Pages

balik kampung

salam semua... ermm nak ambik mood sebelum mempacking brg hhihi... malasnya lahai bab packing brg ni...kalau sikit2 tak pe ni dah anak ramai kena la banyak kan aduiii... insyaAllah esok nak balik kampung di kelantan flight air asia pukul 4 ptg. aku balik berdua dgn bambam aiman je...sementara mr.hubby,arissa n adam balik dengan kereta.katanya nak singgah bukit tinggi la cherating la... suka hati deme la,teman nak cepat sampai je sbb tak larat nak duk lama2 dlm kereta tambah pulak aiman bukan reti nak duduk diam.mr.aman nak balik dgn kereta kecik pulak tu hahaha... bior la... aku ok je boleh balik kg lama2...

ni first time aku fly dgn aiman berdua je ni,dgn stroller lagi..berdebar je rasa,selama ni kalau en.aman tak fly sekali pun sekurang2nya adam n arissa dah besar2 tak banyak ragam ni dgn aiman lg perut dah memboyot lg harap2 semua ok la kan.Dah la sejak2 baik demam ni asik meragam je,tak boleh duduk lama,pastu kalau nak tido kena tido kat rumah tak mau dah tido atas riba ke dlm stroller ke payah betul nak lelap...huhuhu pas tu  mula la meragam lentik2kan badan dia,kalau ringan tak pe ni dah 10kg wat mcm tu patah la bahu mami!!!!....

oh ya sebelum terlupa pada peminat2 atau pengumpul2 fridge magnet kalau ada yg berminat nak wat koleksi ke,nak buat gift ke nak buat door gift ke bole la hubungi aku... ni antara felt fridge magnet yg sempat aku siapkan sebelum bercuti...


kek b'day

ok bila sebut majlis sambutan hari jadi mesti la kek yg jadi bahan utama yg u all akan fikir betul tak?? terutamanya majlis utk kanak2,kek kena sedap,cantik,tak muak dan paling penting poket tak bocor hihihihi.... setuju tak??? kalau setuju sila angkat keyboard!



ini kek moist chocolate yg aku tempah untuk b'day arissa n aiman, pastu tambah plak choco oreo ni kegemaran arissa,dah b'day dia kan layan je lah...  semua ni aku oder di sedap-sedap belaka

kek coklat ni ambik hari khamis sbb plannya nak wat makan2 malamnya tp takjadi,so simpan la utk wat esok.apa yg bestnya kek ni tetap lembut n moist,chocolate topping tu tak naik berminyak n tak meleleh atau mengeras walaupun simpan 1 hari mmg elok2 je. lagi satu korang makan la banyak pun mmg tak muak coklat dia mmg sedap!!!

kat sedap-sedap belaka ni korang boleh request macam2 jenis kek,pastri,utk sebarang majlis kahwin ke,hantaran ke,door gift ke...selain tu ada jugak perkhidmatan candy buffet!! kalau u all ada bajet lebih n nak buat majlis,boleh diskas dgn tokey dia mcm2 tema hihihi... nanti u all jalan2 kat fb page sedap2 belaka tau!!
tokey sedap2 belaka ni makcik sara yg tinggal kat kajang... pape boleh contact dia ni personal fb tokey sedap2 belaka ( rusnani @ nenynani ) atau nak jalan2 cuci mata kat insta pun boleh add : nennynani



semua tak menyabar nak terkam kek chocolate hihihi...


weeekend yang panjang

assalam, khamis lepas mr.aman cuti sbb nak kena bawa aiman cucuk setahun n aku pula ada appoiment utk scan,so terpaksa la cuti ye lah kat klinik kesihatan ni mmg lama lagi pun nak kena pergi dua tempat...alang2 dah ambik cuti tu petangnya kami balik ke kl.esoknya mr.aman berkerja mcm biasa,kl ke klia tak lah jauh mana so jumaat tu aku stay kat rumah kakak ipar.kebetulan ayah mertua pun ada datang dari kelantan.so meriah la jugak. malamnya kami buat acara makan simple2 je sebab tak sambut lagi b'day aiman kan,7hb tu b'day arissa n ayah mertua hihi seronok sangat bila sesekali berkumpul mcm ni.

