Pages

buku baru




Assalam....lama tak menulis sbbnya  keyboard rosak.ni pun gigih pakai on screen keyboard hahaha....
just nak kongsi,insyaAllah new edition 2018 hihi sekarang baru 10w5d. Alhamdulillah preggy kali ni tak de alahan pun,just penat ngantuk tu biasa la kot.bacaan gula pun cantik je masa wat buku pink hari tu.tak tau la next2 kan,tapi sebolehnya cuba jaga makan la.seriknya keluar masuk appointments dgn doktor mcm last preggy.insyaAllah due date 9 june 2018,seminggu nk raya baby oiiii...huhuhu

Aidilfitri 2017

Selamat hari raya... tahun ni sambut raya di KL dulu dengan mak.raya ke3 baru lah gerak balik kelantan.Balik sekejap je pun.Jumaat dah gerak balik ke Melaka dah.huhu tak puas rasanya balik kampung sekejap je.macam2 makan yg nak dimakan hihi...Pagi raya baru gerak ke KL dr melaka.


Odbo cc cushion


odbo brightening cc cushion


masa baru pakai nampak agak putih melepak hihi....



setengah jam kemudian...tadaaaaa!


muka plain tak pakai bedak pun....keluar ambik anak sekolah je pun kan kui kui kui



Beza tak lepas pakai odbo cc cushion? Coverage sangat cantik tak bercapuk.senang nak apply.pakai nipis2 je pun ok.klu muka senang berminyak kena dap dap dgn compact powder lepas tu.Selama ni duk pakai BB cream dalam tiub tu kan... pastu tetiba gatal gi beli april skin....harga leh tahan rabak poket aku... ni try brand odbo plak rm38 je kau ihihihi murah gile...mmg original sbb beli dgn distributor dia..bukan kat gerai2 makeup yg bersepah ada sekarang ni..
sapa nak try boleh tengok sini ----> https://www.instagram.com/cathydollmalaysia/

selamat hari guru

Bersawang berhabuk blog ni...lama tak jenguk... nak kata bz tersangat tidak la jugak tapi masa banyak dihabiskan dengan sikecik Ammar dan sekarang si Aiman yg tadika tu perlu jugak diberi perhatian waktu belajar dia. Aiman walaupun dah tadika tapi masih belum boleh menulis dgn baik. pergerakan motor halus dia sedikit lambat berbanding kawan2 dia.risau jugak rasanya.

Hari ni hari guru semangat betul dia bangun pagi sbb nak bagi hadia kat cikgu favorite dia,cikgu Janna hihihi pertama kali sambut hari guru kan dia pun rasanya masih tak faham mcm mana...asik tanya mcm sambut hari jadi ke? hahahaha

sempatlah juga aku siapkan cross stitch kecik ni utk cikgu Janna...letak dlm frame ikea
1 hari je dah siap hihihi...

Adam n arissa dah tak nak bawak hadiah utk cikgu dia....katanya kumpul duit dengan kawan2 beli hadiah...ok lah

Adam baru selesai peperiksaan pertengahan penggal,manakala arissa akan start periksa hari rabu (esok)...gud luck sayang mami...

keperluan asrama sekolah menengah (perempuan)

Assalam, agak lama entry ni tertangguh..sampai ada yg pm tanya bila nak update berkenaan keperluan asrama hihi...ada yg tertunggu rupanya,terima kasih ye. Maaf sangat2 bz betul sejak Arissa duk kat asrama ni,selalunya dia lah yg tolong sara dengan kerja rumah,sekarang semuanya aku kena buat sendiri maklumlah yg lain semua lelaki n kenit2 pulak...kalau Adam setakat mintak tolong angkat jemuran boleh la,lain2 tak berapa boleh harap lagi huhuhu.

ok sara bahagikan kepada beberapa bahagian dan ada beberapa tips aku selitkan sekali...ni jugak utk rujukan aku dimasa hadapan..manalah tau rezeki Adam duk asrama pulak kan...
Kemungkinan ada juga senarai ni tidak sama...sbb tak semua sekolah sama,so nnt bila dah masuk sekolah kena la mintak senarai or tanya pihak asrama apa yg boleh dan tak boleh ye.
(gambar semua dr sumber google..sara tak sempat nak save satu2 brg yg beli hari tu)

1)TOILETRIES~ (bakul shower yg berlubang) -baldi kecil tidak dibenarkan takut air bertakung
 - shower gel
-shampoo
-pencuci muka
-faminin hygine
-berus gigi dan ubat gigi (buh dlm bekas khas utk berus gigi n ubat gigi) ~ lebih hygiene


berus gigi simpan dalam bekas khas lebih bersih,so nnt mlm sebelum tidur just bawak bekas tu je tak payahla nak kena bawak bakul2 sekali kan hihi..






