Pages

Cincin

Sabtu lepas,en.suami ajak jalan2 kuala pilah.Nak bg hadiah katanya,birthday dah lepas,anniversary dah lepas..tak tahu lah hadiah apa..dah org nak bg kita terima dgn hati,tapak tangan dan lubang hidung yg terbuka hahahaha...






Murah jugak harga masatu, rm151/gram...klu nk pegi cari,sila cari kedai nama nur jannah,support org melayu kann hihi
Terima.kasih en.suami๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜˜

Sesekali...

Sesekali bila en.suami ajak ke kedai eco rm2 mmg seronok,boleh shopping sampai penuh bakul hihihi...tujuannya cuma nak beli paper binder je tp keluar dr kedai penuh tangan kiri kanan hahhaha

bakul bujur 2 biji





paling suka yg ini,walldecor


jug mini nk isi minyak masa.tak kuasa nk angkat botol besar setiap kali nk masak

Aqil

Nak simpan gambar dedek ni,hari tu konon nak transfer ke pc,entah apa aku tekan sekali semua hilang...nangis tak belagu oii gambar dedek comel2 sume hilang

Homemade kimchi

Rasa nak buat kimchi,walaupun bahan tak cukup..ada kubis dgn carrot  je,jadilah huuhuhu....


Rendam kubis dlm air garam 2-3jam




Sediakan bahan gaul,
Gochujang,lobak merak,pear,halia,bawang putih,sos ikan,bijan,minyak bijan,garam n gula perang(optional) secukup rasa...gaul semua


Siap...biarkan selama 2 hari room temperature,pastu baru masuk peti

Kelahiran putera ke5 (part 3)

Pukul 3.30ptg doktor chek jalan katanya dah buka 4cm,alhamdulillah sangat tak payah induce,lega betul rasanya.En.suami pergi ambik kakak arissa dr asrama ptg tu. Pukul 4ptg kena buat ctg,45minit tu terasa lama sangat, sbb sakit dah makin kerap..berpeluh2 dah.lepas je ctg doktor suruh siap2 terus ke labor room,ambik baju baby,buka panties.call en.suami baru sampai,tgh pusing2 cari parking katanya.

Sampai labor room katanya tak de bilik kosong,kena tunggu dulu..tp masa tu aku dah tak boleh bangun dah..sakit gile...sampai 2-3 kali misi tanya dah nak teran ke? Aku kata tak rasa nak teran tapi sakit sangat2... Oleh sebab aku nampak mcm teruk sangat terus diorg dulukan aku masuk labor room... 

Bila dah masuk labor room tu doktor chek ctg,buang air kencing..tp tak nak pecah ketuban..sbb masa tu dah nak berbuka pukul 7mlm kot.tak pernah aku rasa sakit mcm gini,yg kena induce dulu pun tak sesakit ni... 

Selang masa contraction tu aku call en.suami nangis2 cakap sakit.dia ckp tak boleh masuk,sbb dah nak berbuka.tak de misi iring kot,pukul 8.30 baru boleh masuk..aku cakap tak pe la kalau cam tu,balik dulu hantar budak2 pastu dtg balik,sbb tak tahu pukul berapa siap.since arissa ada,ok sikit la tinggal budak2 kat rumah.

Pukul 7.30mlm misi chek jalan kata dah buka penuh tp doktor plak takde nak suruh pecah ketuban.pukul 7.45mlm doktor masuk pecah ketuban terus suruh push...masalahnya aku tak de rasa nak push,masa contraction tu just sakit je tp tak de rasa nak push,misi paksa jugak so rasa aku push baby dalam keadaan tak ready,curi nafas tp tersangkut lama..so kepala baby lekat la sekejap..panik gile misi tu...jerit2 panggil doktor masuk,barulah aku push baby keluar,tu pun ada tali pusat lilit sekali..biru jugak la muka baby huhuhu 

Bila letak atas dada nasib baik dia nangis kuat,so tak perlu masuk nursery.lega sangat2,kena jahit jugak sikit walaupun doktor tak gunting..kesan kepala baby lambat keluar misi kata,kulit jadi stretch,so jahit jugak sikit.

Yg kelakarnya lepas je baby keluar (8.10mlm),uri keluar,dah siap jahit dlm pukul 8.25mlm terus call en.suami,masa tu dia on the way balik hantar budak2 balik rumah.call mama,wasap sil..wakaka tah apa yg aku kalut sangat pun tak tahu.Exited mcm tak pernah beranak hahaaha....

