Pages

siri menjaga kesihatan 2


(imej dr google)
nak cerita pasa beras plak... lebih 5 bulan dah kot sara n family amalkan makan beras perang... untuk kebaikan katanya... hehehe, sejak2 rasa dah tua ni tahap kesihatan kena jaga betul2... mana la tau kan... so sebagai "manager" yg bertanggungjawab sara pun decide la apa yg terbaik utk family,sara pilih beras mcm kat atas ni....masa mula2 makan rasa tak sesedap beras putih,tak apa ek nak cakap...tak puas la gitu... berasnya tak berapa kembang dan rasa lebih cam hampas..err..cam makan jagung...(ada beza kan kalau makan jagung tua dengan jagung muda...)
brand ecoBrown gold ni tak paya basuh banyak kali pun takpe..berasnya bersih je... 2 kali je sara bilas tu pun tak payah nak kacau2...just goyang2 je periuk tu...hehehe
pakaging dia pulak jenis kedap udara...so beras sentiasa dlm keadaan baik dan segar!
(sara tak dapat pape tau iklan ni...just nak share info ngan kawan2 je!)

bila masak baunya pun tak berapa enak....tp yg bestnya makan beras ni,perut rasa kenyang lama...so tak de la rasa nak makan lagi pas tu...hehehe....
ni info tentang beras perang:

Kelebihan beras perang

1. mengandungi mineral maganese sebagai bahan anti pengaratan dalam tubuh badan
2. mengekalkan berat badan yang ideal
3. mengandungi selenium dan fiber/serat sebagai anti kanser
4. menurunkan kolesterol dalam badan
5. baik untuk wanita yang menopouse(menjaga jantung dan darah tinggi)
6. mengurangi penyakit kencing manis jenis ke 2.
7. mengandungi vit B1, B2, B6, zat besi, fosfat,
8. kalsium yang lebih tinggi berbanding beras putih.


Sebenarnya beras perang dan beras putih berasal daripada beras yang sama. Cuma proses seterusnya selepas dituai yang membezakan hasil beras itu sama ada menjadi beras putih atau beras perang. Beras perang terhasil apabila ia tidak menjalani proses mengilat atau memutihkannya seperti beras putih. Ketika proses penghasilan beras putih, lapisan dedak ini dibuang menghasilkan beras berkilat. Bagaimanapun ia menyebabkan kebanyakan zat makanan yang terkandung di dalamnya juga hilang.

Siapakah yang sesuai mendapat manfaat daripada beras perang?

Beras perang baik dimakan oleh individu yang ingin mengamalkan diet kalori rendah.

Satu cawan beras perang menyediakan anda 88 peratus magnesium harian yang diperlukan tubuh. Mineral ini penting untuk kesihatan sistem saraf, mengawal paras kolesterol badan selain penghasilan hormon seks

Satu kajian oleh Sekolah Perubatan Harvard dan Hospital Wanita Brigham yang tercatat dalam jurnal American Jurnal of Clinical Nutrition mendedahkan, wanita yang mengambil beras perang secara puratanya berat badan yang lebih langsing berbanding wanita mengambil diet beras putih. <--- ni yg suke dengar nih :P

Walaupun beras perang sering diabaikan oleh kebanyakan pengguna kerana dikatakan kurang enak atau baunya yang kurang segar namun, tiada siapa dapat menafikan manfaat dan kebaikannya.



0 Response to "siri menjaga kesihatan 2"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...