Pages

tahun baru..cabaran baru

Assalamualaikum, masih belum terlambat rasanya nak ucap selamat tahun baru. Seperti biasa tahun baru sara akan sedikit sibuk.uruskan anak2 masuk sekolah,uruskan keperluan anak2... tambahan pula tahun ni kakak Arissa dah masuk form 1,Aiman start tadika...Adam je mcm biasa lagi.

So,nak cerita hal semalam,pergi mendaftar Arissa ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Perempuan Melaka atau nama lama Malacca Girls High School (MGHS).

Dari pukul 5.30pg dah bangunkan Arissa,Adam...beriap mandi tunggu azan subuh.siapkan baju2 dan kumpul barang2 yg perlu dibawa.Takde lah banyak since asrama dekat je...so keperluan untuk 1 minggu cukup lah hihih.... nanti aku listkan keperluan asrama dlm entry lain utk rujukan,kot2 bergunakan)





Pukul 7.50pg kami dah sampai kat perkarangan sekolah,dah ramai yg sampai rupanya.Dari rumah hujan lebat.sampai je kat sekolah hujan dah reda dan sedikit renyai. mujur boleh parking atas padang sekolah so ok lah tak jauh sangat.En.aman dan Arissa je yang turun dulu since dewan pun belum buka.malasnya nak kejar2 Aiman dan Ammar nanti hihihi...so aku n the boys tunggu je dalam kereta.






Antara isi dalam taklimat semalam ada bg tahu yang kelas disitu ada beberapa aliran:

1) Rancangan Khas 1 (dual language program)
     - 1 kelas
    -kelayakan UPSR 6A/5A/4A minimum gred B sains dan math

2) Rancangan Khas 2
    - 4 kelas
   - kelayakan UPSR 1A

3) Rancangan Khas Jepun ( bahasa jepun)
    -1 kelas
   - kelayakan UPSR 2A

4) Rangcangan Khas (muzik)
  -1 kelas
 - kelayakkan UPSR 3A




Dalam kereta hihi..sempat lah makan roti dan minum2

Dewan sekolah (pic diambil hari cuti,masa pergi ambil surat tawaran)



Pintu gerbang sekolah



Menunggu untuk beli pakaian sukan,tudung,buku tulis dikoperasi sangatlah lama... beratur nak ukur baju dan seluar trek lagi... jenuh la berpeluh2 kejar aiman dan ammar.Sementara en.aman beratur dikoperasi aku dan budak2 naik tingkat 4 untuk ke kelas Arissa...Tunggu turn nak bayar yuran dan ambil buku teks terpaksa la tunggu en.aman selesai dikoperasi dulu sbb biasanya tu semua dia yg uruskan... tak sanggup nak tunggu lama kat atas turun lagi sekali n masuk dlm kereta,buat susu untuk Ammar.

 kelas Arissa 1RK1 (rancangan khas 1) ada subjek tambahan iaitu Asas sains komputer.
Pandangan dari hujung koridor level 4.betul2 depan sekolah arissa tu ialah maktab perguruan perempuan durian daun (stadium mini tu dalam maktab)



jambatan...nasib baik la ada jambatan setiap level,bersambung 2 blok bangunan..tak de la penat sangat kalau kena turun sana sini kan hihi...



Selepas beli buku dan pakaian sukan en.aman terus ke kelas untuk bayaran yuran dan buku teks, aku dan budak2 dlm kereta.tak tahan panas. sementara menunggu sempat lah tulis nama kat buku Arissa.punyalah lama rasanya masa tu dah pukul 1 tp masih belum selesai pun,dengan penat,panas dan lapar.aiman dan ammar dah start cranky... Aiman tak berapa sihat dr mlm sebenarnya,tubuh rasa dedar2 so mmg monyok je la sepanjang hari.Nasib baik dia sempat tidur masa dalam dewan tgh taklimat tu.(ayah dia ambik sbb duk bergaduh dlm kereta). perut pula tengah lapar. nasib baik bawak banyak roti krim buat alas perut.Habis juga roti kakak yg dia nak bawak bekal ke hostel hihihi... (sekolah pun sepatutnya sediakan lah jamuan ringan,since kantin tidak beroperasi,kedai makan jauh dr kawasan... dan sudah tentu yg rumah jauh mesti kena gerak dari awal pagi kan?) hurmmm...

