Pages

rentetan kelahiran putera ke4

Alhamdulillah hari ni dah hari ke 13,nak share pengalaman bersalinkan Ahmad Ammar Razin

20 april 2014 (ahad)
wekend tu mcm biasa lepak kat rumah,since semalamnya dah jalan2 kat mahkota prade
dalam pukul 4 ptg en.aman suruh siap2 nak keluar ke tesco cari brg dapur n makan,
so siap2kan aiman n salin pampers dia,masa bangun tu my mom tegur kenapa kain tu basah? 
aik? basah kena apa plak? nak kata terduduk atas air tak de rasa plak,
basah pun tak banyak lebih kurang besar tapak tangan je...
so debar2 jugak la sbb tak pernah jadi cam gitu kan...
cakap ngan en.aman,dia tanya nak terus pegi hospital ke...
oleh sebab tak rasa sakit aku gigih la pegi tesco dulu,makan siap2,beli brg bagai kan
dalam pada tu perut duk mengeras2 je...
maghrib sampai rumah siapkan anak2,lepas solat baring2 lepak dlm bilik dulu,tidokan aiman.
dalam pukul 10mlm baru la gerak ke hospital...

sampai kat hospital chek2 sume katanya baru 1cm. tak de tanda2 nak bersalin lagi,
tp sbb kes leaking tu kena jugak la tahan wad.
chek in wad dalam pukul 12mlm. 
dlm pukul 3pg contraction dtg dan pegi,kadang2 10min sekali,kadang2 20min sekali..
dekat pukul 5 baru ok n boleh tido lena.

21 april 2014
still kena observe lagi,buat ctg lagi
so hari ni tak buat pape,rehat2 je.tghari tu hubby datang bawak adam n aiman,lepas hubby balik tu
keluar lagi air ketuban,oleh sbb doktor nak tengok so kena la tunjuk pad yg basah tu..nak kata basah banyak tak jugak,boleh kata half pad je la...
petang tu kena ctg lagi sekali,chek jalan,doktor kata 1cm jugak,cari2 kat mana tpt bocor tak jumpa pulak,tp ada banyak mukus kata doktor mungkin sbb tu tak nampak,still doktor tu ambik sample mukus tu utk dihantar ke lab lepas tu turun bawah kat labour room sbb nak kena scan,pastu doktor kata mmg ketuban sikit, chek jalan lagi still 1cm...(berapa banyak chek jalan daaaa!!) *..*
so petang tu doktor nak jumpa hubby untuk sign kebenaran nak induce,and dia terangkan apa dia punya risiko,and last solution kalau tak boleh bersalin jugak terpaksa la czer...

22 april 2014

pukul 2 pagi nurse datang kejut nak buat ctg lagi,
lepas tu suruh siap2 baju baby utk bawak turun ke labour room.
lebih kurang 3.30pagi masuk bilik untuk induce,katanya dalam masa 2 jam tak boleh bangun dari katil,
takut ubat tercicir hehe...
so siap2 ke toilet n baring,doktor masukkan ubat n baring la kat situ sorang2...
tak rasa sakit sangat so boleh la paksa tido kejap,kang tak de tenaga pulak...
banyak dengar cerita induce tu sakit,so masa tu mmg prepare mental n fizikal la utk sakit,
tp aik tak sakit plak..kihkih siap boleh sms hubby...
dalam pukul 5.30pg nurse masuk chek contraction,pastu dah boleh pergi toilet,
masa tu membuang punya la banyak,lama plak tu dlm toilet,sampai misi datang ketuk,awat lama sangat?
ingat dah beranak dah hahaha... 
pastu pertukaran shif,lama la plak kena tunggu,sempat la jamah air milo segelas n roti setengah keping

pastu baring cuba2 nak tido,hubby hantar air kotak masuk.
pukul 9.30pg baru la doktor masuk, ramai plak tu ada la dalam 5 org,chek jalan,katanya baru 2cm
pastu yg doktor pakar tu tak puas hati,nak jugak seluk kan.sambil2 seluk tu dia pusing2 jari dia, pastu keluar masuk,keluar masuk 4-5 kali...sakitnya tuhan je tahu...rasa mcm dia sengaja nak buka jalan...
sampai nangis2 dah aku menahan sakit,pastu doktor kata pasang ctg then tunggu induce second round,
nurse suruh aku pegi toilet dulu,dlm toilet tu aku dah terkencing2 sakit tuhan je yg tahu tpt kena seluk tu,
naik je katil sakit mmg tak boleh tahan,rasa mcm terkoyak terus aku punya bawah,
doktor sorang lagi kesian kot tgk aku, dia bg kebenaran panggil suami masuk temankan sbb aku dah sakit lain mcm...

sakit datang setiap 5minit,tp aku tak rasa itu contraction sbb yg sakit bukan perut tp bahagian ari2,
tpt kena seluk tu kat bawah tu....
nurse masuk dgn doktor tadi, suruh hubby keluar dulu sbb nak chek jalan,
katanya sbb aku dah nampak sakit sangat2,berpeluh2 mcm dah nak teran dah...
bila chek aikk??!! baru 2cm??
aku yg dengar ni terus nangis,ye la kan baru 2cm dah sakit cam gitu rupa?
dalam 10minit doktor tu masuk balik n katanya nak pecahkan ketuban,
selepas pecahkan ketuban tu rasa sakit mengurang sedikit,boleh la lelap2 lagi,time contraction baru la bangun.

