Pages

Selamat hari raya aidilfitri 2018


Selamat hari raya semua... X de pic menarik pun.terperap kt rumah je raya pertama,kedua n ketiga hahahha... Mil datang beraya kat rumah,adik ipar n famili dr muar n abg ipar n famili dr klebang...so merasa la jugak suasana beraya masa raya pertama tu..tak pelah nak buat cemana kan,cam ni la beraya diperantauan hahahaha...alhamdulillah masih ada keluarga dtg,bawak makanan sedap2... Aku just masak ns putih,acar timun n ayam masak merah je,mak buat rendang daging n ayam,pastu beli lemang...tu je

Kelahiran putera ke5 (part 2)

Hari rabu 23 mei, masih belum ada tanda2 sakit kuat.selalunya mild2 je.doktor pun xde plak nak chek jalan or ctg...just pesan suruh timing waktu sakit je.mmg contraction aku tak regular,sakit 30minit,20minit pastu hilang...sakit 15minit 10minit pastu hilang...penat betul mcm nih.so doktor pegang lagi tak bagi balik haihhhh.Petang tu dah dapat katil.so pindah bilik.selesa la sikit dpt tido baring kat katil,bilik ekon..ada kawan2.

Khamis 24hb,pagi tu pakar o&g Dr.Aruna buat round.so dia mintak chek jalan.aku bagi je tapi lepas tu menyesal pun ada hahaha...sakitnya masa dia buat tu...katanya still tak de progress,masih 2cm.sejam lepas tu sakit masih tak hilang,ptgnya dah start keluar lendir2 banyak pulak tu...sakit msih tak regular sampai ke mlmnya.

Jumaat 25hb chek jalan pagi pukul 11 baru 3cm..doktor cakap tunggu petang kalau tak sampai 4cm jugak baru induce,so jalan2 dlm wad tu bagi cepat buka,masa tu lendir pun dah kerap keluar..banyak plak tu.

Kelahiran putera ke5 (part 1)

Alhamdulillah hari ni dah hari ke7.Dah sihat sikit untuk menulis. Kelahiran kali ni lain dari yang lain..agak payah dan sakitnya sangat berbeza.
Pada 20-21hb mei aku dah rasa perut mengeras kerap sangat.waktu tgh mlm pulak tu...dlm hati duk berdoa kalau sakit harap2 sangat time en.suami kt rumah...jgn la time dia kat opis,jauh oiii dr opis ke rumah huhuhu...hari isnin tu aku start sakit boleh kata setengah jam sekali,tp tak sure nak suruh en.suami balik ke tak.jiran sebelah pun dah risau,sambil2 sakit sempat lagi wasap org sana sini hahahaha... Last2 semua suggest call en.suami suruh balik,standby kt  rumah je.Peliknya bila en.suami sampai,sakit pun hilang..aku pulak rasa bersalah huhuhu...
22 mei (selasa),ada regular chek up di klinik desa seperti biasa,pagi2 dah terpacak kt depan pintu.Aku cakap dengan JM yg chek aku tu,yg perut selalu mengeras,ada rasa sakit mild2 je tapi kerap jugak.so sepanjang duk chek up ada 2 kali jugak perut mengeras.JM suggest aku pegi je hospital terus walaupun tak de keluar tanda,sakit perut jugak salah satu tanda katanya...so ok lah decide nk pegi hospital lepas ambik adam dr sekolah.
Sampai di hospital pukul 3ptg,masuk bilik saringan chek air kencing,tunggu turn ctg,misi ajak chek jalan sbb dia ada nampak aku duk tahan sakit.bukaan baru 2cm masa tu.punyalah lama tunggu turn,dlm pukul 7 aku suruh je en.suami balik berbuka,kesian budak2 penat tunggu lama,adam pun dah penat.dalam pukul 8.20mlm baru start ctg.semasa ctg pun ada mild contraction 3-4 kali.Lepas tu tunggu turn scan,chek jalan lagi..hurmmm still 2cm.
Last2 masuk wad jugak mlm tu.dalam pukul 12mlm dpt bilik transit sbb bilik lain penuh..ada lah kawan sorang mlm tu.klu tak haru jugak sorang2 dlm bilik transit huhuhu.
Malam tu tido dekat pukul 2 dah...tp pukul 4 sedar,perut lapar...bancuh nestum 3in1.sambung tido balik dan sesekali contraction dtg sampai ke pagi.

Kesian budak2 ni kelaparan dan penat tunggu mami kt spital.sampai rumah dlm pukul 9mlm terus mandi n tido kata en.suami.ammar yg tak pernah pisah ngan mami pun tido tak sedar apa,penat sgt.

tengah tunggu turn ctg...



bilik transit...ptgnya baru dpt katil





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...