2)KEPERLUAN ASAS
-tuala mandi
-tuala muka
-gelas/mug,(mangkuk,pinggan,sudu,garfu) - jika perlu.sekolah arissa tak perlu sbb mee segera tidak dibenarkan mkn dlm dorm,bawak mug je
-hanger
-penyepit baju
-drying clip (senang utk jemur stokin n panties)
-botol air
-alarm clock
-cermin muka
-mattres protector
-bekas makanan(tapauware)
-pad (utk gegel je)
-tisu


drying clip (boleh didapati di kedai eco rm2,daiso,mr.diy,tesco)



3)PERAPI DIRI ~ letak dlm 1 bekas,supaya senang nak capai (since menda ni pakai setiap hari)
-sikat rambut
-bedak
-deodorant 
-body spray
-lipbalm (tiada warna,clear)
-getah rambut dan pin tudung,jarum peniti  (beli extra) ~ simpan dlm kotak kecil supaya senang nak cari

magnetic case (aku bubuh getah rambut,pin tudung) - tampal kat pintu locker,kalau locker besi terus lekatkan je,kalau locker kayu kena cari magnetic sheet tampal kat pintu then baru boleh lekatkan case ni,senang nak cari benda kecik ni. (semua ni ada kat daiso bahagian stationery)


bekas bulat tinggi tu sesuai utk letak sikat,bedak,diodorent semua..pastikan letak dlm 1 bekas


4)FIRST AID ~ letak dlm beg kecil / kotak kecil
-plaster
-minyak panas
-panadol
-ketip kuku
-ubt sakit tekak
-gula2 batuk (arissa bawa cap ibu dan anak)
-cotton buds
-vicks 
-vaseline
-ubat alahan (jika perlu dan sila dptkan dr klinik yg biasa pergi)
aku letak vicks dan vaseline dalam small containers mcm ni (boleh cari di kedai eco rm2 atau mr.diy)

kotak yg sesuai utk first aid 




5)KEPERLUAN TAMBAHAN
-torch light kecil (daiso pun ada,beli yg boleh buat keychain,so sangkut kat kunci locker)
-sewing kit
-alas locker (daiso ada)
-beg laundry (aku beli beg ikea yg biru tu je yg sederhana cukup lah)
-charcoal deodorizer (utk serap bau hapak dlm locker)
-pewangi locker (jenis sangkut pun boleh)
-kain buruk / tisu basah
-penyapu kecil (kedai eco rm2 )
-laundry net (kalau sekolah ada mesin basuh) - nanti tak de la yg kecik2 tu tercicir.
-febreeze

febreeze sara letak dlm botol mcm ni tp kecik je tak sampai 100ml kot,dlm 50ml je kot..senang nak simpan(.ni pun boleh cari kt mr.diy)


6)KEPERLUAN MENCUCI
-berus baju
-sabun basuh
-baldi besar

7)PAKAIAN (terpulang kepada keperluan nk bawa berapa helai)- biasanya 1 pasang boleh pakai 2 kali kecuali bj sukan

a)sekolah
-uniform sekolah
-tudung sekolah
-kasut sekolah

b)prep/asrama
-baju kurung 
-tudung hitam/putih
-sandal bertutup

c)malam/tidur
-seluar panjang
-tshirt short sleeve/long sleeve

d)sukan/riadah
-tshirt longsleeve
-seluar trek warna gelap
-tudung hitam/putih
-kasut sukan

e) solat
-telekung
sejadah

f)pakaian dalam
-bra
-panties
-kain dalam
-simis

g)tambahan
-stokin sekolah,sukan
-anak tudung
-inner
-cardigan
-kain batik

8)TAMBAHAN 
-padlock (biasanya ada 3 anak kunci),satu arissa pegang,satu lg sara pegang,satu lg yg spare sara jahitkan kt dlm beg sekolah Arissa.
-box
ikea gles box ni kecik comel je,ngam2 muat dlm locker,so sara letak semua panties,bra,stokin dlm box ni...kalau nak berterabur pun tak de la sampai melimpah keluar locker kan hihihi
satu lagi buat isi buku tulis dan buku teks (since sekolah arissa tak sediakan locker untuk letak buku huhuhu)


- hangin rack
kalau locker besar dan kurang shelf boleh pakai rak gantung ni,ada banyak saiz.ada pendek ada panjang. sesuai utk letak yg kecik2 mcm tudung,kain sarung,inner, panties2 pun ok. locker arissa kecik so tak muat pakai ni.

