kelikkk la saya pelisss!!

seminggu yang panjang...

Assalam... minggu lepas ialah minggu yg sangat penat bagi sara, terasa sangat2 badan sakit sana sini,nak tidur pun rasa lenguh2.Seminggu sebelum tu en.suami outstation ke Penang,Ammar dan Aiman bergilir2 muntah dan berak2.
 Petang Ahad (20/11/2016)  tu kak ipar sara datang bertandang ke rumah,sambil2 bawakkan hadiah untuk Arissa... malamnya sebab dah rasa nak demam sara mask tidur awal,dalam pukul 9mlm mcm tu...

Dalam pukul 1.30am mcm tu dengar suami duk mengeluh sakit,tanyalah kenapa then dia cakap sakit perut... ni tak lain tak bukan sakit batu karang dia lah tu,sakit mcm tahun lepas katanya... dah tak tahan sangat terus kejut Arissa n kemas beg baju en.suami. Nasib baik la Arissa senang bangun,siapkan susu adik,angkut sorang2 masuk kereta.Pukul 2am gerak ke kecemasan hospital Pantai.

Lebih kurang pukul 4am barulah urusan masuk wad selesai, angkut Aiman yg dah tertidur,badannya suam2...dah 2-3 hari tak selera makan.sampai je kat rumah terus muntah.Ammar pulak mintak roti nak makan...adoi ingt boleh terus sambung tidur.

Pukul 6am kejut Arissa,ingt nak suruh dia cuti je hari Isnin tu,tp dia cakap tak boleh sebab ada raptai untuk hari Anugerah dan beberapa urusan lagi.

Hari Selasa (22/11/2016) Mil pulak datang nak jenguk En.suami.penat jugak berulang alik ke hospital ni kan.dengan nak mengangkut kecik2 ni huhuhu....

Hari Rabu (23/11/2016) Majlis Anugerah sekolah kakak Arissa.Oleh sebab En.suami tak keluar wad lagi,aku gagahkan diri jugak pergi sbb ni majlis last untuk Arissa. terpaksa lah bawak Aiman n Ammar sekali,Mil tak berapa sihat,kesian pulak nak tinggal...kalau tinggal dah tentu2lah melalak si Ammar ni.



                                 Adam Danish dapat anugerah matapelajaran pen.jasmani dan kesihatan terbaik






Tak banyak gambar dapat diambil,maklumlah nak kejar dua org kenit ni mmg tak cukup kaki tangan rasanya.
Anugerah yg arissa dapat hari tu ialah: Anugerah matapelajaran terbaik Sains dan Teknologi Maklumat, Anugerah UPSR cemerlang, Anugerah Anjakan Paradigma dan Anugerah Khas Tokoh Sahsiah Terbaik 2016.
Alhamdulillah, penutup terbaik untuk tahun ini. Semoga dapat jadi inspirasi untuk adik2nya pulak.

5 Disember 2016 nanti arisa kena ke MRSM Terendak untuk Ujian Kelayakan Kemasukkan Mara (UKKM)...doakan dia ye?
Sara harap sangat arisa dapat masuk ke MRSM,supaya dia dapat kenal ramai kawan,dapat banyak pengalaman dan boleh belajar berdikari.

keputusan UPSR 2016 ~ Arissa Sofia

Assalamualaikum... alhamdulillah semalam keputusan UPSR 2016 dah keluar.Anak sara Arissa Sofia salah seorang calon tahun ni, berdebar2 dari semalamnya lagi nak tunggu keputusan keluar... bila baca status2 mak2 kat FB, tak sabar nak tgk keputusan anak,sara pulak rasa cuak sangat... dalam masa yang sama ajar hati supaya redha walauapa keputusan Arissa.

Malam tu dah tak boleh tido,kejap2 sedar,kejap2 sedar huhuhu... dah la en.suami tak de kat rumah.Dia kena outstation ke Penang.So pagi2 kejut Arissa hantar sekolah mcm biasa,biasanya lepas hantar Arissa n Adam sekolah sara singgah kedai kuih utk beli sarapan Aiman n Ammar...tp fikiran dah melayang entah kemana.Sampai rumah baru teringat nak beli sarapan hihihi,sudahnya makan roti jelah pagi tu. Bila dah pukul 10pg sara try SMS untuk keputusan UPSR send ke 15888. 
Bila dah dapat tau keputusan barulah lega sikit,takk de debar2 dah hahaha... 

Dalam pukul 11.20pg sara keluar ke Airport Batu Berendam jemput En.suami dulu,lepas tu baru kesekolah Arissa.Ammar tertidur pulak dalam kereta,so sara tunggu dalam kereta jelah. En.suami sms katanya pengetua tgh bagi ucapan dan lepas tu baru bagi result. Katanya sekolah Arissa tak de yg dapat 6A dan 5A..paling tinggi 4A je,so mungkin Arissa lah yg dapat (masatu en.suami dah tau keputusan Arissa)


 Arissa antara seorang calon yang dapat 4A 2B dari 3org tu
dan 5 orang calon dapat 3A 3B

Okeylah tu Mami n ayah sangat berpuas hati dah dengan keputusan Arissa...kalau nak ingt balik keputusan ujian bulanan dan penggal pun teruk2 jugak... Semua cikgu tak sangka Arissa top scorer hari tu,sbb result periksa dia selalunya tak consistent.
Tak sia2 lah ayah cuti selalu sbb nak bg kelas intensif math kikiki.... 

Ada yang tanya tips mengajar anak...sara mmg tak de tips nak kongsi..yg sara tau,dekat nak periksa paksa je baca buku...(sbb anak sara mmg jenis kena paksa...mmg kalau tak suruh tak buat la jawabnya),tunggu la anak masa dia buat kerja sekolah.Paling penting sara tak bagi tengok rancangan maharaja lawak or sewaktu dengannya,sbb takut dia guna bahasa yg salah dalam periksa.Lain2 mcm makpak org lain jugak lah...doa doa doa!

p/s:maaf tak banyak pic,ni pun cikgu yg tolong snapkan hihihi









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...