kelikkk la saya pelisss!!

siri menjaga kesihatan 2


(imej dr google)
nak cerita pasa beras plak... lebih 5 bulan dah kot sara n family amalkan makan beras perang... untuk kebaikan katanya... hehehe, sejak2 rasa dah tua ni tahap kesihatan kena jaga betul2... mana la tau kan... so sebagai "manager" yg bertanggungjawab sara pun decide la apa yg terbaik utk family,sara pilih beras mcm kat atas ni....masa mula2 makan rasa tak sesedap beras putih,tak apa ek nak cakap...tak puas la gitu... berasnya tak berapa kembang dan rasa lebih cam hampas..err..cam makan jagung...(ada beza kan kalau makan jagung tua dengan jagung muda...)
brand ecoBrown gold ni tak paya basuh banyak kali pun takpe..berasnya bersih je... 2 kali je sara bilas tu pun tak payah nak kacau2...just goyang2 je periuk tu...hehehe
pakaging dia pulak jenis kedap udara...so beras sentiasa dlm keadaan baik dan segar!
(sara tak dapat pape tau iklan ni...just nak share info ngan kawan2 je!)

bila masak baunya pun tak berapa enak....tp yg bestnya makan beras ni,perut rasa kenyang lama...so tak de la rasa nak makan lagi pas tu...hehehe....
ni info tentang beras perang:

Kelebihan beras perang

1. mengandungi mineral maganese sebagai bahan anti pengaratan dalam tubuh badan
2. mengekalkan berat badan yang ideal
3. mengandungi selenium dan fiber/serat sebagai anti kanser
4. menurunkan kolesterol dalam badan
5. baik untuk wanita yang menopouse(menjaga jantung dan darah tinggi)
6. mengurangi penyakit kencing manis jenis ke 2.
7. mengandungi vit B1, B2, B6, zat besi, fosfat,
8. kalsium yang lebih tinggi berbanding beras putih.


Sebenarnya beras perang dan beras putih berasal daripada beras yang sama. Cuma proses seterusnya selepas dituai yang membezakan hasil beras itu sama ada menjadi beras putih atau beras perang. Beras perang terhasil apabila ia tidak menjalani proses mengilat atau memutihkannya seperti beras putih. Ketika proses penghasilan beras putih, lapisan dedak ini dibuang menghasilkan beras berkilat. Bagaimanapun ia menyebabkan kebanyakan zat makanan yang terkandung di dalamnya juga hilang.

Siapakah yang sesuai mendapat manfaat daripada beras perang?

Beras perang baik dimakan oleh individu yang ingin mengamalkan diet kalori rendah.

Satu cawan beras perang menyediakan anda 88 peratus magnesium harian yang diperlukan tubuh. Mineral ini penting untuk kesihatan sistem saraf, mengawal paras kolesterol badan selain penghasilan hormon seks

Satu kajian oleh Sekolah Perubatan Harvard dan Hospital Wanita Brigham yang tercatat dalam jurnal American Jurnal of Clinical Nutrition mendedahkan, wanita yang mengambil beras perang secara puratanya berat badan yang lebih langsing berbanding wanita mengambil diet beras putih. <--- ni yg suke dengar nih :P

Walaupun beras perang sering diabaikan oleh kebanyakan pengguna kerana dikatakan kurang enak atau baunya yang kurang segar namun, tiada siapa dapat menafikan manfaat dan kebaikannya.



senaman utk sihatkan diri...

salam, owhh lama sungguh sara tak update blog ni... rasa mcm tak cukup kaki tangan... maklumlah sara manage 3 acc blog,2 acc facebook,2 anak,1 suami...ehehehehe sara kan manager!!!
ok sara nak share ngan kawan2 sara punya minat baru.... dah seminggu lebih sara amalkan ni... terasa badan ringan dan sihat... ok..cupp cupp... sara bukan nak jual ubat ye....



beberapa minggu lepas tertengok dkt saluran KBS... tp rancangan tu tgh mlm..tkkn sara nk wat senaman tgh mlm kan?? hihi so gigih la sara cari kt youtube ni... pada yg nk ikut ni mmg bagus tau...walaupun 5 minit je tp berpeluh2...
jom kita bersenam!!

coklat yg sedap cair dimulut!!!

tadi pos baru sampai... sara ada oder coklat dari kak jue
kak jue ni sebenarnya pelanggan tegar sararisa-craft...so sekarang beliau nak cuba2 jual coklat plak....apa salahnya sara support dia plak kan... kata satu malaysia (tak de kena mengena pun...kikikiki)
komen sara...coklat tu mmg sedap.. cuma sebab letak dlm container biasa kan so bila sampai tu tunggang langgang la skit kan..tp tak menjejaskan kesedapan coklat tu..hehehe...kalau u all tak nak bg tunggang langgang pilih la dlm bekas yg khas utk coklat..... sara ni nak wat try test dulu...ekekeke
coklat ada cair skit la..tak de la cair sangat... masuk peti 10 minit dah ok kot...
ni antara cekelat yg sara terima....


sambil2 susun dlm pinggan ni... 2bijik aku telan...hahahaha




tips nak beli coklat online:

1. pastikan penjual coklat tu mempunyai servis yg bagus dr segi pakaging
2.bila dah sampai tu jgn la gelojoh nak makan or pegang... unwrap(jika ada) masukkan kotak cekelat tu dlm peti tu dulu selama 15minit atau lebih,supaya bila u all pegang takde la cair di jari....huhuhu
3.gunakan servis paling pantas iaitu poslaju,kurier servis dll...
4.pastikan penjual coklat pos coklat anda selain hari sabtu..nanti poslaju peram coklat tu...pada hari ahad...so dah rugi masa kat situ
5.sila baca bismillah dulu!





ni contoh pakaging yg dihantar oleh kak jue
terbaeeeeekkk!


hair comb...new product!



antara produk baru... hair comb..sesuai utk cik adik yg tak nak ikat rambut tu kan (mcm anak sara la)...

boleh pilih yg mana berkenan... sbb harga berlainan

harga adalah dari rm2.50 - rm10



bakal terhangat di pasaran


semalam beli tudung ni... tudung instant tp ada sulam tgn... sulam yg selalu kita tgk kt tudung bawal tu... yg sara pkai ni saiz m,half awning, kain lycra korea, sulam kt atas awning n sekeliling.
cantik n simple je... RM45 je..sapa nak boleh la bg tau..tp sara cuma boleh amik pada hari selasa je... (psstt... kat FB ada org jual rm50,tp tak de sulam kat bawah....)

twilight saga: eclipse



jumaat malam balik KL... tido kat kajang umah pakcik... esoknya gi cheras..tetiba mr.hubby ajak tengok wayang citer twilight tu...yahoo... sangat suke...ehehehe bukan senang nak ajak dia tengok citer jiwang2 kat panggung...so ajak SIL gi beli tiket... lepak2 kat ngan SIL kat galaxy ampang... just bawak adam je... sempat lagi gi beli 2 helai tudung hehehe... tu la kalau aman tak de mesti banyak yg keluar... huhuhu

review cerita eclipse:
lebih menarik dr episode lepas sbb yg episode lepas tu agak "boring" kan sbb Bella tu putus cinta kan... hehehe.. so episode ni si jacob n edward terang2 dah cakap suka kat bella..so terjadi perebutan dan dlm masa yg sama diorg kena berkerjasama dan bergabung tenaga demi nak melindungi bella... (alagkah bahagianya kalau kita duk kat tempat bella tu..ehemmmm...mana taknya jejaka2 kacak very the caring...hehehe) so keseluruhannya sara bagi 7/10 bintang...

dlm kul 11 lebih mlm gerak balik melaka...

hari ni plak aktiviti mcm biasa... branch dekat melaka mall pastu balik umah kemas2 skit...pas maghrib keluar ke mydin beli brg dapur...ermmm nak tengok ke tak final world cup ekk??

predators

pagi tadi pergi dating dengan mr.hubby konon nak tengok twlight saga: eclipse tp show awal penuh yg tinggal show kul 2.30 je...takut lambat stg sbb janji ngan cikgu adam nak amik adam kul 3pm..
amik la citer predators... bagi sara citer tu mmg banyak action la cuma jalan cerita agak "lost"...
start2 citer hero jatuh dr langit... buka payung terjun..sedar2 dah sampai dlm hutan pastu kumpul2 dengan org lain yg jatuh jugak... pastu kena buru...ermm... agak lost kan..tak tahu hujung pangkal org kata... setakat nak tengok lawan2 dengan predators tu ok la... kalau nak banding dengan predators vs alient tu yg tu lagi best kot...huhuhuh
mlm ni ingat nak temankan mr.hubby main bowling tp dia plak malas nak pergi... sbb main malam...takut budak2 ngantuk.. so dia suggest jom balik kl....kena la balik kl mlm ni..ermm... nak kemas2 dulu..bye!

tersalah beli...mencikkk!






semalam tersalah beli tudung ni..huhuhu benciknya...kaler mmg dah berkenan sangat dah... susah nak jumpa kaler cam ni... mcm skin kaler,senang nak match ngan banyak baju kan... tp terbeli saiz L...ukuran sampai bawah dada,half awning..
kualiti kain plak lycra korea..sangat bagus...dah banyak tudung sara beli jenis kain mcm ni..mmg sedap pakai... so sara nak jual la balik huhuhu...
kalau sesapa berminat nak beli just bayar rm25 (harga yg sara beli) sara bagi free pos express dan jugak free gift lip gloss ni (gambar dibawah)...


please sms 012-9504644 utk fast respon...TQ!


budak nakal mmg begitu....


dahi arisa "bertelur"..gara2.... suka lari2 pastu lompat atas sofa... sekali tak dan break...ko terus terhantuk....hehehehe..tu la tak dengar cakap mami lagi....

walk-walk @ jongker walk

hari khamis lepas SIl n kawan nya datang melaka... so mlm tu kami pergi jongker walk... tp mana ada ada..kul 9 dah sunyi sepi...ekekekke,so esoknya datang balik sbb SIL nak beli tart nenas madam goh... tp still sunyi sepi...ingat mlm tu SIl nak balik tp bas sume berlepas awal..atau tiket dah habis,yg ada pun berlepas dlm kul 10...so diorg cakap tak pe la beli tiket kul 5.30pg.. sbb esoknya kawan SIl (kak anis ) nak kerja... balik dr melaka central singgah lagi sekali kat jongker walk...rezeki kak ani...hehehe mlm tu mmg meriah walaupun hujan sikit2... jalan2 beli souvernir... pastu balik beli asam pedas kat pasar borong..balik titun...
(entry malas..) :P
sorri tak de gambar!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...