-shelf riser

shelf riser ni pun berguna juga utk memaksimakan ruang dlm locker.... bawah tu boleh letak mug dan bekas2,atasnya letak biskut2,stok makanan.

-S hook
-hook tampal



door hook ni pun berguna kalau muat,boleh sangkut kt pintu locker

















tahun baru..cabaran baru

Assalamualaikum, masih belum terlambat rasanya nak ucap selamat tahun baru. Seperti biasa tahun baru sara akan sedikit sibuk.uruskan anak2 masuk sekolah,uruskan keperluan anak2... tambahan pula tahun ni kakak Arissa dah masuk form 1,Aiman start tadika...Adam je mcm biasa lagi.

So,nak cerita hal semalam,pergi mendaftar Arissa ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Perempuan Melaka atau nama lama Malacca Girls High School (MGHS).

Dari pukul 5.30pg dah bangunkan Arissa,Adam...beriap mandi tunggu azan subuh.siapkan baju2 dan kumpul barang2 yg perlu dibawa.Takde lah banyak since asrama dekat je...so keperluan untuk 1 minggu cukup lah hihih.... nanti aku listkan keperluan asrama dlm entry lain utk rujukan,kot2 bergunakan)





Pukul 7.50pg kami dah sampai kat perkarangan sekolah,dah ramai yg sampai rupanya.Dari rumah hujan lebat.sampai je kat sekolah hujan dah reda dan sedikit renyai. mujur boleh parking atas padang sekolah so ok lah tak jauh sangat.En.aman dan Arissa je yang turun dulu since dewan pun belum buka.malasnya nak kejar2 Aiman dan Ammar nanti hihihi...so aku n the boys tunggu je dalam kereta.






Antara isi dalam taklimat semalam ada bg tahu yang kelas disitu ada beberapa aliran:

1) Rancangan Khas 1 (dual language program)
     - 1 kelas
    -kelayakan UPSR 6A/5A/4A minimum gred B sains dan math

2) Rancangan Khas 2
    - 4 kelas
   - kelayakan UPSR 1A

3) Rancangan Khas Jepun ( bahasa jepun)
    -1 kelas
   - kelayakan UPSR 2A

4) Rangcangan Khas (muzik)
  -1 kelas
 - kelayakkan UPSR 3A




Dalam kereta hihi..sempat lah makan roti dan minum2

Dewan sekolah (pic diambil hari cuti,masa pergi ambil surat tawaran)



Pintu gerbang sekolah



Menunggu untuk beli pakaian sukan,tudung,buku tulis dikoperasi sangatlah lama... beratur nak ukur baju dan seluar trek lagi... jenuh la berpeluh2 kejar aiman dan ammar.Sementara en.aman beratur dikoperasi aku dan budak2 naik tingkat 4 untuk ke kelas Arissa...Tunggu turn nak bayar yuran dan ambil buku teks terpaksa la tunggu en.aman selesai dikoperasi dulu sbb biasanya tu semua dia yg uruskan... tak sanggup nak tunggu lama kat atas turun lagi sekali n masuk dlm kereta,buat susu untuk Ammar.

 kelas Arissa 1RK1 (rancangan khas 1) ada subjek tambahan iaitu Asas sains komputer.
Pandangan dari hujung koridor level 4.betul2 depan sekolah arissa tu ialah maktab perguruan perempuan durian daun (stadium mini tu dalam maktab)



jambatan...nasib baik la ada jambatan setiap level,bersambung 2 blok bangunan..tak de la penat sangat kalau kena turun sana sini kan hihi...