Pukul 2.30 en.aman call dari kelas Arissa katanya terus pergi ke asrama je la bawak sikit2 barang sbbnya takut tak sempat.So,bila aku dan budak2 angkut barang ke asrama ada pulak masalah lain.Nama Arissa tak de dalam senarai,satu hal pula nak kena tunggu en.aman lagi,jumpa pengetua dan ambil pengesahan la apa la... so tunggu lagi.Ammar dah mengantuk so tidurkan dia,sambil tunggu en.suami.


Laluan utama,selepas pagar asrama.(lupa pula nak ambil pic dari pagar masuk tu)




Ruang menunggu,ada banyak kerusi dan pondok,nampak tangga sikit tu,tangga tu utk ke dorm Arissa,tengah2 tu ada gelanggang.



Klasikkan tangga ni? naik je tangga,pusing kiri terus jumpa dorm Arissa,betul2 depan tangga hihi...tangga ni juga bersambung dengan blok sebelah.
 Arissa dapat blok Siti Khadijah.

Bila dah dapat bilik baru la boleh naik (katil dan loker ditentukan) ,locker kecik yg amat huhu,aku just bawa utk seminggu pun tak muat...jenuh la pusing sana sini nk bg kemas dan teratur,paling penting senang jumpa bila cari brg.


nasib baik dapat katil bawah,senang nak kemas kan. Boleh la tu...tilam dan bantal disediakan.Cadar dan selimut kena beli kt koperasi asrama.


 Sebelum balik, sempat la melawat tandas sbb nak temankan arissa tukar baju kurung biasa..dah rimas pakai bj sekolah dr pagi kan. So lepas tu sara balik tinggalkan dia.Tak de nak lama2 kat kereta takut jadi drama air mata kikiki... pesan itu dan ini,pandai2 lah nak urus diri sendiri.Lebih kurang pukul 4.45ptg baru aku balik,Pagar asrama tutup pukul 5.30 tp tak tunggu la,since perut dah lapar sangat2... Pesan kat arissa makan la pape yg bawak tu dulu utk alas perut,mkn malam katanya pukul 6ptg.
Balik dr sekolah terus cari kedai makan.balik n rehat,badan dah sakit sana sini.








Ini pula cerita hari ini,first day sekolah...Abg adam jadi pengawas perpustakaan,kena pakai baju biru,tie dan vest tak dapat lagi.





On the way hantar Aiman ke sekolah tadika JAIM,pagi pagi nampak steady je lagi,turun dr kereta (sbb kena park jauh),dah mula cakap tak nak pegi...tp mami ajak jugak,ikut la lambat2 kikiki...





Masuk kelas dah jumpa kawan,malu2 nak tegur,mami nak duduk kat luar pun tak bagi...mami kata kejap je nanti mami dtg balik..so tinggal kejap ambil phone yg tertinggal dlm kereta,silapnya sbb patah balik... bila nampak kali kedua dah tak nak duduk dah...mami tunggu luar pun bangun cari mami jugak...bila kelas nak mula dah tak mo duduk,start nangis,cikgu ambil n letak kat sebelah,cepat2 mami keluar hihihi...tak de pandang2 belakang dah...biar je cam tu..pandai lah cikgu tu handle...dia lagi berpengalaman.

Alhamdulillah balik sekolah happy je,cerita makan mee goreng,cikgu suruh ambik kertas dan warna...esok katanya nak pergi lagi tp jgn nangis la ye..esok lagi la mami tak layan,sbb ayah dah kerja.mami nak kena bawak Ammar lagi.






































0 Response to "tahun baru..cabaran baru"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...