Pages

ok tak?

oleh sebab pagi ni adam bangun lambat..so banyak masa free..so sara pun godek2 la tukar background blog ini... wat 3 colum sbb mcm berserabut skit la blog sara.... so sekarang agak berpuas hati... apa pendapat kawan? ok tak kaler ni? font saiz ok tak?? sara kecilkan skit saiznya...  ok tak?? ok tak?? MySpace
header tu perlu tukar tak?? tp macam tak de idea plak...u all ada idea? hehehe
kalau u all ada idea bg tau ye...

sayang korang MySpace

catatan si kidal

hari ni sara nak bebel pasal kidal....

apa itu kidal?
Kidal bermaksud individu yang lebih cenderung menggunakan tangan kiri untuk. melakukan berbagai tugasan. 10 peratus dari 6.7 billion populasi di dunia ini adalah manusia yang kidal ( lefthanded ). Hubungan kidal dengan otak Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kiri. Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains (patutlah aku tak pandai matematik huhu). Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yg. menggunakan tangan kanan. ~ ihik!!

Hubungan kidal dengan otak
Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kiri.
Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains.
Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yg. menggunakan tangan kanan

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN
1. Kesukaran bagi individu kidal:
Menulis didalam buku tebal (diari, buku laporan,dll ) akan menyukarkan individu kidal semasa menulis di bahagian kiri mukasurat kanan buku.Tulisan yang bermula dari kiri ke kanan juga merupakan salah satu faktor individu kidal menulis dengan gaya/cara yang unik sedikit.(ye mmg seksa sungguh ~ tulisan pun jadi tak cantik)

Penggunaan peralatan lain tangan kanan; Gunting, senjata api (machine gun, alatan memanah, dll ), komputer (tetikus), peralatan dapur, dan lain-lain. (yg ni tak de masalah langsung bagi sara...)

Kerusi meja (kerusi kuliah) ; Penggunaan meja kerusi meja di dalam kelas dicipta khusus untuk orang tangan kanan. Maka, individu yang kidal perlu mengiringkan sedikit badan sewaktu menulis agar tangan kidal dapat memanfaatkan setiap ruang meja yang ada.(tp sekarang dah ada kerusi kuliah utk org kidal..masa kat uitm mmg sara dapat kerusi kidal..hehehe...trima kasih kawan2 yg prihatin!)

Individu kidal dipercayai mempunyai kelemahan dalam aspek:
* Pengurusan
* Kesihatan
* Pendidikan
* Kerjarumah/surirumah  ~huh??
* Pelajar

2. Kelebihan bagi individu kidal:
Tulisan Arab:
· Menulis dalam tulisan jawi/arab lebih senang berbanding tulisan biasa.
Kreativiti:
· Individu kidal menggunakan otak sebelah kanan yang menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.
Kamera :
· Bentuk kamera SLR yang memerlukan kedua-dua belah tangan sedikit menyenangkan individu kidal. Tangan kidal/kiri akan digunakan untuk memegang lensa dan menyokong berat kamera tersebut. Oleh itu, mereka lebih cepat mengubah fokus kamera dan kamera dapat disokong dengan mudah.
“Adaptability:
· Because their world is dominated by right-handed products, lefties are much more easily adaptable to right-handed tools and utensils than righties are to left-handed products. This can be helpful if a lefty breaks his dominant arm and is temporarily unable to use it.”
Peperangan :
· Sewaktu peperangan zaman lampau,apabila dua individu bertemu,mereka akan saling memegang tangan kanan antara satu sama lain. Ini akan menunjukkan mereka tidak membawa senjata. Individu kidal sahaja yang dapat mengambil kesempatan memegang pedang di belakangnya.
· Kebanyakan pahlawan kidal terpaksa berlatih pedang dengan pahlawan tangan kanan. Oleh itu, mereka bersedia bertempur dengan pahlawan tangan kanan manakala majoriti pahlawan tangan kanan tiada persediaan menentang pahlawan kidal.

Orang kidal pintar?
Memang ramai individu kidal yang tersohor tetapi kepintaran mereka bukan kerana kidal tetapi kerana mereka menggunakan 80%-90% otak. Mengikut pendapat aku, individu kidal bukan sahaja menggunakan otak kanan secara maksima,tetapi juga menggunakan otak kiri lebih banyak dari orang biasa yang menggunakan otak kanannya. Orang kidal menggunakan lebih banyak bahagian otak kerana secara ringkasnya mereka juga melakukan beberapa kerja menggunakan tangan kanan selain menggunakan tangan kiri mereka dan secara automatik mereka menggunakan kedua-dua belah bahagian otak lebih dari orang kebiasaan. Bukan semua kidal tu pandai tapi yang pasti, tak kira kidal atau tidak, kalau malas buat kerja