Lepas semua selesai,rehat2 sambil tunggu keluar dari labor room,snap pic bilik LR..nanti rindu pulak kahhh

Pukul 10mlm en.suami dtg tp tak boleh masuk jumpa aku sbb masa tu aku dah kat luar,tunggu doktor chek lagi sekali sebelum masuk wad.lebih kurang pukul 12mlm barulah aku dihantar masuk.ke wad..phewww lega,dengan laparnya..dengar basah2nya rasa tak sabar nak balik wad.Lepas salin kain baju,pad,mandi..baru lah dpt makan tu pun burger mcD je bahahaha...milo panas ngan biskut..pastu barulah rasa penat dan ngantuk.

3kg

Nampak tak muka baby biru? Huhuhu sian anak aku...sorry baby...

Hari ahad 27hb baru aku boleh balik.selepas doktor puas hati dgn baby..walaupun masih ada biru lg kat muka,dan tanda lekuk dekat kepala...alhamdulillah semua ok je

Hari ke 6 ayah dah pergi daftar nama Ahmad Aqil Fiqri bin Arman Razni

Selamat hari raya aidilfitri 2018


Selamat hari raya semua... X de pic menarik pun.terperap kt rumah je raya pertama,kedua n ketiga hahahha... Mil datang beraya kat rumah,adik ipar n famili dr muar n abg ipar n famili dr klebang...so merasa la jugak suasana beraya masa raya pertama tu..tak pelah nak buat cemana kan,cam ni la beraya diperantauan hahahaha...alhamdulillah masih ada keluarga dtg,bawak makanan sedap2... Aku just masak ns putih,acar timun n ayam masak merah je,mak buat rendang daging n ayam,pastu beli lemang...tu je

Kelahiran putera ke5 (part 2)

Hari rabu 23 mei, masih belum ada tanda2 sakit kuat.selalunya mild2 je.doktor pun xde plak nak chek jalan or ctg...just pesan suruh timing waktu sakit je.mmg contraction aku tak regular,sakit 30minit,20minit pastu hilang...sakit 15minit 10minit pastu hilang...penat betul mcm nih.so doktor pegang lagi tak bagi balik haihhhh.Petang tu dah dapat katil.so pindah bilik.selesa la sikit dpt tido baring kat katil,bilik ekon..ada kawan2.

Khamis 24hb,pagi tu pakar o&g Dr.Aruna buat round.so dia mintak chek jalan.aku bagi je tapi lepas tu menyesal pun ada hahaha...sakitnya masa dia buat tu...katanya still tak de progress,masih 2cm.sejam lepas tu sakit masih tak hilang,ptgnya dah start keluar lendir2 banyak pulak tu...sakit msih tak regular sampai ke mlmnya.

Jumaat 25hb chek jalan pagi pukul 11 baru 3cm..doktor cakap tunggu petang kalau tak sampai 4cm jugak baru induce,so jalan2 dlm wad tu bagi cepat buka,masa tu lendir pun dah kerap keluar..banyak plak tu.

Kelahiran putera ke5 (part 1)

Alhamdulillah hari ni dah hari ke7.Dah sihat sikit untuk menulis. Kelahiran kali ni lain dari yang lain..agak payah dan sakitnya sangat berbeza.
Pada 20-21hb mei aku dah rasa perut mengeras kerap sangat.waktu tgh mlm pulak tu...dlm hati duk berdoa kalau sakit harap2 sangat time en.suami kt rumah...jgn la time dia kat opis,jauh oiii dr opis ke rumah huhuhu...hari isnin tu aku start sakit boleh kata setengah jam sekali,tp tak sure nak suruh en.suami balik ke tak.jiran sebelah pun dah risau,sambil2 sakit sempat lagi wasap org sana sini hahahaha... Last2 semua suggest call en.suami suruh balik,standby kt  rumah je.Peliknya bila en.suami sampai,sakit pun hilang..aku pulak rasa bersalah huhuhu...
22 mei (selasa),ada regular chek up di klinik desa seperti biasa,pagi2 dah terpacak kt depan pintu.Aku cakap dengan JM yg chek aku tu,yg perut selalu mengeras,ada rasa sakit mild2 je tapi kerap jugak.so sepanjang duk chek up ada 2 kali jugak perut mengeras.JM suggest aku pegi je hospital terus walaupun tak de keluar tanda,sakit perut jugak salah satu tanda katanya...so ok lah decide nk pegi hospital lepas ambik adam dr sekolah.
Sampai di hospital pukul 3ptg,masuk bilik saringan chek air kencing,tunggu turn ctg,misi ajak chek jalan sbb dia ada nampak aku duk tahan sakit.bukaan baru 2cm masa tu.punyalah lama tunggu turn,dlm pukul 7 aku suruh je en.suami balik berbuka,kesian budak2 penat tunggu lama,adam pun dah penat.dalam pukul 8.20mlm baru start ctg.semasa ctg pun ada mild contraction 3-4 kali.Lepas tu tunggu turn scan,chek jalan lagi..hurmmm still 2cm.
Last2 masuk wad jugak mlm tu.dalam pukul 12mlm dpt bilik transit sbb bilik lain penuh..ada lah kawan sorang mlm tu.klu tak haru jugak sorang2 dlm bilik transit huhuhu.
Malam tu tido dekat pukul 2 dah...tp pukul 4 sedar,perut lapar...bancuh nestum 3in1.sambung tido balik dan sesekali contraction dtg sampai ke pagi.

