Pages

Kelahiran putera ke5 (part 1)

Alhamdulillah hari ni dah hari ke7.Dah sihat sikit untuk menulis. Kelahiran kali ni lain dari yang lain..agak payah dan sakitnya sangat berbeza.
Pada 20-21hb mei aku dah rasa perut mengeras kerap sangat.waktu tgh mlm pulak tu...dlm hati duk berdoa kalau sakit harap2 sangat time en.suami kt rumah...jgn la time dia kat opis,jauh oiii dr opis ke rumah huhuhu...hari isnin tu aku start sakit boleh kata setengah jam sekali,tp tak sure nak suruh en.suami balik ke tak.jiran sebelah pun dah risau,sambil2 sakit sempat lagi wasap org sana sini hahahaha... Last2 semua suggest call en.suami suruh balik,standby kt  rumah je.Peliknya bila en.suami sampai,sakit pun hilang..aku pulak rasa bersalah huhuhu...
22 mei (selasa),ada regular chek up di klinik desa seperti biasa,pagi2 dah terpacak kt depan pintu.Aku cakap dengan JM yg chek aku tu,yg perut selalu mengeras,ada rasa sakit mild2 je tapi kerap jugak.so sepanjang duk chek up ada 2 kali jugak perut mengeras.JM suggest aku pegi je hospital terus walaupun tak de keluar tanda,sakit perut jugak salah satu tanda katanya...so ok lah decide nk pegi hospital lepas ambik adam dr sekolah.
Sampai di hospital pukul 3ptg,masuk bilik saringan chek air kencing,tunggu turn ctg,misi ajak chek jalan sbb dia ada nampak aku duk tahan sakit.bukaan baru 2cm masa tu.punyalah lama tunggu turn,dlm pukul 7 aku suruh je en.suami balik berbuka,kesian budak2 penat tunggu lama,adam pun dah penat.dalam pukul 8.20mlm baru start ctg.semasa ctg pun ada mild contraction 3-4 kali.Lepas tu tunggu turn scan,chek jalan lagi..hurmmm still 2cm.
Last2 masuk wad jugak mlm tu.dalam pukul 12mlm dpt bilik transit sbb bilik lain penuh..ada lah kawan sorang mlm tu.klu tak haru jugak sorang2 dlm bilik transit huhuhu.
Malam tu tido dekat pukul 2 dah...tp pukul 4 sedar,perut lapar...bancuh nestum 3in1.sambung tido balik dan sesekali contraction dtg sampai ke pagi.

Kesian budak2 ni kelaparan dan penat tunggu mami kt spital.sampai rumah dlm pukul 9mlm terus mandi n tido kata en.suami.ammar yg tak pernah pisah ngan mami pun tido tak sedar apa,penat sgt.

tengah tunggu turn ctg...



bilik transit...ptgnya baru dpt katil





0 Response to "Kelahiran putera ke5 (part 1)"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...