Pages

keperluan asrama sekolah menengah (perempuan)

Assalam, agak lama entry ni tertangguh..sampai ada yg pm tanya bila nak update berkenaan keperluan asrama hihi...ada yg tertunggu rupanya,terima kasih ye. Maaf sangat2 bz betul sejak Arissa duk kat asrama ni,selalunya dia lah yg tolong sara dengan kerja rumah,sekarang semuanya aku kena buat sendiri maklumlah yg lain semua lelaki n kenit2 pulak...kalau Adam setakat mintak tolong angkat jemuran boleh la,lain2 tak berapa boleh harap lagi huhuhu.

ok sara bahagikan kepada beberapa bahagian dan ada beberapa tips aku selitkan sekali...ni jugak utk rujukan aku dimasa hadapan..manalah tau rezeki Adam duk asrama pulak kan...
Kemungkinan ada juga senarai ni tidak sama...sbb tak semua sekolah sama,so nnt bila dah masuk sekolah kena la mintak senarai or tanya pihak asrama apa yg boleh dan tak boleh ye.
(gambar semua dr sumber google..sara tak sempat nak save satu2 brg yg beli hari tu)

1)TOILETRIES~ (bakul shower yg berlubang) -baldi kecil tidak dibenarkan takut air bertakung
 - shower gel
-shampoo
-pencuci muka
-faminin hygine
-berus gigi dan ubat gigi (buh dlm bekas khas utk berus gigi n ubat gigi) ~ lebih hygiene


berus gigi simpan dalam bekas khas lebih bersih,so nnt mlm sebelum tidur just bawak bekas tu je tak payahla nak kena bawak bakul2 sekali kan hihi..






2)KEPERLUAN ASAS
-tuala mandi
-tuala muka
-gelas/mug,(mangkuk,pinggan,sudu,garfu) - jika perlu.sekolah arissa tak perlu sbb mee segera tidak dibenarkan mkn dlm dorm,bawak mug je
-hanger
-penyepit baju
-drying clip (senang utk jemur stokin n panties)
-botol air
-alarm clock
-cermin muka
-mattres protector
-bekas makanan(tapauware)
-pad (utk gegel je)
-tisu


drying clip (boleh didapati di kedai eco rm2,daiso,mr.diy,tesco)



3)PERAPI DIRI ~ letak dlm 1 bekas,supaya senang nak capai (since menda ni pakai setiap hari)
-sikat rambut
-bedak
-deodorant 
-body spray
-lipbalm (tiada warna,clear)
-getah rambut dan pin tudung,jarum peniti  (beli extra) ~ simpan dlm kotak kecil supaya senang nak cari

magnetic case (aku bubuh getah rambut,pin tudung) - tampal kat pintu locker,kalau locker besi terus lekatkan je,kalau locker kayu kena cari magnetic sheet tampal kat pintu then baru boleh lekatkan case ni,senang nak cari benda kecik ni. (semua ni ada kat daiso bahagian stationery)


bekas bulat tinggi tu sesuai utk letak sikat,bedak,diodorent semua..pastikan letak dlm 1 bekas


4)FIRST AID ~ letak dlm beg kecil / kotak kecil
-plaster
-minyak panas
-panadol
-ketip kuku
-ubt sakit tekak
-gula2 batuk (arissa bawa cap ibu dan anak)
-cotton buds
-vicks 
-vaseline
-ubat alahan (jika perlu dan sila dptkan dr klinik yg biasa pergi)
aku letak vicks dan vaseline dalam small containers mcm ni (boleh cari di kedai eco rm2 atau mr.diy)

kotak yg sesuai utk first aid 




5)KEPERLUAN TAMBAHAN
-torch light kecil (daiso pun ada,beli yg boleh buat keychain,so sangkut kat kunci locker)
-sewing kit
-alas locker (daiso ada)
-beg laundry (aku beli beg ikea yg biru tu je yg sederhana cukup lah)
-charcoal deodorizer (utk serap bau hapak dlm locker)
-pewangi locker (jenis sangkut pun boleh)
-kain buruk / tisu basah
-penyapu kecil (kedai eco rm2 )
-laundry net (kalau sekolah ada mesin basuh) - nanti tak de la yg kecik2 tu tercicir.
-febreeze

febreeze sara letak dlm botol mcm ni tp kecik je tak sampai 100ml kot,dlm 50ml je kot..senang nak simpan(.ni pun boleh cari kt mr.diy)


