Pages

seminggu yang panjang...

Assalam... minggu lepas ialah minggu yg sangat penat, terasa sangat2 badan sakit sana sini,nak tidur pun rasa lenguh2.Seminggu sebelum tu en.suami outstation ke Penang,Ammar dan Aiman bergilir2 muntah dan berak2.
 Petang Ahad (20/11/2016)  tu kak ipar  datang bertandang ke rumah,sambil2 bawakkan hadiah untuk Arissa... malamnya sebab dah rasa nak demam aku mask tidur awal,dalam pukul 9mlm mcm tu...

Dalam pukul 1.30am mcm tu dengar en.aman duk mengeluh sakit,tanyalah kenapa then dia cakap sakit perut... ni tak lain tak bukan sakit batu karang dia lah tu,sakit mcm tahun lepas katanya... dah tak tahan sangat terus kejut Arissa n kemas beg baju en.aman. Nasib baik la Arissa senang bangun,siapkan susu adik,angkut sorang2 masuk kereta.Pukul 2am gerak ke kecemasan hospital Pantai.

Lebih kurang pukul 4am barulah urusan masuk wad selesai, angkut Aiman yg dah tertidur,badannya suam2...dah 2-3 hari tak selera makan.sampai je kat rumah terus muntah.Ammar pulak mintak roti nak makan...adoi ingt boleh terus sambung tidur.

Pukul 6am kejut Arissa,ingt nak suruh dia cuti je hari Isnin tu,tp dia cakap tak boleh sebab ada raptai untuk hari Anugerah dan beberapa urusan lagi.

Hari Selasa (22/11/2016) Mil pulak datang nak jenguk En.aman.penat jugak berulang alik ke hospital ni kan.dengan nak mengangkut kecik2 ni huhuhu....

Hari Rabu (23/11/2016) Majlis Anugerah sekolah kakak Arissa.Oleh sebab En.aman tak keluar wad lagi,aku gagahkan diri jugak pergi sbb ni majlis last untuk Arissa. terpaksa lah bawak Aiman n Ammar sekali,Mil tak berapa sihat,kesian pulak nak tinggal...kalau tinggal dah tentu2lah melalak si Ammar ni.



                                 Adam Danish dapat anugerah matapelajaran pen.jasmani dan kesihatan terbaik






Tak banyak gambar dapat diambil,maklumlah nak kejar dua org kenit ni mmg tak cukup kaki tangan rasanya.
Anugerah yg arissa dapat hari tu ialah: Anugerah matapelajaran terbaik Sains dan Teknologi Maklumat, Anugerah UPSR cemerlang, Anugerah Anjakan Paradigma dan Anugerah Khas Tokoh Sahsiah Terbaik 2016.
Alhamdulillah, penutup terbaik untuk tahun ini. Semoga dapat jadi inspirasi untuk adik2nya pulak.

5 Disember 2016 nanti arisa kena ke MRSM Terendak untuk Ujian Kelayakan Kemasukkan Mara (UKKM)...doakan dia ye?
Sara harap sangat arisa dapat masuk ke MRSM,supaya dia dapat kenal ramai kawan,dapat banyak pengalaman dan boleh belajar berdikari.

2 Response to "seminggu yang panjang..."

  1. Miss Mirror a.k.a Sam says:
    November 29, 2016 at 11:31 PM

    Now semuanya dah sihat kan?. Alhamdulillah. Let's award ourself for being so strong!. Kita ibu yg hebat!. Kekeke..

    p/s : Actually my kid pun sakit perut tu ari.. so I fhm situasi Sara.

  2. Adam says:
    November 30, 2016 at 8:44 AM

    Tambah lah gambar lagi.
    Tak puas tengok , sikit sangat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...