Pages

cuti cny

cuti tahun baru cina stay kat homestay pak lang kat teluk panglima garang... family abe,anis dan aisyah,mak n pamin n iskandar.petang jalan2 kat pantai kelanang. mlm bbq kat rumah.lepak je kat homestay tu selesa jugak.

kehilangan sebutir permata

masuk bilik buka phone tengok beratus msg whatsapp masuk...belek2 sambil menyusu ammar... n berita pemergian mursyidul Am pas tuan guru nik aziz sangat memeranjat kan... satu kehilangan yg besar pada negara.banyak sumbangan dan jasa beliau pada negeri kelantan khasnya...
tiba tiba rasa sebak... mengenangkan dia tidak pernah melawan tomahan dan finah yg dilemparkan pada beliau...semoga pemergian ini membuka mata pada org2 yg tidak nampak ini...pemergian beliau adalah satu kehilangan...Tuan guru Nik Abd aziz damailah engkau disana... semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya...semoga dilapangkan kuburnya...diringankan azabnya...semoga syurga tempatnya...amin..amin..amin..Alfatihah

demi masa...

sambil tunggu Adam keluar sempat lah draft blog...kikiki... Ammar razin dah start keluar gigi.punya la lambat nak masuk 10 bulan dah pun baru nak keluar kikiki...tak pe lah dik janji keluar..pasni jgn duk gigit abang aiman plak...abg aiman tu pantang org buat sikit dia balas betul betul...ngeri betul tengok kalau dia buat adik.Memang tak boleh nak tinggal sekejap...tinggal je adik meraung kalau tak kena ketuk kena hempap dgn abg aiman yg ebok ebok tu... bontot dah la besar hempap hempap org plak @_@

Aiman sekarang  nampak betul lasak dia.mmg suka betul buat adik.kalau tak cubit mesti gigit...tak pun lepuk dgn mainan...lepuk dgn tgn dia yg besar tu...jgn kata adik yg kena kalau mami yg kena lepuk pun berpinar bijik mata hoii 0_0
Adam masih lagi dalam proses belajar... kadang2 datang angin tak nak pegi sekolah petang...jenuh nak pujuk. sekolah pagi tak de hal.kejut sekali dua dah boleh bangun n mandi tanpa drama drama.
Arissa je liat nak bgn pagi.kadang2 datang angin dia nak menangis dulu baru masuk bilik air...nak kena ayah pegang hanger dulu baru nak bangkit...nak menunggu dia siap mandi pakai baju solat subuh mmg lama gile... pukul 7 lebih baru boleh gerak...dah sekarang ni pagi pegi dgn ayah dia.sekali harung ayah nk gi kerjakan.kena la awal skit.paling lambat sharp pukul 7.
kang balik sekolah aku jemput.pastu keluar lagi hantar sekolah petang.kang petang keluar lg jemput balik.gitu la hari hari... tu pasal pukul 9 aku dah out!! penat!! nak melayan yg dua org kat umah pun dah mental @-@!!
nak kena cari suppliment yg bagi lebih tenaga skit... kang malam nak overtime..bahahahah o_O

secebis pengalaman

Life pada tahun 2015 aku bermula sangat mencabar... Bermula dengan kisah kami balik bercuti di kelantan pada 24/12/2014.banjir besar yg melanda...kami juga terkena tempiasnya... Lebih kurang 2 minggu jugak lah duk kat kampung sebab kereta pun masuk air kan... Alhamdulillah walaupun rumah ayah mertua dinaiki air jugak tp tak de banyak kerosakan berbanding yg berada di kawasan kuala krai...
Balik dari kelantan kelam kabut siapkan brg sekolah anak-anak.tahun ni Adam start sekolah,maknanya aku banyak keluar masuk hantar ambik anak-anak...dengan sekolah petangnya lagi...

Baru nak sesuaikan diri dengan keadaan Ammar Razin pulak demam panas...2-3 hari demam tak turun.risau jugak sebab kami dr kawasan banjir kan kot lah penyakit bawaan banjir ke apa... So terus admit hospital pantai.Allahamdulillah demam panas biasa je tak de pape yg serius.Admit hari Jumaat.
Mlm ketiga (ahad malam) tiba2 en.suami call kata sakit belakang sangat sangat.mcm nk nangis tak tahan.panik jugak aku dengar.ye la nak buat mcm mana aku duk wad masa tu. Terpaksa mintak tolong jiran hantar en.suami n anak-anak tgh2 mlm tu.Sebelum tu sempat turun kat emergency ingat nak suruh ambulan je pergi jemput en.suami tp doktor kat situ kata ambulan tak boleh bawak budak2,kalau jadi pape insuran tak cover...ah pulak! aku dah nak nangis dah..nak naik cab pun dah tak de dah masa tu.Nasib baik juga jiran tu sms tanya kenapa sbb sebelum tu aku dah call tapi tak berangkat...ye la kan pukul 12mlm tu huhuhu. Nasib baik jugak aku ambik single room.so ada sofa n katil extra utk adam,arissa n aiman.

Mlm tu suami admited jugak.
Hari ahad ptg ammar dah discaj.so balik rumah dengan cab.paking baju suami ptg tu pegi hospital balik.
Isnin suami buat scan n kata ada batu karang dalam saluran kencing sebesar 4mm.Oleh sebab batu tu kedudukan dia tinggi so doktor suggest makan ubat dulu kalau nasib baik nanti dia keluar masa kencing? Aku mcm omg?!! Tak sakit ke?? Tapi masa duk dlm wad tak sakit pun.so hari selasa ptg dah boleh keluar.tp mlmnya sakit sangat..mcm nak beranak dah aku tgk duduk tak kena baring tak kena...dr tgh mlm sampai ke pagi tak boleh tido.esok pagi lepas hantar budak sekolah aku hantar hubby ke hospital balik n ptg tu jugak doktor operate...tak tau cemana nak cerita proses dia..tp.hubby cakap doktor masukkan tiub pastu gerudi bagi pecah n sedut keluar.

hari ni (selasa) 3/2/2015 appointment dgn doktor utk keluarkan tiub...pukul 3 prg tadi dah selesai semuanya tp masuk jugak day care setengah hari.

Harap sangat2 life aku back to normal...terasa sangat lah letih menjaga orang sakit,sepanjang duk ulang alik hospital hari tu pun aiman demam jugak 2-3 hari.lepas aiman baik,adam pulak panas2 badan... aku dah cuak kalau aiman demam sebab dia pun jenis demam lama..payah nak turun temp dia. 

Minggu depan aku ada appointment dgn doktor gigi plak... nanti aku cerita kisah dia kikiki...
bye!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...