6)KEPERLUAN MENCUCI
-berus baju
-sabun basuh
-baldi besar

7)PAKAIAN (terpulang kepada keperluan nk bawa berapa helai)- biasanya 1 pasang boleh pakai 2 kali kecuali bj sukan

a)sekolah
-uniform sekolah
-tudung sekolah
-kasut sekolah

b)prep/asrama
-baju kurung 
-tudung hitam/putih
-sandal bertutup

c)malam/tidur
-seluar panjang
-tshirt short sleeve/long sleeve

d)sukan/riadah
-tshirt longsleeve
-seluar trek warna gelap
-tudung hitam/putih
-kasut sukan

e) solat
-telekung
sejadah

f)pakaian dalam
-bra
-panties
-kain dalam
-simis

g)tambahan
-stokin sekolah,sukan
-anak tudung
-inner
-cardigan
-kain batik

8)TAMBAHAN 
-padlock (biasanya ada 3 anak kunci),satu arissa pegang,satu lg sara pegang,satu lg yg spare sara jahitkan kt dlm beg sekolah Arissa.
-box
ikea gles box ni kecik comel je,ngam2 muat dlm locker,so sara letak semua panties,bra,stokin dlm box ni...kalau nak berterabur pun tak de la sampai melimpah keluar locker kan hihihi
satu lagi buat isi buku tulis dan buku teks (since sekolah arissa tak sediakan locker untuk letak buku huhuhu)


- hangin rack
kalau locker besar dan kurang shelf boleh pakai rak gantung ni,ada banyak saiz.ada pendek ada panjang. sesuai utk letak yg kecik2 mcm tudung,kain sarung,inner, panties2 pun ok. locker arissa kecik so tak muat pakai ni.

-shelf riser

shelf riser ni pun berguna juga utk memaksimakan ruang dlm locker.... bawah tu boleh letak mug dan bekas2,atasnya letak biskut2,stok makanan.

-S hook
-hook tampal



door hook ni pun berguna kalau muat,boleh sangkut kt pintu locker

















8 Response to "keperluan asrama sekolah menengah (perempuan)"

  1. Pokok Manggis Depan Rumah says:
    January 27, 2017 at 12:39 PM

    Ada yang perlu dan yang tak perlu. Sebab biasa loker asrama tak ada besar mana.

  2. Jobdirumah Buat Duit says:
    January 27, 2017 at 12:40 PM

    Perkongsian yang berguna. Boleh buat list nanti.

  3. sararisa says:
    January 31, 2017 at 12:18 PM

    ye betul... tp yg sara bawak ni semua muat2 dgn locker arissa... bergantung pada keperluan anak2 dan peraturan sekolah.

  4. Unknown says:
    December 24, 2018 at 5:43 PM

    List yang berguna👍

  5. Unknown says:
    November 9, 2019 at 1:59 PM

    Duit syiling��pon kena bwk sebb nk pakai public phone��kt asrama

  6. Anonymous Says:
    December 6, 2020 at 11:43 PM

    kenapa sy rasa mcm kekurangan lgi ye mcm duit syiling , kunci locker .. termasukkan dgn list brg asrama 😄 .. sy dah masuk asrama masa tingkatan 1 , lps pkp sy masuk dan lps raya haji sy keluar balik .. hehe sy ni sejenis penakut sebenarnya tapi sy suka tgk cerita hantu .. time gelap terfikirla pasal hantu .. mcm mna nk bg tk takut ye .. tahun 2021 sy tingkatan 2 jd sy masuk asrama sbb sy mintak .. tak sabar pulak sbb tetibe rasa rindu nk dduk asrama sebenarnya .. best dduk asrama sbb boleh jumpe kwn2 selalu tpi sebaliknya adela rindu keluarga lgi2 umi abi sy . sy harap list2 semua ni dptlah sy beli hihi . tu je huraian sy untuk kongsikan .

  7. Unknown says:
    December 30, 2020 at 2:57 PM

    Arissa sekolah mana??

  8. Unknown says:
    March 26, 2022 at 12:12 AM

    Terima kasih list sangat berguna

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...