kelikkk la saya pelisss!!

kuih lapis




semalam rasa terlebih rajin,so sempat buat kuih lapis utk makan ari ni...hehehhe..teringat plak mama suka masak kuih lapis...sampai arissa pun panggil kuih mama tok....wakakaka...aman n arissa suka la makan...si adam apa lagi terkedek2 la tengok org makan...ehehehe...walaupun ramai dah tahu reepi kuih lapis ni,sara nak gak kongsi resepi sara....hehehehe...
ni resepi kuih lapis:
bahan:
2 cawan tepung
2 cawan air
setengah cawan tepung jagung
setengah cawan susu cair
200ml santan - kalau pakai santan fresh tu amik 1 cawan je
1 cawan gula
secubit garam
esen rose
pewarna
cara:
1.campurkan tepung,air,santan,susu...kacau sebati
2.masukkan gula dan garam...
3.tapis menggunakan penapis paling halus
4.masukkan esen rose
5.bahagi kepada 2 bhg...(kalau nak wat 3 kaler bahagi la 3 bhg...)
6.masukkan pewarna utk setiap bahagian tu dan kacau rata...sementara itu panaskan pengukus
7.masak selapis demi selapis...setiap lapis tu lebih kurang 5 minit,lapis yg last tu biar selama 20 min
8.biarkan sejuk baru potong n hidang.
p/s: gunakan cawan yg sama untuk semua sukatan
: nak bagi wangi,masukkan daun pandan kedalam air kukus tu...nanti wap dia bau semerbak....
selamat mencuba!!

0 Response to "kuih lapis"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...