kelikkk la saya pelisss!!

cuti sekolah

semalam mengabiskan masa kat dataran pahlawan... saja bawak budak2 ni jalan2 since dah start cuti sekolah kan.. lagi pun mr.hubby tak de kelas. sempat la rembat sepasang flat shoes dan selai dua baju,baju arissa n adam... petang baru balik umah.. lepak2 tengok 2days 1 night (variety show dr korea).mlm plak sattlekan oder. so esok dah boleh pos...

hari ni plak plannya nak laundry,kemas baju n start packing... adeii bab yg paling malas ialah packing... lotih!!!

selasa petang gerak balik kl dulu sbb hari rabunya mr.hubby ada seminar kat kl...khamis insyaAllah gerak ke cherating dulu,jumaat baru lah gerak balik KB... so harap2 semuanya berjalan lancar..
cuti pun mcm tak cuti sbb banyak plak oder nak kena siap...huhuhu tak pe lah kan dah rezeki..time ada ni kena la pulun betul2... kang tak de oder masuk leh releks :)

pape pun bagi yg nak pergi jalan2 makan angin,balik kampung... sila memandu dengan berhati2 semoga selamat sampai ke destinasi... pandu dengan cermat ingat org tersayang... mesej ini dibawa oleh sararisa!! chewah!!

pirate caribbean ~ on stranger tides


semalam bawak kids pergi tengok wayang... cerita pirate... huaaaa tak berapa best la kali nih (sbb orlando bloom tak de..huhuhuhu... story line pun tak berapa menarik la bagi sara kecuali part mermaid tu...yg tu menarik..lain2 biasa je kot...huh!

rasanya akan ada sequel lain tahun depan sbb perempuan (penelope cruz) cakap dia pregnantkan anak jack...hehehe...

terima kasih ya Allah..



hari ni genap lah usia sara yg ke 29 tahun... syukur kerana diberi nikmat kesihatan yg baik. mr.hubby balik lunch hari ni bawak bunga la plak..hehehe syoknya... walaupun sara bukan la minah jiwang nak berbunga2 ni.. tp sesekali ada kejutan mcm tu seronok jugak rasanya...terima kasih ya encik hubby...


banyak jugak plan tahun ni yg kami rancang bersama...kiranya projek mega lah..hehehe..so kawan2 doakan kami yg terbaik ya.. harapnya semua berjalan lancar.

cuti yg panjang....

cuti panjang pun masalah jugak kalau tak de rancangan huhuhuh... hari jumaat balik kl sbb mr.hubby ada meeting kat shah alam petang tu...so lepas arisa balik dr sekolah terus gerak ke shah alam. bermalam kat cheras 2 malam pastu balik melaka.



hari isnin pun mr.hubby cuti tp arissa sekolah,so kitaorg pun gi la tengok wayang cerita the priest... boleh la tahan citer tu...



hari ni plak mr.hubby belanja gi facial... ermm nak cerita pasal tempat facial ni first time sara masuk sini, tokey dia sangat lah muda trang tang tang... dalm 20an lagi tp dah take over mak dia punya biz,sangat pandai amik hati customer,sanggup datang ke kedai utk wat treatment sendiri utk customer dia,walaupun dah ada pembantu kat kedai... sbb sara call dia dulu sebelum datang... so mmg sangat la senang hati bila kita first time datang n tokey sendiri yg entertain custemer kan? cara dia cakap pun sangat la manja2 n lembut2 gitu..rasa senang hati bila bercakap dengan dia... so insyaAllah sara akan jadi customer tetap kat sana...heheheh
servis pun sangat bagus,tempat bersih n selesa...
tadi sara amik pakej facial+ shoulder mssg+ manicure+ threading = rm110 je...heee murah ok...!

ni ada blog dia tp tak active..sara share jugak sbb ada phone number dia ---> blog
dan jugak sini

alert!!

Cuaca Panas Dan Kesihatan





11 Mei 2011

Malaysia sedang mengalami musim barat daya yang secara relatifnya adalah lebih kering dan panas berbanding bulan – bulan yang lain.

Bagi bulan Mei 2011, bacaan suhu tertinggi setakat ini 36.2°C yang direkodkan pada 06 Mei 2011 oleh Stesen Meteorologi Subang. Catatan tertinggi yang pernah direkodkan oleh Stesen Meteorologi Melaka adalah pada 02 Mei 1998 iaitu 38.0°C

CUACA PANAS DAN KESIHATAN

Cuaca panas dan kering adalah fenomena yang biasa di kawasan tropika seperti Malaysia. Pendedahan kepada cuaca panas adalah salah satu penyebab yang menyumbang kepada peningkatan kedatangan pesakit ke klinik, bilangan kemasukan ke hospital dan malahan kematian dari sesuatu penyakit tertentu terutamanya di kalangan kumpulan yang berisiko tinggi.

Kesan kesihatan akibat dari pendedahan kepada cuaca panas

Kesan kesihatan berkaitan cuaca panas

Cuaca panas adalah tekanan fizikal kepada badan manusia. Kesan kesihatan adalah berbagai dari sederhana (mild) kepada teruk seperti strok haba, yang boleh menyebabkan maut.