selamat hari jadi arissa sofia, semoga mejadi anak yang solehah,bijak dan sentiasa sihat.
alhamdulillah keputusan tahun ni pun memuaskan hati.tahun depan naik kelas.pastu dilantik menjadi pengawas pembimbimng rakan sebaya pulak. mami mmg suka sangat,walaupun mmg payah betul nak suruh dia baca buku....hihihi




antara pic yg sempat snap.... nanti sara buat entry lagi satu..nak cerita pasal kek yg sedap tu!

happy 1st b'day aiman mikail

hari ni aiman genap setahun... pantasnya masa berlalu sedar2 dah setahun sedar sedar nak dapat adik lagi hihihi... kalau teringatkan kes bersalinkan aiman tahun lalu (boleh baca SINI ) mmg ngeri dan trauma tp mengenangkan baby yg comel boleh gomel2 suka plak kan hehehe....
pape pun alhamdulillah semuanya baik2 saja... doa mami dan ayah semoga aiman membesar menjadi anak yg soleh,sentiasa sihat dan bijak...  :) HAPPY BIRTHDAY SAYANG!!
jom layan pic aiman sepanjang setahun :)


first pic pada pukul 3pg...

                                                                      day 1               





                                               
                                                               umur sebulan



                                                                     2 bulan


                                                                  
                                                                     3 bulan



                                                                           4 bulan

                                                      

5 bulan


6 bulan


7 bulan



8 bulan



                                                                  9 bulan



10 bulan


                                                                   11 bulan



 12 bulan yey!! 1st pic in the morning hehehe!

entry khas: tahniah en.suami

salam, hari ahad lepas en.aman menghadiri majlis convo,alhamdulillah tamat sudah perjalanan sebagai seorang pelajar MBA... tahniah kepada en.aman,mmg rasa puas hati sangatkan hehe...ye lah selama masa belajar ni masa hujung minggu tersangat la bosan (bagi kami la hehehe) sbb kalau keluar pun just beli brg kat tesco je tu pun dah petang sbb pagi sampai tghari kadang2 sampai ptg en.aman ada kelas.nak rancang aktiviti pun agak terhad time tu....kadang2 keluar malam utk study group sbb masing2 semua kerja kan...so kena la pandai2 cari masa...

hari sabtu tu kami ke kedai gambar utk ambik gambar family,ni first time snap kat studio exited plak hehehe...insyaAllah nanti next baby keluar plan nak pegi lagi sekali... nanti dah siap pic tu sara letak lagi.

hari ahad en.aman keluar pukul 5pg dr melaka.since dah pakat ngan member2 sume pakat nak gi bujang2 je hehehe... lagi pun payah jugak nak bawak budak2 ni dgn suasana yg tiap2 hari hujan.


cuti

 aiman first time masuk kolam... mula2 mcm tak kisah je tp bila dah masuk dlm tu mami panggil pun wat tak dengar je

 dah merah2 hidung baru nak naik hehehe...
 arissa dah gian nak main bowling... tp mlm tu tak de bola ringan bola 10 pun belasah jugak

 ramai peminat ni... tak pernah tengok baby bambam kot heheh...


cuti lepas tak de pegi mana pun...since aman tak cuti hari isninnya.. so ahad chek in je la hotel kat nilai tu,dekat skit dia nak gi keja hehehe... tak de pegi mana pun duk hotel je mlm keluar makan dekat2 pastu main boling,petang2 bawak gi swimming pool je keja... tido makan... ermm ok la duk umah pun tido makan jugak kan...hehehe...

anak-anak

 salam,lama tak update pasal anak-anak...tak banyak cerita nak dicerita semuanya dah besar n dah tak melekat dgn kita lagi dah huhu...

arissa n adam makin membesar,dah pandai urus diri sendiri,arissa dah boleh siap sendiri time nak kesekolah,kalau nak keluar just sediakan baju mana nak pakai nanti dia boleh wat sendiri,adam pun sama tp still kena perhati jugak time mandi n pakai baju batulkan yg mana senget tolong butang n sikatkan rambut...

aiman dah boleh berdiri,pegang dinding n perabot...dah nak start jalan kot hari ni chek up turun 200gm,misi kata sbb nak ringankan badan n mungkin dia dah start aktif...walaupun makan mmg banyak n 4 kali sehari. masih bf macam biasa walaupun dah try mcm2 puting n susu huhu... misi tak galakkan bf sbb ada sejarah gugur so takut efect pregnency kali ni..nampak nya kena usaha lagi untuk tukar susu!

the coming soon baby baru buat buku merah hari ni, saiz baby ok,berat badan mami 62kg n nasib baik BMI normal so tak payah minum air gula huhuhu...parah jugak kalau kena tu!

