Pages

apa nak buat?? dah nasib!!!!

semalam sara pergi jmpa doktor pakar ortopedik (doktor yg buat operation lutut hari tu), sebabnya seminggu dua ni keadaan lutut sara tak berapa baik..hehehe sakit time berjalan,kalau duduk lama susah nak berdiri tegak dll... ingatkan kan sbb keadaan cuaca yg sejuk semenjak dua menjak ni... tp keadaan makin teruk sampai nak kadang2 nak berjalan n sembahyang pun susah...

rupanya sara lupa yg hari tu doter dah cakap yg selain maniskus tear,sara juaga ada masalah ligament stratch (atau di sebut ACL).Tapi dokter tak buat pape masa tu sbb simptom2 tak kuat sangat,lagi pun pembedahan ACL ialah pembedahan major.manakala maniskus cuma minor operation sahaja.

 apa itu ACL?

Lutut merupakan sendi penghubung di antara tulang paha (femur) dan tulang betis (tibia). Ligamen adalah struktur pada lutut yang memegang tulang femur dan tibia dan menolong mengawal pergerakan sendi.

Terdapat dua ligamen yang berada di tengah lutut iaitu anterior cruciate ligament (ACL) dan posterior cruciate ligament (PCL).
ACL adalah salah satu ligamen terpenting pada lutut. Ia berfungsi untuk mengawal sejauh mana tulang tibia bergerak ke hadapan, relatif kepada tulang femur.
Jadi, ACL adalah penting bagi mengelak pergerakan yang terlalu ke hadapan yang boleh menyebabkan kecederaan pada struktur lain dalam lutut.
Lazimnya, kecederaan ACL berpunca dari pergerakan memusingkan badan secara tiba-tiba dan perlanggaran fizikal.
Ia selalunya berlaku pada sukan-sukan seperti bola sepak, futsal, badminton, sepak takraw, ragbi, bola keranjang dan bola jaring.
Selain aktiviti bersukan, kecederaan di tempat kerja dan kemalangan jalan raya juga boleh mengakibatkan kecederaan ACL.







sudahnya doktor suruh balik fikir dulu bila ready nak buat since ini ialah pembedahan major.untuk pulih balik seperti biasa pun makan masa jugak... huhuhu mcm mana ni?? risaunya!!!!
selain itu kos pembedahan jugak di angarkan rm15K!! what!!???


untuk rujukan boleh jenguk ke sini ye





4 Response to "apa nak buat?? dah nasib!!!!"

  1. AyuArjuna BiGoshh says:
    November 15, 2011 at 9:55 AM

    hmmm, sabar ya....lama tu kena cuti... :) speechless

  2. Bukan Bidadari says:
    November 15, 2011 at 10:00 AM

    15K? erkkkk......

    sian sara...

  3. sararisa says:
    November 15, 2011 at 10:11 AM

    ermm tu lah... huhuhu....

  4. Miss Mirror a.k.a Sam says:
    November 15, 2011 at 10:43 AM

    Berat mata yg memandang, berat lg bahu memikul. Moga Sara tabah menghadapi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...