Pages

Aidilfitri 2019


Selamat Hari Raya semua... Alhamdulillah tahun ni kami balik beraya di Kota Bharu,sebab tahun lepasnya kami tak dapat balik sebab sara masih dalam pantang kan. Seronok tak terkata weh,lama dah berangan nak balik berbuka kat kampung,rindu makanan kampung.Biasanya kalau kami balik sehari sebelum raya je,klu hujung2 mcm tu dah tak banyak orang menjual kat pasar ramadhan kan....

Tahun ni kami balik awal,30hb dah gerak dari melaka.Singgah di Genting premium outlet sekejap pusing2 cari pasal hihi...tak de membeli pun sbb semuanya dah siap.saja jalan2 kat situ.Turun dari Genting terus ke Temerloh.Bermalam di Sri Malaysia Temerloh,ok lah not bad hotelnya.cuma sbb tak de sahur,so kena prepare sahur sendiri.Sbb dah hujung2 mcm tu mcm tak kisah sangat makan simple2 pun,roti dengan milo pun dah cukup.

Dari Temerloh kami bermalam di Kuala Terengganu pulak, seronok pulak rasa berenti2 mcm tu sebab badan tak penat sangat,tapi kalau ikut hati dah lama sampai kampung hihihi... tapi bila bermusafir ni kami lebih bonding,banyak masa luang bersama...maklumlah walaupun duduk serumah tapi masa habis dengan aktiviti asing2,masing2 dah besar tak nak duduk sekali dengan mami dan ayah dah.So,bila travel begini kami banyak luang masa yang berkualiti dengan anak2.

1hb  (sabtu) barulah sampai Kota Bharu setelah chek out dari hotel Grand Continental K.Tganu.Lebih kurang dalam pukul 4ptg sampainya.sempat singgah pasar ramadhan dekat pantai timur pengkalan chepa beli kuih2 yang lama dah plan nak makan hahahah... berbuka dirumah mama,rehat2..esoknya berbuka rumah ayah di wakaf che yeh pulak.

2hb(ahad) adik lelaki - Gd sampai dari senawang. makin meriah rumah....
3hb (isnin) papa masak bubur lambuk terengganu,peghh sedapp,menu wajib ada tiap kali Ramadhan. bubur lambuk pekat,sarat daun2,rasa ikan penuh...makan dengan daging goreng/daging bakar dan kacang goreng.
4hb(selasa) hari ni aktiviti biskut bunga mamatok,tahun ni mama tak larat nak buat,so kena la ambik bahagian terap2 biskut.bergilir2 dgn adik ipar -Dayah terap biskut hihihi... biskut ni tak boleh tak ada,cucu2,sepupu2 datang cari biskut ni dulu rumah mamatok..wajib ada,malamnya dayah masak rendang daging.Berbuka pun makan simple2 je,habiskan saki baki lauk lebih hahaha...iron baju raya,vacuum carpet dll...
Tahun ni meriah sbb raya bersama family Gd,biasannya kami selisih,tahun ni kami sini dia balik serting,klu kami beraya kl dia balik KB... so tahun ni sbb kami balik KB n dia mmg turn Kb tahun ni...missing Adik bongsu Zatil sbb kena bertugas dihari raya huhuhu,adik beradik dah la tak ramai,tak cukup pulak lagi la terasa kan.apo boleh buat...
















Kat Genting Premeium outlet sebelum turun...pusing2 tengok kedai hihi..




acara wajib pagi raya


tokki dan cicit-cicit (ni baru sebahagian) ,kalau tak silap tokki ada 26 cicit


with mama n papa




family Angah Gd,Dayah n Nina


kami...

ready nak jalan raya


ciksu (adik Zatil) suruh tampal gambar dia kat tengah2 tu hahahaha


0 Response to "Aidilfitri 2019"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...