kelikkk la saya pelisss!!

cepatnya!

   Salam...lamanya tak update...konon2 tahun baru ari tu nak rajin2 update blog hihi, sedar2 dah hujung january dah kita ni kan,cepatnya masa berlalu.

   Sekarang ni sara dah masuk 26weeks ++ so terasa sangat cepat penat dan letih,beza dgn masa preggy dulu...dulu2 muda lagi sekarang dah 31 tambah pulak aiman dah dapat kaki,melasak je dia,keluar masuk 6-8 trip sehari hantar ambik anak2 sekolah mmg terasa sangat penat. mcm mana lah org yg kerja opis ye? kt rumah kalau tak larat boleh jugak baring2 kan.
   
   sepanjang bulan ni tak de la pape yg menarik pun, kena MGTT (minum air gula),pastu result tak berapa cantik so kena plak BSP (test darah setiap 4 jam) pastu kena jumpa doktor untuk review,jumpa pakar pemakanan  atau diatition, pastu kena second round BSP 10 feb ni nanti...adoi penat jugak la sbb kena jumpa n chek up dengan doktor setiap 2 minggu.kesian en.suami sbb banyak kali kena amik half day.

   so cuti cny ni ada family day belah suami,tak pegi jauh pun kali ni kat ulu langat je... so balik nanti lah update tu pun kalau rajin hihi...esok nak gerak tp satu hapa pun belum packing,nampak tak tahap kemalasan aku nih. rasa malas nak gi mana2 pun nak duk umah je.

day-2 2014

ermmm kemain rajin ye, amik semangat tahun baru ekekeke...
pagi tadi bermula dengan agak kelam kabut,bangun pagi terus kejutkan arissa,selesai solat arissa dah siap mandi. kejutkan adam, mmg liat nak bangun,sejuk la,sakit mata la, ngantuk lagi la macam2 ragam dia... sekali ayah dia bersuara baru la nak menapak masuk bilik air. turun bawah siapkan breakfast simple2,roti je hihihi... pakaikan adam baju sekolah,aiman pun dah bangun. mandikan dia.siapkan susu.siap semua baru la gerak. kelam kabut hari ni pasal sara nak kena ke klinik kesihatan cheng sbb kena buat MGTT atau lebih dikenali minum air gula bagi ibu-ibu mengandung...huhu...mr.hubby half day harini. lepas hantar arissa terus drop sara kat klinik n terus hantar adam pulak.
sib baik lah sampai awal dapat no.3 hari ni... nak jadi cerita sebelum minum air gula kena ambik darah dulu, sekali cucuk tak keluar,dua kali cucuk tak keluar, so nurse tu tak berani nak cucuk lagi panggil sister, sister tu cucuk 2 kali tak keluar jugak,tukar sister lagi sorang dia cucuk kat pergelangan tangan baru lah keluar tu pun sakit yg amat huhuhu.... pas minum air gula lepak kat luar kejap tunggu sampai pukul 10 and masuk balik. sambil2 tu layan dulu buku ulu yam di liverpool tu...sume org ingat sara peminat bola sepak pasukan liverpool hehehe...
pukul 10 masuk balik,tunggu turn sampai 10.30 baru la dia panggil. sekali cucuk tak keluar cucuk kali kedua baru la keluar...sudahnya balik rumah hari ni penih tangan bertampal plaster n kapas tu hihihi... tunggu la esok2 mesti lebam naik punya....
balik rumah makan nasi ayam, pastu siapkan baju mr.hubby sementara dia pergi jemput adam pukul 12 tu. pas mr.hubby pegi kerja,siapkan adam kana tengahari then sara tinggal je dia dengan tablet n nasi kat meja.kepala dah ting tong.aiman dah bising.tido sampai ke petang baru sedar. tu pun adam kejut nak susu hihihi... kejap lagi nak keluar ambik arissa plak..aishh boleh ke ni... lama tak drive ni?? tawakkal je la ye dok!


selamat datang 2014

 salam semua, sara ucapkan selamat datang tahun 2014...semoga tahun ni membawa sinar pada semua... sara tak de lah beriya sangat nak sambut tahun baru tp since usia makin meningkat ni rasanya perubahan tu perlu lahkan... so sebagai permulaan tahun ni sara mulakan dengan buku motivasi dari nazali noor ni,semoga boleh menyuntik semangat baru pada sara...harap-harap sangat tahun ni berlalu dengan tenang tp tak tahu la kan nanti dah bersalin yang ke-4 ni boleh ke tenang?? hihihi...

 

21 dec 2013 hari tu balik kg sekejap,ye lah cuti2 ni mana ada pegi mana2 lagi kan so balik lah jenguk mama n papa dan kebetulannya mama akan berangkat ke makkah untuk umrah pada 28 dec tu.
selain tu sempat jugak lah celebrate b'day mama,aiman n arissa tumpang lagi sekali (kemain depa tu sampai 2-3 kali sambut b'day) hihihi... ye lah dah semuanya dekat2 kan.

 lupa pulak nak snap nasi kerabu hidangan tengahari tu ....hihihi bertungkus lumus mama n adik ipar menyiapkan semua tu... sara tak masuk dapur pun...erkk tak larat nak berdiri lama2,sakit tumit (alasan) kan hihihi...



malam 27 dec,mama berangkat ke kl dulu dengan last filght air asia,bermalam kat rumah pak cik sara (adik mama) kat kajang,esok nya fight pukul 6ptg terus ke madinah. dari kiri (baj hijau) adik ipar sara ~ dayah, papa tok n aiman,mama tok,adik bongsu sara ~ adik @ zatil, mak buyung n last sekali tu mak cik sara hihihih... walaupun baru umur 20++ tp dah pangkat makcik,dengan aiman pangkat nenek...hahaha.aiman kena panggil dia nek su...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...