Pages

CANSER??

tadi gugel2 jumpa artikel ni...nak share ngan kawan2....

TAHI LALAT BOLEH JADI CANSER
Tahi lalat yang tumbuh pada tubuh selalunya dianggap perkara biasa oleh kita. Malah dianggap sebagai penyeri wajah. Tahi lalat atau dalam bahasa perubatan dikenali sebagai nevus (untuk sebiji) atau nevi (untuk lebih dari satu) merupakan sekumpulan sel-sel pigmentasi yang sering muncul dalam rupa kecil dan bintik coklat gelap.

Tahi lalat boleh datang dalam pelbagai warna dan boleh tumbuh di mana-mana bahagian tubuh, termasuklah di kulit kepala, ketiak, di bawah kuku dan antara jari kuku dan kaki. Kebanyakan manusia mempunyai kira-kira 10 hingga 40 biji tahi lalat. Jumlah itu boleh berubah di sepanjang hayat kehidupan manusia.

Kebanyakan tahi lalat tidak berbahaya, tetapi dalam kes yang jarang belaku, tahi lalat boleh berubah menjadi barah. Mengawal tahi lalat dan bintik pigmentasi yang lain adalah langkah penting dalam mengesan kanser kulit, terutamanya melanoma malignan. Tidak semua melanoma terbentuk daripada pra tahi lalat, tetapi kebanyakannya bermula berhampiran tahi lalat atau bintik gelap lain pada kulit.
boleh baca selanjutnya disini

kenapa pasal tahi lalat?? ada la cerita nya....

al-kisahnyanya mcm ni... dah berbulan2 sara perasan perubahan saiz dan bentuk kat tahi lalat sara ni... tp sara wat dek je la... raya ke-3 hari tu sara rasa mcm pedih2... mcm jerawat la.. pastu merah kat sekeliling dia... tunggu punya tunggu hari ni baru la pergi jumpa pakar kulit kat hospital pantai...

alhamdulillah dokter cakap cuma jangkitan... tp saiz tahi lalat tu mmg akan membesar... n dia cakap bila dah besar dan baru nak buang parutnya jugak akan besar...kalau buang sekarang ni tak de la besar sangat parutnya..lepas pakai bedak tak nampak dah...hehehe

so dokter bagi date 5hb oktober ni utk remove tahi lalat...kalau rasa nak buang boleh datang date tu... huhuu...dilema betul!!






ni la tahi lalat yg sara cerita tu saiz 0.6mm agak besar la dr dulu..dulu kecik je...huhuu


0 Response to "CANSER??"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...