kelikkk la saya pelisss!!

happy b'day to me ~ alhamdulillah!


 Alhamdulillah dengan izinNya sempat sambut b'day ke 31...tua?? sapa kata? mana ada tua lah.. ni muda lagi nih...tp sebab anak dah 3 nampak la macam makcik2??! ye ke?? tak kisah la huhuhu... sabtu lepas en.suami ada training kt PD petang baru sampai rumah...oh penatnya kesian dia  ( selasa - khamis pegi penang,balik malam,jumaat-sabtu ke PD...adoii pengsan!) penat2 pun bawak jugak la pegi makan... sbb kesian en.suami penat so pegi dekat2 je sudah la so masuk secret recipe je lah mlm tu..utk makan2... balik rumah pun dia dah penat tido hahaha...





 budak bulat ni dah tak sabar nak makan...hahaha




esoknya en.suami bawak adam n arissa masuk tgk wayang,cerita iron man. mami is rilek2 soping sorang2... nasib baik aiman pun tak meragam tido je sepanjang2 masa...ohooiii senang hati sungguh! (don't get me wrong,i loves my kids dearly but sometime i need rest too! need ME time!!) okeh? aku bukan robot ye boleh senyum 24 jam tengok anak wat sepah rumah... senyum tengok anak bising2 time baby nak tido,senyum time penat...no no no... saya cuma manusia biasa yg kadang2 perlu jugak berehat dan cari ruang untuk diri sendiri ok...
 body shop wat sale hari tu.last day tak banyak dah yg menarik ni je la yg dapat...huhuhu

(gambar kat atas ni sengaja sara kecikkan sbb bila wat medium or large jadi stretch..tak suka lah..tak reti nak wat cemana sesapa tau sila ajar saya kat ruangan komen..please!! thanks)

 rompers utk dak tembam...


 long sleeve shirt utk aku n adik putih sbb nanti nak dye sendiri...tak de keja kan??


apron kecik utk arissa pakai time pendidikan seni kat sekolah



sudu utk aiman nak makan nanti...sedap betul pegang sudu ni, lembut gile!

and beberapa brg lagi yg malas nak snap hahaha... pas budak2 habis tgk wayang  terus masuk makan kat little taiwan ke apa nama dia...tak snap gambo sbb dah lapar sangat (rasanya ada gamba kat hp hubby)

tu lah serba sedikit sambutan b'day saya n lagi hadiah best dr encik suami ialah tiket penerbangan pergi balik ke kota bharu hahaha.. ok lah tu...bole balik kampung since aiman tak pernah balik kampung,tak pernah jumpa tok ki dia... wehuuu seronoknya...(yg tak seronoknya en.suami tak boleh ikut sama sbb banyak koje!!! huhuhu mencikk)

zaman dah berubah

Siapa masih ingat kalau kita masuk apa2 acara atau ambil bahagian dalam sukan n bila dapat hadiah,zaman2 tu kalau hadiah mesti dah boleh teka... paling suka kalau dapat pensil warna,buku warna,kalau wat balik bekas2 plastik tapau tu mak2 suka la kan hehehe... tp sekarang kalau sukan dapat medal dan tropi... hhhuhu apa la sangat ngan budak 5 tahun tahu kan?  kejap duk celah kerusi,kejap duk bawah meja...hahah tak de nilai pun bg deme2 tu! sebb tu sara suka kalau budak2 ni dapat hadiah yg boleh deme2 guna...(jimat duit mak jemah!)

sabtu lepas sekolah Adam ada sukan,dia ambil 2 bahagian n dua2 dia menang n dapat medal hahaha..siap cakap lagi hadiah tak best... sara tak pergi tengok adam sbb kebetulan plak Aiman demam n mak mertua ada kat rumah.so en.hubby je la pegi temankan Adam.



cikgu kelas adam,cikgu maisarah (comelkan?)



no komen!

aku malas nak cakap pasal politik...n aku bukan la pandai sangat, walaupun keputusan agak mengecewakan aku ( dan  ramai lagi yg lain) tp apa boleh buat keputusan sudah rasmi... tak pe at least bila tahu BN pun hilang banyak kerusi terubat jugak hati, sejarah tidak boleh tercipta dlm masa yg singkat...tak pe lah... yg penting BN boleh belajar dr kesilapan,perbetulkan yg mana salah...ambil pengajaran bukan makin bongkak dan sombong!

dan juga tahniah buat warga kelantan negeri tercinta dengan perlantikan MB baru...sedih dah terkilan jugak tak balik mengundi Tuan Guru Nik Aziz tahun ni sbb tak tahu pun dia nak bersara... kalau ikutkan sara kena mengundi di kawasan TGNA bertanding iaitu DUN cempaka. huhuhuhu sedih sedih!

kalau dah anak jantan...







semalam cuti,so keluar jalan2 sambil cari hadiah adam.... biasanya kalau time b'day mr.hubby bg kebebasan utk pilih hadiah sendiri (mr.hubby mmg mcm tu,so dia tak payah pening2 pikir nk bg hadiah apa...heh..senang koje)

ingat nak ke mahkota prade tp oleh sebb ramainya umat semalam sampai full park,so patah balik ke ayer keroh masuk JJ je lah... pas makan,pusing2 kat bahagian toy... si adam mula la pening2 lalat nak beli apa... masa kat rumah dah berangan nak beli hotwheel (sebb dia suka kumpul kereta hotwheel),tp bila dah sampai sana tengok tu nak tengok ni nak...so mummy yg dah tahu peel dia ni terus stik je ngan pilihan dia kat rumah tadi, sbb dah tahu dah mainan lain mmg akan main sekejap je...last2 main hotwheel jugak...pujuk punya pujuk amik la jugak trek hotwheel ni... tp sbb mr.hubby malas nak drill2 kat dinding pilih yg jenis ni je la senang je clamp kat meja je tak payah nak tebuk2 dinding bagai kan...main la sampai puas hahaha...

oleh sebab malas nak snap sara amik kat google jela ye price RM59.90 je...dapat free 1 car. makin bersepah la kereta hotwheel dia kat rumah ni...ades!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...