Kesian budak2 ni kelaparan dan penat tunggu mami kt spital.sampai rumah dlm pukul 9mlm terus mandi n tido kata en.suami.ammar yg tak pernah pisah ngan mami pun tido tak sedar apa,penat sgt.

tengah tunggu turn ctg...



bilik transit...ptgnya baru dpt katil





Ramadhan kareem 2018

Alhamdulillah masih diberi peluang beribadah dibulan ni...tp sayangnya aku tak boleh puasa.Doktor tak bg puasa sbb berat tak naik dah 4 minggu,asik.merah je.Esok (jumaat) nak kena ke KK Bukit Rambai untuk scan baby.Takut baby besar kata doktor,sbb aku ada GDM kan..walaupun on diet control risiko baby besar tetap ada.
Balik dr chek up terus ke Mahkota parade shopping baju raya budak2 ni.Senang settle awal2,tinggal baju Arissa je belum beli.

Singgah makan kt oldtown white coffee

Tahun ni aiman dah start belajar puasa.Harap2 boleh la tahan.since mummy tak puasa hahahaa,kesian pun ada sbb nnt dlm pantang tak leh nak melayan sangat dia.
Mujurnya sahur  pg ni tak meragam,senang  je bangun.Habis jugak nasi sepinggan dgn ikan bawal masak kicap.

Saya sudah!

Perghh exited bak hang hahaha... First time mengundi berdebar rasa.selepas berkahwin ni sara terlepas 2 kali peluang mengundi sbb tak tukar alamat huhuhu...nasib baik kali ni sempat tukar.En suami suruh tukar alamat melaka je senang.takkan nk balik jauh2 semata2 nk mengundi kan...mcm

tak berbaloi rasa.
Harapnya keputusan yang baik-baiklah tahun ini.

"Nesting" mood sudah sampai



Assalam... Sedar tak sedar tak lama dah nak due.mengandung diusia 36 tahun,terasa sangat mencabar.rasa nak suruh baby keluar cecepat.penatnya tuhan je tahu.nak melayan 3 lagi kat luar ni kan.keluar masuk ambik anak sekolah...mlm2 tak berapa nak lena sangat duk heart burn.penat mcm mana pun mesti tak boleh tido lama.tak tau kenapa.mkn pun tak berselera sgt mcm yg sudah2.makan mcm biasa tp portion kecik dan tunggu betul2 lapar baru makan.hurmmm...mcm2 betul.

Hari ni baru start nak packing bag hospital.dr awal dah asing2kan yg nak bawak,cuma hari ni baru start packing.kemas bilik bawah dan kemas baju budak bertiga tu punya lah banyak..mkn masa 2 minggu baru siap hahaha...
Bulan lepas kemas bilik arissa...deco sikit bg cantik.ye lah bilik anak dara kan.so lepas ni boleh tumpu prepare dapur n kemas ruang depan.maklumlah raya tahun ni kena raya kat melaka la jawabnya huhuhu...

Minggu lepas dah beli kain langsir,hantar tailor.pasni nk cari wall paper plak.carpet tak survey lagi.eh,beriya en.suami kita hahaha.Aku ikut je.x dan nak pikir banyak2 eihhh

Welcoming the 3rd trimester


Assalam... Just nak update sikit je hihi... Alhamdulillah sekarang dah masuk 3rd trimester,masih sihat kesana kemari walaupun cepatnya rasa penat dan mengah..faktor umur barangkali hihi...alhamdulillah jugak kali ni tak de sangkut diabetes mcm preggykan Ammar dulu.kalau tak leceh jugak kena jumpa doktor la,pakar la,dietitian la...

Persiapan pun dah start sikit-sikit.tak sabar pulak rasa..dah lama tak berbaby kan๐Ÿ˜„,harap2 tak lupa pah cemana nak push nnt...

Zwitsal baby bath set


Zwitsal ni brand yg kiranya dah lama,tp tak berapa popular di malaysia...agak susah nak dpt produknya... Tp popular di indonesia.asal product dr Netherlands.
Bau pun wangi sangat.sapa nak try set ni boleh wasap sara ye 0129504644.
Rm18 sahaja.satu set ada 2in1 bath 300ml,syampoo 300ml,lotion 100ml...free baby powder dan juga beg comel.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...