Pukul 1ptg nurse pelatih dtang bawak wheelchair katanya kena tukar bilik,nak letak dekat dengan kaunter sbb bilik yg sara duduk sekarang tu agak jauh dr work station nurse, sbb sara sakit dah teruk sangat tp bukaan still 2cm,kot2 la tetiba jantung baby tak ok nak terus czer katanya.

masa tu contraction still ok n masih boleh tahan, lebih kurang pukul 2 or 3 ptg doktor dtang lagi sekali dengan doktor pakar tadi katanya nak chek bukaan jalan lagi sekali,sara cakap saya tak nak doktor tu buat...hehe kemain diva aku ni tau sakit2 pun nak demand2 lagi...doktor Deepa yg kesian kat aku tadi tu cakap ok la saya buat...hehehe... so lepas tu bukaan still 2cm... aku dah down gile2 dah rasanya,sister bawak masuk gas bg aku sedut utk kurang sakit,sebenarnya gas tu tak hilangkan sakit,just nak bg kita rileks antara selang masa contraction...so dalam selang masa tak sakit tu mmg aku terlelap *lalok*...
nasib baik la ada nurse yg training ni baik sesangat tunggu kat dlm bilik aku tu selama aku sakit,siap gosok2 perut,lap peluh,gantikan kain n alas sbb aku dah tak tahu berapa kali terkencing dah atas katil tu,
ye lah selama dlm labour room tu tak silap aku 6 botol kena drip! siap bacakan doa utk aku,kalau anak teruna aku dah besar nak je aku amik wat menantu...hah kau tetiba!! ^00^

lepas tu en.aman masuk temankan aku,kalau ikutkan tak boleh masuk sbb dia tak pergi kursus peneman,tp mungkin keadaan aku masa tu dah down n suasana labour room pun tak bz sangat so doktor bagi je la dia masuk... temankan aku sepanjang aku sakit tu,mmg sakit sesangat, aku rasa dah 8-9cm dah setiap kali contraction datang....walhal baru 2cm!!

dalam pukul 4ptg cam tu aku dah merayu2 dah kat en.aman nak czer je dah tak tahan sangat setiap kali sakit,
dan aku fikir kalau nak push pun nanti tak de tenaga dah pun,dah la seharian tak makan.
bila doktor masuk chek progress, hubby kata nak czer,so doktor pun ok kita chek jalan dulu... last time ye, bila chek doktor kata dah 4cm... "encik baik tunggu je la,sekarang dah 4cm,biasanya 4cm-10cm tu sekejap je"
dalam hati aku mmg menyumpah2...sekejap la kau tak rasakan...cuba kalau kau yg rasa...
so tahan je la aku nak tunggu lagi 6cm tu!!!

bila sakit datang aku sedut gas tu sampai pening kepala aku then aku lelap,hubby pulak duk gosok2 belakang,lebih kurang 6.20ptg cam tu nurse datang nak ambik blood preasure,masa aku pusingkan badan tu terasa kepala baby dah nak keluar,
aku jerit la "baby,baby!!" tp suara aku keluar tak keluar sbb dah serak kan,nurse tu plak nurse pelatih blur dia mmg tak patut..tak tahu nak wat apa,
aku jerit la lagi "baby dah nak keluar!"
terus nurse yg kat kaunter tu serbu masuk dlm 5 org kalau tak silap aku,
masa nak betulkan kedudukan tu,aku dah nampak kepala baby dah tersembul dah hahaha...
aku tak kira dah masa tu,punggung tak rapat ke,tak tarik nafas ke janji keluar dah masatu,aku push je...
misi siap suruh tunggu kejap,ambik nafas katanya,
nafas pun dah tak de dah cik misi oiii!!!
hubby kat sebelah cakap "sikit je lagi mami"
aku pun push je la kan..tak de nak tunggu2 lagi dah
alhamdulillah baby keluar at 6.37ptg tu.
ada la jahit skit,uri pun elok je keluar tak mcm kes aiman dulu.
lepas jahit n salin baju semua,dapat milo panas,lelap la jugak kejap dlm bilik tu,hubby dah keluar lepas azankan baby.
dalam pukul 12mlm baru la aku masuk wad,lama gile tunggu kat labour room tu sbb tak de dokter nak chek sebelum boleh keluar tu kan.
baby diorg terus hantar ke nursery untuk observation selama 48jam sbb takut demam ke pape kes leaking tu kan.
Alhamdulillah semuanya selamat...aku keluar wad pada hari jumaat 25hb tu.

.Ahmad Ammar Razin b. Arman Razni
day 1

day 3

day 8









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...