Pages

isu breastfeeding

Assalam, isu bf anak makin panas dan trending hari ni...hurmmm sebagai ibu yg menyusu anak,aku pun terasa nak kongsi pendapat aku jugak... aku menyusu semua 4 anak aku.Arissa 1 tahun,Adam 2 tahun setengah,Aiman 1 tahun dan Ammar masih lagi menyusu sampai sekarang (nak masuk 2 tahun April ni).

Ada masanya time keluar shopping tu anak melalak nak susu...masa anak 1 first dulu mmg panik sbb aku tak reti nak bajet masa... bila dah makin ramai ni makin exppert dan boleh "baca" timming kikiki.... Biasanya sebelum masuk shopping kami biasa makan dulu, sepanjang dalam kereta pun aku dah susukan bg kenyang,lepas aku makan sebelum masuk shopping aku singgah nursing room dulu bagi lg sekali,so dalam bila perut dia dah penuh tu sempat la sejam dua  selesaikan shopping,then ngam2 bila masuk kereta dia lapar balik...ni time baby kecik sangat la 2-5 bulan....bila dah besar n start solid food boleh la bg dia pegang biskut ke apa dulu kan... Ni pengalaman anak aku la,anak org lain tu lain la peel ye tak? so tak payah nak kecam aku or sindir sindir ye...err ke anak kau jenis tetek melekat je kat mulut 24 jam? kikiki...

Bila terpaksa,contohnya nak time jalan2 shopping mall,kenduri kawin,seboleh mungkin cari tempat tersorok,atau kalau masuk kedai makan cari seat yg hujung2 supaya senang nak bf baby...gitulah selalunya.Dan nursing blouse mmg banyak membantu,sbb kita tak payah selak baju dari bawah...sbb dah ada bukaan kat dada,then cover dgn shawl.Alhamdulillah sepanjang proses menyusu anak ni Allah bagi kemudahan untuk aku,tak pernah rasa susah pun kalau kena pergi nursing room. En.Aman pun banyak membantu,biasanya dia suka pergi mall yg ada nursing room sahaja,Dia tak kisah kena tunggu lama sikit,atau kejap2 nak gi nursing room.

Eh terpanjang pulak celoteh pasal pengalaman kikiki... pendapat aku tentang upload pic bf anak kat FB tu tak payah la buat,.. satunya tak de faedah apa pun,perbuatan yang sia-sia je. Kedua masa bf anak ni kira masa yang exclusive,tak payah la share2 dgn ore...cukup la kita dan org yg kita kenal je tau...tak payah nak tunjuk2,tak takut ke nanti timbul perassan riak?... (eh menyusu anak pun boleh timbul riak tau...), ketiga boleh timbul fitnah mcm ni la...tujuan upload dgn tujuan lain,orang paham lain,org lain paham lain,pastu tak puas hati gaduh sana sini....ermm ish banyak la sebab yg lebih kepada tak baik...so rentikan le!

Lagi satu page Amran Fan tu,rasanya ada salah faham,Amran tu cuma bash pasal "apa kepentingan upload gambar menetek baby kat dalam FB" tapi yg orang paham Amran anti bf baby...kikiki adoi lah... ape menda lahaiii...jauh nau bezanya tu.So yg aku tengok sekarang banyak mak2 yg menetek anak ni yg emo lebih... SPM bahasa melayu mesti cangkul nih...org cerita pasal bola tu bulat,kau cerita pasal padang bola,pasukan arsenal,jersi pink qu putih qu putih...muekakakakaka!!!

Lagi satu ada terbaca komen kat mana tah, kalau ye pun nak promote mommies right,mintalah diperbanyakkan bilik menyusu,seat utk ibu menyusu dalam bas atau train,bilik menyusu bergerak,which is aku rasa sangat bernas! ni tak payah la nak meroyan  minta hak menyusu secara terbuka lah apa lah....eh org pun tau la anak kau lapar,n kalau kau duduk diam2 menyusu anak mmg tak de org nak kisah pun..ni duk laung2 mommies right lah..menyusu dengan selesa la..aku rasa korang yg buatkan situasi yg jadi tak selesa...sebab apa? sebab netural n korang taksub sangat n besarkan isu ni. Aku pun pernah public bf anak,so aku tau apa rasanya,abes nak buat cemana? nak marah org pandang? dah org tu ada mata..sama mcm kau pakai seksi pastu marah org tenung kau? mcm tu ke?wat tak tahu dah la... nk gi marah orang yg tengok tu mmg tak de sebab la kan?

Oh sebelum terlupa, ada jugak yg share pic2 mat saleh yg bf baby yg mmg nampak breast dia,the art of bf baby la sangat kononnya... n aku perati komen2 kat situ "mcm ni la saya ngan anak no.2 n no.3..kiri kanan jalan" "macam ni la saya 2 tahun lepas..rindunya nak bf baby lagi" "macam ni la akak masa menyusu kembar" "macam ni la makcik menyusu anak sambil baring 10 tahun dulu"  amboii amboiii cik adik,cik akak..makcik makcik korang nak bg tahu kat satu dunia ke korang menyusu anak ke? tak rasa ke komen2 tu org lain pun boleh baca...jantan betina sume baca hoiii...simpan la sikit malu tu!! tak paham betul aku...


Tahun Baru 2016

     ermm,hari ke-6 ditahun 2016.tak de cerita menarik nak dikongsi hihihi, Adam n Arissa sekolah macam biasa tak de drama2,yelah semua dah besar pun kan...

      Arissa nak kena fokus tahun ni sbb dia UPSR. Adam macam biasa, asal siap kerja sekolah jadi lah kan kikiki... tahun ni aku tak hantar diorg sekolah KAFA sebab aku ambil ustazah datang mengaji kat rumah. Lagi pun arissa akan ada kelas tambahan sekolah,ada tusyen malam, takut jugak dia penat dan stress.

     Aiman pulak decide nak try homeschooling je tahun ni dengan Ammar. So tahun ni aku tak sesibuk tahun lepas yg keluar masuk rumah berkali2 dari pagi sampai ke petang.. Harapnya dgn masa yg lebih ni boleh la fokus kat Arissa...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...