Pages

secebis pengalaman

Life pada tahun 2015 aku bermula sangat mencabar... Bermula dengan kisah kami balik bercuti di kelantan pada 24/12/2014.banjir besar yg melanda...kami juga terkena tempiasnya... Lebih kurang 2 minggu jugak lah duk kat kampung sebab kereta pun masuk air kan... Alhamdulillah walaupun rumah ayah mertua dinaiki air jugak tp tak de banyak kerosakan berbanding yg berada di kawasan kuala krai...
Balik dari kelantan kelam kabut siapkan brg sekolah anak-anak.tahun ni Adam start sekolah,maknanya aku banyak keluar masuk hantar ambik anak-anak...dengan sekolah petangnya lagi...

Baru nak sesuaikan diri dengan keadaan Ammar Razin pulak demam panas...2-3 hari demam tak turun.risau jugak sebab kami dr kawasan banjir kan kot lah penyakit bawaan banjir ke apa... So terus admit hospital pantai.Allahamdulillah demam panas biasa je tak de pape yg serius.Admit hari Jumaat.
Mlm ketiga (ahad malam) tiba2 en.suami call kata sakit belakang sangat sangat.mcm nk nangis tak tahan.panik jugak aku dengar.ye la nak buat mcm mana aku duk wad masa tu. Terpaksa mintak tolong jiran hantar en.suami n anak-anak tgh2 mlm tu.Sebelum tu sempat turun kat emergency ingat nak suruh ambulan je pergi jemput en.suami tp doktor kat situ kata ambulan tak boleh bawak budak2,kalau jadi pape insuran tak cover...ah pulak! aku dah nak nangis dah..nak naik cab pun dah tak de dah masa tu.Nasib baik juga jiran tu sms tanya kenapa sbb sebelum tu aku dah call tapi tak berangkat...ye la kan pukul 12mlm tu huhuhu. Nasib baik jugak aku ambik single room.so ada sofa n katil extra utk adam,arissa n aiman.

Mlm tu suami admited jugak.
Hari ahad ptg ammar dah discaj.so balik rumah dengan cab.paking baju suami ptg tu pegi hospital balik.
Isnin suami buat scan n kata ada batu karang dalam saluran kencing sebesar 4mm.Oleh sebab batu tu kedudukan dia tinggi so doktor suggest makan ubat dulu kalau nasib baik nanti dia keluar masa kencing? Aku mcm omg?!! Tak sakit ke?? Tapi masa duk dlm wad tak sakit pun.so hari selasa ptg dah boleh keluar.tp mlmnya sakit sangat..mcm nak beranak dah aku tgk duduk tak kena baring tak kena...dr tgh mlm sampai ke pagi tak boleh tido.esok pagi lepas hantar budak sekolah aku hantar hubby ke hospital balik n ptg tu jugak doktor operate...tak tau cemana nak cerita proses dia..tp.hubby cakap doktor masukkan tiub pastu gerudi bagi pecah n sedut keluar.

hari ni (selasa) 3/2/2015 appointment dgn doktor utk keluarkan tiub...pukul 3 prg tadi dah selesai semuanya tp masuk jugak day care setengah hari.

Harap sangat2 life aku back to normal...terasa sangat lah letih menjaga orang sakit,sepanjang duk ulang alik hospital hari tu pun aiman demam jugak 2-3 hari.lepas aiman baik,adam pulak panas2 badan... aku dah cuak kalau aiman demam sebab dia pun jenis demam lama..payah nak turun temp dia. 

Minggu depan aku ada appointment dgn doktor gigi plak... nanti aku cerita kisah dia kikiki...
bye!!

0 Response to "secebis pengalaman"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...