Rumusan
1. Secara kasarnya sekitar 10-15% drp. penduduk dunia adalah kidal.
2. Orang kidal tidak semestinya mempunyai kedua ibubapa yg. juga kidal. (ye betul..dlm family sara..cuma sara je yg kidal)
3. Menurut kajian tidak ada sesiapapun yg. dpt. mendefinasikan mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen yg. mengaitkan orang kidal dpt. dikenalpasti, tetapi ianya mempunyai kaitan didalam sesebuah keluarga.
4. Leonardo da Vinci menulis kesemua data peribadinya dari kanan ke kiri (seperti penulisan jawi) sehinggakan sesiapa yg. ingin membacanya terpaksa menggunakan cermin utk. menterjemahkan mesej-mesejnya.
5. Hari istimewa utk. orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia yg. disambut pada 13 Ogos setiap tahun.(ye ke tak tahu pun??)
6. Lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan
7. Individu Kidal, Individu Elastik
Disebabkan individu kidal terpaksa menggunakan pelbagai barangan untuk orang biasa (tangan kanan), mereka terpaksa menyesuaikan diri dalam semua keadaan agar dapat menggunakan sesuatu kemudahan seperti orang bertangan kanan. Akhirnya, mereka dapat menyesuaikan diri dalam semua kerja walaupun dengan gaya kerja yang sedikit berbeza. Dan disebabkan itu juga menjadi faktor orang kidal hidup 9 tahun lebih pendek dari orang dengan tangan kanan secara puratanya.(huhuhuu)

info ini adalah dari al-ikram.net



ok kalau dah baca info u all dah paham kan apa itu kidal...cuma soalan sara adakah sara termasuk dlm golongan kidal?? sbb sara ni cuma menulis je tangan kiri..lain2 semua sara guna tangan kanan contohnya, pegang pisau,gunting,main badminton,memasak,gosok gigi,iron baju,buka tin,basuh pinggan,pendek kata semua kerja sara guna tangan kanan...kecuali menulis...

mungkin ada lah perkara2 'luar sedar' sara akan guna tangan kiri mcm ikat rambut (tp sikat rambut still tangan kanan),dukung baby,...so sara mmg tak pernah kekok nak guna semua peralatan biasa..tak perlu peralatan khas utk org kidal..

masalah sara sekarang ni ialah sara still comfius antara kiri dan kanan...bila org tanya direction sara akan tertukar antara kiri dan kanan...kena betul2 figure dulu baru leh bagi tau..huhu sian kan?? kalau nak jawab spontan mmg salah... sbb dokter kata sara guna 'dua2 belah tangan' sbb tu cepat comfius...
satu lagi sara juga bermasalah kalau nak ajar anak2 sara menulis..tak boleh nak pegang tangan n ajar diorg menulis..kekok!!

apa yg peliknya... sara tak boleh menulis dengan tangan kanan..tp kalau pakai eyeliner sara pakai tangan kanan still tak comot n kemas je,tak kira jenis pensil or liquid..pelik tak? pelik tak??


image dr google

lee dong wook lagi!

hari ni nak layan movie ini... sapa tak kenal Lee Dong Wook angkat tangan..hehehe
hero dlm citer my girl... MySpace adalah sangat hensem ok...

 ni sinopsisnya:
Romance can bloom out of the strangest events. Sometimes even very embarrassing ones. Running after a pickpocket, Detective Kang Jae Hyuk (Lee Dong Wook, My Girl) finds out how problematic journalist Choi Soo Jin (Hyun Young, The Art of Seduction) can be when the skewer that holds her delicious treat magically ends up impaled in his abdomen. Things become more complicated when Kang becomes the police's media rep, as Choi is transferred to crime reporting. The reality show that ensues ("The Choi vs. Kang Report") enables the bickering pair to pursue a crime boss for the benefit of both their careers. But the two start to form a reluctant but formidable alliance: he's good looking, a great fighter, and a good detective. And she's determined to get her story done. Together, they make The Perfect Couple.






anak sapa nangis masuk sekolah hari ini??!!

muka ngantuk sbb kena paksa bangun pagi... hehehe
cun tak arissa pakai pinafore gi sekolah?? ni kes ayah teringin tengok anak dara beliau pakai pinafore...ermm...

sekolah petang kena pakai tudung... nangis2 tak mo pegi sekolah..penat nak kena pujuk...huhuhu


oleh sebab sara rasa sara sedang membesar dengan jayanya (terima kasih incek suami kerana bagi saya cukup makan).. so inilah lunch saya untuk hari ini... (tiba2 tanya pada diri sendiri.... mangkuk besar mcm tu sesuai ke utk org yg sedang diet??) wakakaka

sekian berita ringkas!

first entry 2011 ~ nothing much!

salam,selamat tahun baru..
cakap pasal tahun baru mesti ada azam baru kan? apa ada dengan azam baru?MySpace
ada yg nak berenti rokok,berenti judi,berenti main nombor,berenti membazir,berenti jadi malas,pendek kata semua benda yg tak baik dan tak elok kita akan berazam nak tinggalkannya...
bagi sara pulak... benda yang negetif tu,yg tak baik,yg tak elok,yg tak mendatangakan faedah tu tak perlu lah tunggu new year,hari jadi,hari merdeka,maal hijrah,thaipusam,hari raya, baru nak berubah... kalau rasa nak berubah terus je buat... insyaAllah dengan tindakan kita yg segera,niat yg betul segala yg kita azamkan tu akan dipermudahkan....

contohnya nak berenti merokok... nak tunggu new year baru nak berenti? (pernah tak korang fikir...sempat ke aku sambut new year??)
hehehe... ni pendapat sara la kan... kalau berazam nak tambah anak ke,tambah pendapatan ke,nak kawin ke,nak target naik pangkat ke ok la jugak..
so azam sara tahun ni ialah nak mengembangkan lagi biz sara yg sedia ada ni... alhamdulillah target tahun lepas berjaya jugak..so tahun ni up lagi sikit... (tak mo la cerita apa yg sara targetkan..segan lah..hehehe biz pun bukan juta2 punya biz MySpace

ok..so apa azam u all? meh cerita sikit... MySpace,sila tinggalkan jejak anda di ruangan komen..heheh...

MySpace
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...