kelikkk la saya pelisss!!

Posting terakhir

Sebelum 2015 melabuhkan tirainya aku nak share cerita terakhir tahun ni...kang dah masuk tahun lain basi plak jadinya kikikiki....

Cuti panjang yg lalu,tak de pegi mana-mana pun. Balik2 pusing melaka je lah.tak kose pusing melaka pusing seremban.tu je la keja kitaorg.selain selesaikan barang2 sekolah anak.balut buku teks.cop nama (tak larat nak tulis).iron baju.semua dah selesai.senang hati.






SELAMAT DATANG 2016...!!

Freeport A'famosa melaka

Semalam plannya selepas ke utc nk ke mahkota parade,tp ramainya umat...nak masuk basement parking pun bersusun beratur dekat setengah jam. Last2 tak jadi,pusing balik rumah kikiki...tak kose lahai nak bersumbat2 ramai2 cam gitu...dah sah sah la tpt makan pun penuh...tak pe lah bg can kt org spore,johor,penang,perak,selangor pegi hahaha(berdasarkan plate number kereta...aku agak je).

Petangnya barulah en.suami ajak keluar lagi. Kali ni hala ke tempat lain plak. Freeport afamosa.ala2 mcn JPO jugak lah.kecik skit berbanding Jpo tu.sesapa yg nk shopping brg branded dgn harga murah bole la dtg sini...tp mcm tak banyak la brand besar2 mcn kt jpo... Bj budak setakat yg aku jumpa poney dgn brand apa tah katun minion. Paling suka butik levis kikiki...butik carlo rino penuh bersusun org dalam tu.butik clarks pun tak banyak choice sangat kasut dia. Mungkin sbb masih baru kot. Ada beberapa butik lagi masih kosong.ada yg tengah punggah barang. Yg herannya ramaiiiii oiiii umat kat sini...entah mana datang sume sume nih...melaka ni kecik je kot hahah...
Lagi satu kt sini mcm tak de food court.(tak sure la akan ada ke tak)...sebab banyak foodtruck kat sini n diorg just sediakan ruang makan je.hipster katanya hahha...
Sorry pic tak berapa nak ada...tak kose aku nak snap2 sambil nak kena kejar aiman mikail lagi huiihh lecak ketiak weh!

Gobok

Assalam,hari ni nak cerita pasal almari zip ni...last pakai almari (almari ke org pnggil?) zaman belajar dolu-dolu je kikiki.... 
semalam pergi tesco pastu en.suami ternampk pulak promosi beli rm100 ketas dlm 1 bill boleh beli almari ni dgn harg rm15 je.... ok lah tu rm15 kan? kalau beli box pun dah lebih kurang harga dia....tp almari ni simple yg amat...cuma ada  1 je utk tpt gantung hanger...besi rangka adalah tersangat kurus.... tak berani nk sangkut menda berat...so sara decide wt simpan shawl2 dan tudung je lah...selama ni sara simpan dalm box transparent je,time nak pakai mula nak terhegeh2 gali gali kambus balik hahaha..... so dah sangkut cam ni senang nak pilih kan...
ni tak de idea lagi nak susun cemana,just sangkut pakai hanger biasa...1 hanger sangkut 4 helai shawl..tudung awning pakai hanger yg jenis kepit tu. rasanya nak kena cari anti slip hanger kat mr.Diy,baru ok kot kikiki...dasarrr...nak perabis duit je kau tu!

yg gantung kat tepi tu beli kat daiso rm5 je. sara buh anak2 tudung,iner,





kena selalu zip kang ada plak yg main sorok2 kat sini...

rasa nak suh mr.suami beli lagi satu la,,,wat simpan toto n bantal2 ok gak kot.

Always 21

Yeah...always 21 tu nama brand, bukan makcik yg perasan always 21 ye hahah...hari ni tak de aktiviti sangat. Pagi2 en.suami ajak pegi utc nak bayar bil,pastu tak tau nk gi mana.singgah je la aeon bandaraya.jalan-jalan cari pasal katanya.

Terserempak pulak (amboi sangat ayat nihh)... Dengan kedai ni tgh sale.masuk pusing2 kat situ. Tertarik pulak dengan promosi buy 1 free 1. Terus aku rembat pencuci muka rice nature refresh foam cleanser rm26.90. Pastu amik lg satu argan nature refresh foam cleanser...phwee banyak dah jimat nih...hahaha.... Ni first time aku try test produk korea ni...nnt aku bg review. Sesapa nk try sila la ke kedai always 21...

mr.DIY haul

Assalam,hurray!! cuti sekolah dah bermula...so mami ada lah masa nak rehat2 sikit wiiihuuuu....setelah 2 minggu mama sara ada kat melaka ni,malam ni nak balik kota bharu dah.so pagi ni keluar pagi pergi mahkota parade..kesian mama sara datang sini tak de gi jalan mana2 since en.suami kena outstation ke penang n langkawi seminggu.lepas sarapan jalan2,so ajak la mama sara masuk ke mr.diy.dia tak pernah masuk.kang dah masuk mula la rambang mata hahaha....tujuan asal nak beli sushi maker,eh tak de pulak dekat sini yang ada jenis bamboo roll tu je.
since dah tak de cerita nak tulis kan,sara tunjuk je lah apa yg sara beli hari ni...