Selepas beli buku dan pakaian sukan en.aman terus ke kelas untuk bayaran yuran dan buku teks, aku dan budak2 dlm kereta.tak tahan panas. sementara menunggu sempat lah tulis nama kat buku Arissa.punyalah lama rasanya masa tu dah pukul 1 tp masih belum selesai pun,dengan penat,panas dan lapar.aiman dan ammar dah start cranky... Aiman tak berapa sihat dr mlm sebenarnya,tubuh rasa dedar2 so mmg monyok je la sepanjang hari.Nasib baik dia sempat tidur masa dalam dewan tgh taklimat tu.(ayah dia ambik sbb duk bergaduh dlm kereta). perut pula tengah lapar. nasib baik bawak banyak roti krim buat alas perut.Habis juga roti kakak yg dia nak bawak bekal ke hostel hihihi... (sekolah pun sepatutnya sediakan lah jamuan ringan,since kantin tidak beroperasi,kedai makan jauh dr kawasan... dan sudah tentu yg rumah jauh mesti kena gerak dari awal pagi kan?) hurmmm...

Pukul 2.30 en.aman call dari kelas Arissa katanya terus pergi ke asrama je la bawak sikit2 barang sbbnya takut tak sempat.So,bila aku dan budak2 angkut barang ke asrama ada pulak masalah lain.Nama Arissa tak de dalam senarai,satu hal pula nak kena tunggu en.aman lagi,jumpa pengetua dan ambil pengesahan la apa la... so tunggu lagi.Ammar dah mengantuk so tidurkan dia,sambil tunggu en.suami.


Laluan utama,selepas pagar asrama.(lupa pula nak ambil pic dari pagar masuk tu)




Ruang menunggu,ada banyak kerusi dan pondok,nampak tangga sikit tu,tangga tu utk ke dorm Arissa,tengah2 tu ada gelanggang.



Klasikkan tangga ni? naik je tangga,pusing kiri terus jumpa dorm Arissa,betul2 depan tangga hihi...tangga ni juga bersambung dengan blok sebelah.
 Arissa dapat blok Siti Khadijah.

Bila dah dapat bilik baru la boleh naik (katil dan loker ditentukan) ,locker kecik yg amat huhu,aku just bawa utk seminggu pun tak muat...jenuh la pusing sana sini nk bg kemas dan teratur,paling penting senang jumpa bila cari brg.


nasib baik dapat katil bawah,senang nak kemas kan. Boleh la tu...tilam dan bantal disediakan.Cadar dan selimut kena beli kt koperasi asrama.


 Sebelum balik, sempat la melawat tandas sbb nak temankan arissa tukar baju kurung biasa..dah rimas pakai bj sekolah dr pagi kan. So lepas tu sara balik tinggalkan dia.Tak de nak lama2 kat kereta takut jadi drama air mata kikiki... pesan itu dan ini,pandai2 lah nak urus diri sendiri.Lebih kurang pukul 4.45ptg baru aku balik,Pagar asrama tutup pukul 5.30 tp tak tunggu la,since perut dah lapar sangat2... Pesan kat arissa makan la pape yg bawak tu dulu utk alas perut,mkn malam katanya pukul 6ptg.
Balik dr sekolah terus cari kedai makan.balik n rehat,badan dah sakit sana sini.








Ini pula cerita hari ini,first day sekolah...Abg adam jadi pengawas perpustakaan,kena pakai baju biru,tie dan vest tak dapat lagi.





On the way hantar Aiman ke sekolah tadika JAIM,pagi pagi nampak steady je lagi,turun dr kereta (sbb kena park jauh),dah mula cakap tak nak pegi...tp mami ajak jugak,ikut la lambat2 kikiki...





Masuk kelas dah jumpa kawan,malu2 nak tegur,mami nak duduk kat luar pun tak bagi...mami kata kejap je nanti mami dtg balik..so tinggal kejap ambil phone yg tertinggal dlm kereta,silapnya sbb patah balik... bila nampak kali kedua dah tak nak duduk dah...mami tunggu luar pun bangun cari mami jugak...bila kelas nak mula dah tak mo duduk,start nangis,cikgu ambil n letak kat sebelah,cepat2 mami keluar hihihi...tak de pandang2 belakang dah...biar je cam tu..pandai lah cikgu tu handle...dia lagi berpengalaman.

Alhamdulillah balik sekolah happy je,cerita makan mee goreng,cikgu suruh ambik kertas dan warna...esok katanya nak pergi lagi tp jgn nangis la ye..esok lagi la mami tak layan,sbb ayah dah kerja.mami nak kena bawak Ammar lagi.






































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...