harap2 semuanya ok n mami boleh handle sebaik mungkin...alhamdulillah jugak kali ni tak de morning sickness!!

hormon??!

as'salam... lama menyepi sbb tak tahu nak cerita pasal apa... kebelakang ni tak de mood langsung tambah2 pulak aiman makin lasak n dah pandai,nak2 kalau nampak sara kat meja pc ni mula la dia menyibuk sekali hehehe... oleh sebab tak tahu nak cerita pasal apa sara just nak bg tau sekarang dimasa2 terluang sara just menonton kdrama yg baru antaranya ialah
  yg ni marry him if you dare... mcm kelakar2 skit,yong hwa CN blue tu nampak hensem plak dlm drama ni n rasanya ni first drama dia kot nampak macho skit hihihi ke hormon aku tak betul?

ni tajuk 'the heirs' n mcm biasa la anak2 org kaya mesti jatuh cinta ngan gadis miskin kan?? sbb tgk citer ni?? lee min ho!! hihihi ok sila salahkan hormon aku!!

pleaseLAH...

yes i'm expecting... ade beberapa teman terdekat bukan terdekat, kaum kerabat yg bertanya khabar,terima kasih sangat2... tak kurang yg ucap tahniah dan ada jugak yg menyindir2 katanya plan tak menjadi dan sebagainya... meh sini nak jawab!

aku rasa annoying sangat2 bila ada yg cakap kesian kat aiman kecik lagi dah dapat adik,kurang kasih sayang la... awat tak plan tak kurang pulak yg bagi label baby opps,baby supprise,baby whatever yg korang label... kenapa ya?? baby luar plan tu baby unwanted ke? unwelcome? korang sapa nak cabar kejadian Allah? besar mana sangat kuasa pil perancang kalau dah Allah kata kun fayakun...jadi maka jadilah!!

Bagi aku, aku tak rasa kesian dgn aiman ke adam ke arissa ke sbb aku tau kasih sayang aku tak berbelah bagi,sama rata je utk semua... mungkin perhatian sedikit teralih tak tak bermakna dah tak sayang!!
aku dan suami sama2 berkerjasama bagi sepenuh perhatian pada aiman,adam, arissa walaupun penat.

nasib aku baik walaupun dah masuk minggu ke 7 tak de pulak rasa alahan yg teruk just cerewet je skit time nak makan.tak cepat penat n muntah2...alhamdulillah sangat2!

so korang lain kali please lah kalau ada org lain yg preggy rapat2 ni tak payah la nak cakap mcm tu... tak rasa bersalah ke? sesedap mulut je...beranak rapat korang tanya,tak beranak korang tanya...beranak sikit tanya bila nak tambah,beranak ramai tanya plak tak penat ke...abes korang rasa perfect sangat dah ke??

maaf update dlm keadaan annoying dan menyampah sangat2! so please lahhh!...

sararisa shawl batch 1

 




mix n match sofia collection
material:chiffon and georgette
price: rm25 tidak termasuk kos pos


jemput la ye kawan2 kalau berminat boleh email sara : sararisa_82@yahoo.com.my
atau fb sara :  https://www.facebook.com/sararisa
sms/whatapps/we chat : 012-9504644

ada free gift menanti anda dan percuma pos laju utk pembelian 2 helai ke atas :)

again...

kali ni mmg gelabah puyuh kitaorg sbb betul2 tak plan n tak prepare... bila bulan lepas tak period hubby beli tester ni semalam,pagi ni test amik kau 2 line terus,mula2 tergamam jugak la...tp bila fikir balik ini jugak rezeki..hadia dr Allah so tabahkan lah hati,redha,bersyukur dan gumbirakan hati...tak mau panik2...plan asal selepas 4 tahun baru nak tambah, konon2 nak rancang mcm2..tetapi Allah adalah sebaik2 perancang... terima sahaja lah...alhamdulillah terima kasih Allah.

coming soon

insyaAllah dalam masa terdekat ni sara akan upload beberapa pc shawl ilham sendiri... kualiti kain insyaAllah selesa,tak panas lembut dan beralun...antara ciri2 shawl yg u all suka kan..yg penting tak jarang...

duet den bertingkek-tingkek!