kiri: cosmatic sponge untuk pakai foundation or BB cream kalau kat luar tak sure berapa harga tp yg sara beli ni RM4.80
kanan:cleansing sponge  RM3.10 untuk 2 keping. sponge ni sara pakai untuk lap muka selepas pakai cleansing milk atau make up remover.dulu sara suka lap dgn kapas je,skang nak try dgn sponge plak.sara amik sekeping je.1 lg bagi mama....owh ye sponge ni bila buka plastik dia ,mmg ada lembab2 skit n lagi satu ada bau.sara ambik bau buah delima (err mcm tak best sangat bau dia kikiki)








cosmatic sponge ni sangat padat n kenyal.tp bila sara try dap dap kat muka macam serap minyak kat muka sara tau hahaha.... nampak tak kesan bedak muka melakat kat situ? haha 






ni pulak cabinet hanger,kecil comel je bru RM2... sangat bergunakan? sara sangkut kat pintu kabinet bahagian dalam.boleh la wat sangkut2 menda yg menyemakkan mata tu kikiki....






ni pandangan dari luar...tak nampak sangat kan?boleh la tu..bila tutup pintu pun rapat habis je.


ni pulak door hanger.mcm cabinet hanger tu jugak tp lebih besar RM4.90 kot lebih kurang,lupa dah.
sara sangkut kat bilik tetamu.ok lah tu.bukan pakai sangat pun kan kikiki





silicon mat ni mama sara yg beli just rm2.90 lebih murah dari yg sara beli kat daiso rm5.30 sekeping hahaha....

Sambutan hari jadi anak buah

Sabtu lepas balik KL kejap.join sambutan hari jadi anak buah.hehe...bday boy punya pic lupa nak snap.

Sebatang pen tanda kasih

Semalam adam pergi lawatan anjuran sekolah. Exited betul dia, pagi tu sara bekalkan dia dgn roti peanut butter n jelly dan bagi duit belanja rm10. kiranya ni first time dia pegang duit banyak cam tu kikiiki... Balik dari lawatan masuk je dalam kereta beriya dia cerita tak berenti mulut dia. Pastu dia cakap nah ni hadiah untuk kakak.dia belikan pen besar utk arissa. Mula2 rasa nak marah jugak.buat apa bazir duit beli pen besar mcm tu.tapi bila tgk harga rm6.50 jadi kesian pulak.duit rm10 tp belikan kakak dia hadiah lebih separuh dari duit dia.bila aku tanya beli apa untuk adam. Dia kata tak beli pape. Aku kata nape tak beli pape.wat apa beli kan kat kakak.duit tu utk belanja adam.dia cakap tak pe lah sebab adam dah dapat keychain.adam jawab soalan kuiz dua kali betul dpt 2 ketul keychain hihihi...
Dia nampak happy sangat bila arisa cakap thanks kat dia.tiba2 mata masuk habuk.mak mak sangat rasanya bila tgk anak tiba2 dah besarkan...hihihi
Tapi adam mmg tak lupa kat adik.beradik kalau dia ada duit lebih.mcm sekolah petang mmg dia akan simpan gula-gula walaupun sebiji untuk aiman.tak lokek berkongsi.kadang2 dia sanggup bagi bahagian dia untuk aiman atau ammar.
Adam.... Mami proud of u sangat sangat!! Mami harap bila besar nanti adam bole jaga mami n adik adik n kakak arissa ok! Mami.n ayah sayang u so much!

cuti merdeka 2015 ~ indah morib homestay

master bedroom
 
bilik tido kedua with 2 super single bed

 
kolam


 
parking area


 ruang tamu

cuti merdeka yg lepas pergi morib dgn keluar mertua..saja bawak anak jalan2. cantik tempatnya,apartment dengan 2 bilik dan 2 bilik air.lengkap dengan kemudahan memasak,bbq,ruang tamu dan dapur yg luas.sesuai untuk aktiviti santai.
tapi tak berapa sesuai kalau nak buat acara2 outdoor sebab kawasan lapang kat depan tu tpt parking kereta.kalau kereta tak banyak ok la...kalau kereta banyak agak sempit nak main.
persekitaran bersih dan serba lengkap.kolam pun bersih dan tak dalam sangat.sesuai utk kanak2...
 

jia restaurant kings green hotel

jumaat lepas,sebelum cuti panjang kak ipar dtg melaka.since wekend tu tak bole nak jalan2 ngan diorg so mlm tu kakak ipar ajak mkn makan kat hotel tpt diorang menginap.hotel kings green.menarik jugak tptnya.dlm bandar.

DIY toys for toddlers

Assalam...nak ceritakan.sara ni ada la satu habit kalau beli barang2 yg kotaknya cantik n tebal rasa sayang nak buang.so simpan la konon2 bole pakai buat simpan brg ke apa kan...tp.end up tersadai je kat situ sampai rasa semak.pas tu stress sendiri hahaha...td kemas2 meja jumpa la satu kotak ni...mula2 nk buang tp sayang...angkat letak angkat letak tak jadi2 jugak masuk plastik hahaha.... dapat idea terus transform jadi menda ni.tadaaa.....






tak ingat dah kotak ni bekas beli apa.tp tebal dan kukuh.ada 3pc semuanya.satu bahagian tapak,1 bahagian lubang kecik,satu bahagian lubang besar.n sara cantum pastu lekat je pakai salotape.atas dia sara tutup dgn plastik transparent yg tebal.saiz A4 pastu potong ikut saiz kotak. cara main just gerakkan kotak tu n masukkan guli kedalam lubang.aktiviti ni untuk develope motor skill kanak2.sesuai usia aiman dlm 3-4 tahun.dah try bg ammar main tp mcm tak minat.mungkin tak capai lg dipunya level. esok sara up satu lg toys yg sara diy jugak.tungguuuuuu tau! mommies yg suka simpan kotak bole cuba jugak ye... senang sangat...yg penting murah!! hahaha...kalau jahanam pun tak de la sakit hati sangat ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...