Masalah berkaitan kesihatan boleh terjadi di berbagai tahap suhu disebabkan oleh:

Pakaian yang berbagai jenis, keadaan pekerjaan, aktiviti fizikal dan beban kerja.
Kumpulan umur.
Kecergasan individu.
Kesan kesihatan berkaitan cuaca panas termasuk:

Keletihan dan kelesuan akibat dari panas (heat fatigue).
Pitam atau pengsan akibat dari panas (heat syncope).
Kekejangan akibat dari panas (heat cramps).
Keletihan dan kepenatan akibat dari panas (heat exhaustion).
Strok akibat dari panas (heat stroke).
Tanda dan gejala kesihatan berkaitan dengan panas

Tanda-tanda dan gejala masalah kesihatan berkaitan panas adalah pelbagai dan bergantung kepada keterukan keadaan sesuatu masalah itu. Gejala-gejala biasa termasuk:

Sakit kepala.
Keletihan.
Tumpuan lemah.
Pening.
Lemah otot-otot badan atau kekejangan.
Mual dan muntah.
Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan, dan koma (tidak sedarkan diri) serta komplikas lain.

Keadan paling teruk yang boleh berlaku disebabkan masalah berkaitan panas

Strok panas boleh menyebabkan maut.
Kerosakan organ badan seperti ginjal, otak, jantung dan hati.
Kumpulan Berisiko

Siapakah yang berisiko menghadapi masalah kesihatan berkaitan panas?

Semua orang adalah berisiko menghadapi masalah kesihatan berkaitan dengan panas. Walau bagaimanapun, kumpulan tertentu adalah lebih berisiko untuk menghadapi kesan kesihatan. Kumpulan ini termasuk:

Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, dan lain-lain.
Orang dewasa (orang yang berumur 40 tahun keatas adalah 10 kali ganda lebih berisiko berbanding dengan orang yang lebih muda).
Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
Mereka yang menghidapi masalah pernafasan dan jantung.
Mereka yang menghidapi penyakit darah tinggi, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.
Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat, yang menghalang panas keluar dari badan melalui proses penyejatan iaitu pengeringan peluh.

Pencegahan

Mencegah atau mengurangkan kesan kesihatan akibat daripada cuaca panas

"Mencegah adalah baik daripada mengubati". Terutamanya untuk mereka yang di klasifikasikan dalam kumpulan yang berisiko tinggi, mereka adalah dinasihatkan untuk berhati-hati dengan kemungkinan tersebut.

Di bawah adalah tip-tip pencegahan:

Perlu

Minum dengan banyak, tanpa mengira tahap aktiviti anda. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
Berada di dalam rumah dan bangunan
Hadkan aktiviti luar
Berehat dengan kerap
Mandi atau buka kipas angin untuk meyejukkan badan anda
Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
Pakai topi atau payung yang besar semasa keluar rumah.
Jangan/ tidak perlu

Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol atau kandungan gula yang tinggi.
Membiarkan seseorang di dalam kereta yang bertutup.
Bersenam dalam cuaca panas.

Apakah yang perlu saya lakukan jika saya mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas?

Ingat tip-tip di bawah:

Keluar dari kawasan yang panas.
Tanggalkan pakaian yang ketat.
Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan.
Gunakan kipas untuk menyejukkan badan.
Minum air setiap 15 minit.
Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal.


Info dari : http://www.myhealth.gov.my

clover

ambik ko...lama tak update..sekali update 3 entry sekali hehehe,



just nak share perkembangan artis korea peberet sara ni mr.eun ji won a.k.a eun choding






kalau nak tahu lebih lanjut lagi tentang clover or eun ji won ni boleh ke ----> here/sini

wayang



hari ni mr.hubby cuti...so ada lah peluang nak gi tengok wayang... sbb hari ni kena bawak adam,kami pn pilih lah cerita thor.. boleh la bagi 7/10 bintang..ehehehe...


pembaharuan

apa yg baru? erm... ahad lepas sara ke salon rmbut, sbb dah bosan ngan stail rambut yg sama.. (kot la mr.hubby jemu kan).. sara wat la rebonding... hasilnya sangatlah memuaskan...hehehe gambar? mana boleh... huhuhuhu...
lupa dah kat mana sara baca satu artikel... sesekali kita kena ubah penampilan kita,walaupun ye lah sara ni cuma suri rumah je dr pagi sampai malam terperap kat rumah je pun kan.. kalau org kata pakai cantik2 wat pe..duk umah je lagi pun... tp kena lah ingat balik niat kita... sbb penampilan kita kan utk suami kita jugak...seronok jugak bila sesekali ubah penampilan ni.. paling exited anak2 lah.. wah mami cantik lah,mami nak pegi mana? (ni adam punya soalan) hahahaa...ingat kalau cantik2 kena keluar gi jalan2 ke? duk umah pun kena la cantik2 jugak... so sara harap arissa boleh la ikut contoh mami ye.. esok2 kalau duk umah saja pun kena pakai cantik2 n wangi2 sentiasa!! (lagi pun perempan kena lah jaga kebersihan)...

sebelum terlewat nak ucapkan selamat hari ibu kepada my mum,mak mertua.. dan semua ibu2 yg membaca blog ini... !! :)

cuti-cuti JB

cuti lepas kami ke Johor bharu... tak tahu nak jalan2 mana lagi just pusing2 kat danga bay n sempat pergi ke pasar karat...hahaha nama je pasar karat tp tempat tak berkarat pun.. ok lah sbb lama tak bercuti kan....walaupun dekat tetap berpuas hati.



























p/s: sejak akhir2 ni mood berblog agak merudum....huhuhuhu..tak tahu la apa puncanya...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...