sejak bulan syawal dah nak hujung2 ni banyak pulak aku terbaca (ter??!!) kat fb wall cerita anak2 beli mainan,beli henpon dengan duit raya... ermm tak de tak de...aku tak jeles hehehe... selalu jugak kita dengar "biar la duit dia,bukan selalu pun..." cam tu la yg aku selalu dengar bila anak2 nak membeli kan?? kalau aku pulak, rasa sayaaannnnggg sangat duit raya anak2 nak bg diorg beli benda bukan2... ye la duit raya ni setahun sekali je dapat,ni kira rezeki tersepak la kan? kalau hari2 biasa tak de nya org nak bagi2 cam tu kan? hehehe... selepas syawal,mr.aman akan pegi bank bank in duit anak2..sukannya tengok duit sekali masuk berkepuk2 hahaha... ye la duit raya setiap tahun tak kurang 4-5 ratus sorang kan? kalau bulan2 pun kita tak masuk banyak tu utk anak kita hahaha....
alhamdulillah berkat menabung sikit2,esok2 anak2 nak masuk U ke kolej ke tak de nak susahkan org...tak de nak sibuk pinjam PTPTN (macam mak dia!!) umur baru banyak ni duit lg banyak dr duit mami hahaha... selain duit raya,duit tabung n ada la duit lebih2 lain akan masuk akaun jugak...

mcm2 jenis org aku jumpa/tengok/dengar berkenaan duit raya anak ni... ada yg biar je anak berbelanja suka2 (ni kalau anak dah besar skit,dah pandai nak melaram ke,pandai pakai henpon ke...) tukar henpon,tukar casing n mcm2,ada yg amik n pakai sendiri wat tampung poket bocor sbb berbelanja tak hingat...ada yg amik duit anak wat open house??!..hehe mcm2 org kan... aku tak gamak nak pakai duit anak wat menda yg lebih2 lagi berkepentingan peribadi...

anda jenis yg mcm mana? :)

taun ni tak sabar nak gi buka akaun utk aiman pulak...

beringat ler..zaman ni duit payah nak dapat senang nak habis, kata org sediakan payung sebelum hujan...


berpeluh di pagi hari...

penat betul hari ni... aku kalau ada pertukaran or penambahan dlm jadual ni la yg buat hidup jadi kelam kabut, malam tadi iron baju sekolah anak-anak mcm biasa, pagi ni sejuk yg amat ingatkan hujan..malasnya nak bangun tp gagahkan jugak,kang kalau en.Aman masuk, tak mandi la jawabnya keluar hantar budak2 nanti... (lama weii kalau dia masuk!!),pagi ni nak kena cepat sbb malam tadi tak hantar baju sekolah petang arisa kat rumah transit so kena keluar awal kalau lambat skit kang tuan rumah tu kunci plak pagar huhuhu... alhamdulillah sampai sebelum diorg keluar,patah balik nak hantar adam... sampai kat sekolah adam tengok ada khemah... tiba2 adam jerit ala mami hari ni kena pakai baju raya!! eh ye ke?? bukan hari jumaat ke? alahaii tunggu la depan pagar sekolah tu tgk betul ke ari ni kena pakai baju raya,rupanya betul...adoi satu hal nak kena patah balik rumah,iron baju.... huhuh jarak dr sekolah adam ke rumah lebih kurang 13minit kalau bawak dalam 80km/j and trafik lancar...tp time tu dah pukul 7.35pg...kereta dah banyak keluar dari 13 minit dah jadi 20 minit...huhuhuhu... berpeluh2 balik rumah cari baju raya,iron,tukar baju,amik biskut,pakai kasut...masuk balik dlm kereta drive mcm org gila...hahahaha....
sib baik sampai tu ngam2 nak masuk dah sebenarnya tak kisah pun lambat ke apa ke bukan sbb kena tulis nama pun,sekolah tadika je pun kan...tp memandangkan aiman bgn pagi tu tak susu dulu sebelum keluar,tu yg aku panik kot2 dia melalak tp dia baik2 saja pg tadi hahaha...mak nya yg lebih2!!


 ni la dia baju rayanya...light pink hehehehe...

enterprem jugak... first time raya kan...exited mak dia tempah baju raya cinonet ni ha...


so tu la hari ni punya cerita...

gambo raya!


 mcm biasa la pg raya kan...


 balik kamponngg ooo balik kampoong!!


 mama tok!


 mama tok n cucu-cucunya


tokki... ni moyang aiman,n aiman cicit terbongsu sekali setakat ini hahaha


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...