kelikkk la saya pelisss!!

resepi puding mangga lemak berkrim







ok hari pertama puasa... aku nak share resepi puding mangga ni...seminggu dua sebelum puasa asik la dapat mangga dari jiran sebelah...bukan 2-3 bijik sekali bagi...mau 3-5kg wehh banyak tau... sedap2 pulak tu masak ranum,manis...amboii mcm jual mangga plak aku!

Hari jumaat lepas jiran depan rumah bg nasi dagang,jiran sebelah bagi mangga...so aku ni asik la tak sempat nak bagi pape... tgn kosong sokmo kata org... walaupun jiran2 tak de la mintak balas tp bak kata org memberi kita merasa,org berbudi kita berbahasa... hehehe...segan jugak la kan,pikir2 punya pikir nak wat pape mmg tak de la ye...anak2 aku mmg jenis tak boleh tgk aku duk dapo,sepisis rajin nauu nak nolongnya!

so aku decide nak buat puding je la (tu je pun yg aku pandai...hahaha)...google2 resepi puding mangga sume tak berkenan di hati,buka apa leceh n ada jugak pakai bahan yg tak de kat rumah ni ha... so aku buat sendiri la puding ni..memandai2 je kan,amik resepi sana sini..join2 pastu ubah sikit2 boleh la tu kan...aku namakan puding mangga lemak berkrim bahaahaha

bahan-bahan:
1 peket agar2 kering (22gm)
4 gelas air
setengah cawan gula
700ml full cream milk
1/2 tin susu cair
pewarna kuning
3 biji mangga (2 biji buat puree & 1 biji potong dadu) sebesar tapak tangan


cara-cara:

cara buat puree:
potong 2 biji mangga dan blend sehingga lumat + 2 sudu gula
lepas blend tapis (wajib tapis sbb ada bulu2 yg buatkan puding tak smooth nanti)
lepas tapis simpan tepi

1.masak air + agar2 sehingga hancur
2.masukka susu cair + full cream milk
3.masukkan puree + pewarna kuning
4.masukkan gula

kacau sehingga sedikit mengeleggak (kacau selalu jgn tinggal)
masukkan dlm bekas,pastu tabur mangga yg korang potong dadu tadi tu,sila sejukkan dulu!

p/s: sebenarnya anggaran cecair tu (susu + air) tu sara agak je... so korang pandai2 je la ye agak2 puding korang nak keras or lembik tahap mana...

rasa puding tu bergantung pada jenis mangga..sara tak tau mangga nama apa yg sara pakai tp bentuk dia cam dlm pic ni,besar tapak tgn,rasa manis lemak2,isi tebal,bijik nipis je,kulit dia cantik je smooth...ya Allah sedapnya mkn sejuk!!




yang ditunggu sudah tiba!!

Assalamualaikum... first nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al mubarak kepada readers 'ikhlas dijari'... peh terasa mcm menteri plak hahaha.... setelah sekian lama menyepi fuhh... agak mencabar life aku sekarang nih, 4 org anak nak handle serentak mmg aku rasa mcm tak cukup nyawa...aku tabik la pada mak2 yg boleh handle anak2,rumah tangga sambil boleh tersenyum,muka berseri2,pinggang ramping,rambut terurus,tapak kaki licin bak telur dikupas... bahahaha :P ada ke??

akhir2 ni sangat la mencabar hidup aku ni,asal petang je aku rasa mcm tak ubah pekerja buruh kasar,rambut dah menggerbang berminyak,muka berminyak,tapak kaki mcm jln tar,ketiak tak payah cakap lah ^..^ huhuhu
mana taknya sorang nak mandi,sorang nak susu,sorang tengok atas meja,sorang duk punggah periuk kat dapur...adoiyai...pening wehh... biasanya siang2 tu aku biar je korang nak wat apa dlm pukul 5-6 ptg,aku bajet laki nak balik baru la aku kemas mainan2,lap dapur,kemas meja makan,mop lantai...so kalau ada sesapa tersinggah rumah aku time sebelum tu jgn lah ada yg masuk icu tgk keadaan umah tu ye....

Ammar dah 2 bulan++ isnin lepas pergi chek up,timbang berat sekarang ialah 5.8kg.boleh tahan jugak la walau tak mcm abg aiman dia.Alhamdulillah la dia tak susah sangat nak menjaganya,tido je sepanjang hari,kalau tak tido duk terkuit-kuit sorang sorang pun tak pe,yg tak bolehnya ialah abg2nya...kalau aiman suka sangat nk kiss2 baby,lepas kiss lepuk sebijik kat muka adoilah!


Buat masa ni mmg tak berani nak ambik sebarang tempahan felt atau kad raya untuk tahun ni  T__T
sedihnya,satu-satunya hobi aku yg boleh mendatangkan rezeki... tp mmg aku tak berani sbb life aku mmg upside down sekarang ni,tak boleh nak janji2 sangat lah...nak keluar pos brg pun aku tunggu hari sabtu huhuhu...

tapi aku mmg tak suka duduk sesaja kat rumahkan,nak jugak cari duit poket sendiri... so start bulan puasa ni aku meniaga nasi arab plak, no..no..bukan yg dah siap masak ye... nasi arab ni ko beli dengan aku pastu balik masak sendiri kat rumah bahahaha....



antara soalan lain ialah:

1.apa ada dlm kotak ni?
   ~ dlm kotak ni ada beras basmathy dan jugak rempah
     bahan lain seperti kambing,lembu,ayam,bawang,tomato timun sume bagai ko pegi beli kat pasar...
kalau beli megi pun korang tak dapat udang dlm megi tomyam kan?? hahaha

2. mcm mana nak masak?
~ senang je,ikut je inctruction dia,kat blakang kotak tu,selain tu dapat jugak bonus resepi untuk buat salad arab

3.1 kotak boleh makan berapa org?
~ 1 kotak mengandungi 450gm, lebih kurang 4-5 org makan atau setalam (pada kadar biasa) yg jenis pelahap aku tak tau!  :P

4. Apa beza Mandy Saudi, Mandy Yaman, Kabsah & Maqluba?
~ Perbezaan dari segi rempah, cara masak dan asal negara. Kabsah resepi dari Teluk Arab dan Maqlubah berasal dari Palestin, Jordan dan Lubnan.

5.berapa lama penyediaannya?
~ yg ni bergantung, kalau kau tumis rempah pastu sidai kain,susu anak,mop lantai,sembang dgn jiran sebelah mmg petang karang baru siap kot!! hahahahaa... ok lah bergantung la pada tahap kecekapan anda kat dapur,sbb sangat senang je buat ni,dapur pun tak kecah sangat...

6.siapa yg perlukan nasi arab ni?
~ isteri2 yg sibuk bekerja,sibuk jaga anak,fefiling nak masak sedap2 tapi masa tak cukup,nak suprisekan mak mertua atau bakal mak mertua... atau boleh simpan wat stok kot2 la tiba2 ada tetamu datang menyinggah kan...sesuai sangat....!
suami pun boleh!!

Dah soalan sudah dijawab,sila sms @ wasap @ we chat atau call terus ke 0129504644 (sara) untuk oder SEKARANG!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...