganu...balik tido


16/ 9/2010 ~ gerak ke kuantan kul 12tgh dlm kul 4ptg sampai di sri m'sia kuantan... rileks2 kejap... mlmnya keluar makan... pusing2 bandar kuantan


17/9/2010 ~ gerak balik ke KL dlm kul 1ptg...kul 4 sampai di cheras... mlmnya amik kesempatan keluar dating ngan aman... tengok resident evil...since ada org nak tolong tengokkan budak2... yahoo..



18/9/2010 ~ pukul 12 tgh hari gerak ke bukit beruntung rumah abg ipar..beraya kat sana sampai kul 8 mlm baru lah gerak balik ke melaka...
dlm kul 12mlm sampai melaka...terus tido...gile penat...huhuhu



adam sedang menikmati kek hari jadi kak jeni (cik long )hehehe....
19/9/2010 ~ duk umah je chek email,upload gamba,update facebook...update blog!!!
untuk lain2 gamba boleh tengok kat sini:

http://www.facebook.com/album.php?aid=2082953&id=1551653541&l=cc898e26d4



hampeh!!!!!

kawan2 dah tengok iklan tv3?? (hari ni dah ditarik balik...)
apa pendapat u all?? bagi sara... langsung tak de motif,tak de tema..cacamarba bercampur aduk tak tahu hujung pangkal.... sapa lah yg buat iklan ni... apa motif pun tak tahu...kot ya la pun 1 m'sia takkan la sampai mcm tu sekali... sori to say la tv3..sungguh menyedihkan...mendukacitakan...memalukan!!!!!!
itu ke idea yg kreatif?? kalau benda hampeh cam tu aku duk umah pun boleh buat..malah rasanya lebih baik lagi...



apa pekdah diaorg masukkan kereta luncur ala santa clouse tu?? bunga lotus simbol agama budha? mana pergi ketupat (ada la sebijik pada saat ke 0:48),lemang, rendang..masjid... yg ada org duk kacau dodol (dodol ke? tu pun terlindung dengan imej bunga lotus tu....)

apa lah salahnya buat yg biasa2 asalkan mesejnya jelas dan boleh sampai pada org lain terutama kanak2... contohnya menghormati org tua,jgn membazir,jgn gaduh2, berbudi bahasa, terima duit raya cakap terima kasih walaupun dapat 50sen...kan?? kan??
why?? why?why?? spoil mood raya aku!!!!!!


berbuka @ ancasa hotel ayer keroh

Photobucket
Photobucket
Photobucket

semalam mr.hubby ajak berbuka dekat ancasa ayer keroh dengan kawan2 opis dia...so pergi la kat sana walaupun adam tak berapa sihat... lebih kurang 45minit pas berbuka hujan plak dah...spoil mood nak duduk lama... (tpt berbuka ialah di perkarangan hotel bukan dlm hotel :P)
so pas solat maghrib terus balik...opss bukan terus balik umah tp singgah mydin beli lauk skit utk 1-2 hari je ... ingat nak cari tudung tp sbb tak bawak baju nak match so takut tersalah beli...jadi tak beli la tudung...bila la nak gi beli nih...huhuhuhu

tak sabar-sabar!

budak2 mmg gitu la kan... tak sabar2 nak raya... kejap try baju raya kejap try kasut raya... tak tau berapa kali try da... ala kita dulu2 pun cam tu la jugak kan?? hehehe..
tp seronok tengok anak2 kita yg tak sabo2 nak beraya ni termasuk la yg tak puasa mcm adam ni...Smiley


siang hari...pas penat main sorang2 try kasut....
malam hari try lagi sekali...hahahaha!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...