Pages

Kelahiran putera ke5 (part 3)

Pukul 3.30ptg doktor chek jalan katanya dah buka 4cm,alhamdulillah sangat tak payah induce,lega betul rasanya.En.suami pergi ambik kakak arissa dr asrama ptg tu. Pukul 4ptg kena buat ctg,45minit tu terasa lama sangat, sbb sakit dah makin kerap..berpeluh2 dah.lepas je ctg doktor suruh siap2 terus ke labor room,ambik baju baby,buka panties.call en.suami baru sampai,tgh pusing2 cari parking katanya.

Sampai labor room katanya tak de bilik kosong,kena tunggu dulu..tp masa tu aku dah tak boleh bangun dah..sakit gile...sampai 2-3 kali misi tanya dah nak teran ke? Aku kata tak rasa nak teran tapi sakit sangat2... Oleh sebab aku nampak mcm teruk sangat terus diorg dulukan aku masuk labor room... 

Bila dah masuk labor room tu doktor chek ctg,buang air kencing..tp tak nak pecah ketuban..sbb masa tu dah nak berbuka pukul 7mlm kot.tak pernah aku rasa sakit mcm gini,yg kena induce dulu pun tak sesakit ni... 

Selang masa contraction tu aku call en.suami nangis2 cakap sakit.dia ckp tak boleh masuk,sbb dah nak berbuka.tak de misi iring kot,pukul 8.30 baru boleh masuk..aku cakap tak pe la kalau cam tu,balik dulu hantar budak2 pastu dtg balik,sbb tak tahu pukul berapa siap.since arissa ada,ok sikit la tinggal budak2 kat rumah.

Pukul 7.30mlm misi chek jalan kata dah buka penuh tp doktor plak takde nak suruh pecah ketuban.pukul 7.45mlm doktor masuk pecah ketuban terus suruh push...masalahnya aku tak de rasa nak push,masa contraction tu just sakit je tp tak de rasa nak push,misi paksa jugak so rasa aku push baby dalam keadaan tak ready,curi nafas tp tersangkut lama..so kepala baby lekat la sekejap..panik gile misi tu...jerit2 panggil doktor masuk,barulah aku push baby keluar,tu pun ada tali pusat lilit sekali..biru jugak la muka baby huhuhu 

Bila letak atas dada nasib baik dia nangis kuat,so tak perlu masuk nursery.lega sangat2,kena jahit jugak sikit walaupun doktor tak gunting..kesan kepala baby lambat keluar misi kata,kulit jadi stretch,so jahit jugak sikit.

Yg kelakarnya lepas je baby keluar (8.10mlm),uri keluar,dah siap jahit dlm pukul 8.25mlm terus call en.suami,masa tu dia on the way balik hantar budak2 balik rumah.call mama,wasap sil..wakaka tah apa yg aku kalut sangat pun tak tahu.Exited mcm tak pernah beranak hahaaha....

Lepas semua selesai,rehat2 sambil tunggu keluar dari labor room,snap pic bilik LR..nanti rindu pulak kahhh

Pukul 10mlm en.suami dtg tp tak boleh masuk jumpa aku sbb masa tu aku dah kat luar,tunggu doktor chek lagi sekali sebelum masuk wad.lebih kurang pukul 12mlm barulah aku dihantar masuk.ke wad..phewww lega,dengan laparnya..dengar basah2nya rasa tak sabar nak balik wad.Lepas salin kain baju,pad,mandi..baru lah dpt makan tu pun burger mcD je bahahaha...milo panas ngan biskut..pastu barulah rasa penat dan ngantuk.

3kg

Nampak tak muka baby biru? Huhuhu sian anak aku...sorry baby...

Hari ahad 27hb baru aku boleh balik.selepas doktor puas hati dgn baby..walaupun masih ada biru lg kat muka,dan tanda lekuk dekat kepala...alhamdulillah semua ok je

Hari ke 6 ayah dah pergi daftar nama Ahmad Aqil Fiqri bin Arman Razni

0 Response to "Kelahiran putera ke5 (part 3)"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...