kelikkk la saya pelisss!!

keputusan UPSR 2016 ~ Arissa Sofia

Assalamualaikum... alhamdulillah semalam keputusan UPSR 2016 dah keluar.Anak sara Arissa Sofia salah seorang calon tahun ni, berdebar2 dari semalamnya lagi nak tunggu keputusan keluar... bila baca status2 mak2 kat FB, tak sabar nak tgk keputusan anak,sara pulak rasa cuak sangat... dalam masa yang sama ajar hati supaya redha walauapa keputusan Arissa.

Malam tu dah tak boleh tido,kejap2 sedar,kejap2 sedar huhuhu... dah la en.suami tak de kat rumah.Dia kena outstation ke Penang.So pagi2 kejut Arissa hantar sekolah mcm biasa,biasanya lepas hantar Arissa n Adam sekolah sara singgah kedai kuih utk beli sarapan Aiman n Ammar...tp fikiran dah melayang entah kemana.Sampai rumah baru teringat nak beli sarapan hihihi,sudahnya makan roti jelah pagi tu. Bila dah pukul 10pg sara try SMS untuk keputusan UPSR send ke 15888. 
Bila dah dapat tau keputusan barulah lega sikit,takk de debar2 dah hahaha... 

Dalam pukul 11.20pg sara keluar ke Airport Batu Berendam jemput En.suami dulu,lepas tu baru kesekolah Arissa.Ammar tertidur pulak dalam kereta,so sara tunggu dalam kereta jelah. En.suami sms katanya pengetua tgh bagi ucapan dan lepas tu baru bagi result. Katanya sekolah Arissa tak de yg dapat 6A dan 5A..paling tinggi 4A je,so mungkin Arissa lah yg dapat (masatu en.suami dah tau keputusan Arissa)


 Arissa antara seorang calon yang dapat 4A 2B dari 3org tu
dan 5 orang calon dapat 3A 3B

Okeylah tu Mami n ayah sangat berpuas hati dah dengan keputusan Arissa...kalau nak ingt balik keputusan ujian bulanan dan penggal pun teruk2 jugak... Semua cikgu tak sangka Arissa top scorer hari tu,sbb result periksa dia selalunya tak consistent.
Tak sia2 lah ayah cuti selalu sbb nak bg kelas intensif math kikiki.... 

Ada yang tanya tips mengajar anak...sara mmg tak de tips nak kongsi..yg sara tau,dekat nak periksa paksa je baca buku...(sbb anak sara mmg jenis kena paksa...mmg kalau tak suruh tak buat la jawabnya),tunggu la anak masa dia buat kerja sekolah.Paling penting sara tak bagi tengok rancangan maharaja lawak or sewaktu dengannya,sbb takut dia guna bahasa yg salah dalam periksa.Lain2 mcm makpak org lain jugak lah...doa doa doa!

p/s:maaf tak banyak pic,ni pun cikgu yg tolong snapkan hihihi









0 Response to "keputusan UPSR 2016 ~ Arissa Sofia"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...