kelikkk la saya pelisss!!

apa ada dengan 2012?

salam, update laju-laju ketika si kecik n masih dalam mood nak golek2... saja nak amik date akhir tahun konon2 nak wat summary,

feb ~ pindah rumah baru
march ~ adik kawen
april ~ pregnant
sept ~ family day
november ~ kereta baru,arissa pelajar cemerlang
dicember ~ mr.hubby kerja baru, bersalin,berpantang

ni la ringkasanya untuk tahun 2012 ini... tahun 2013 akan menyaksikan perubahan besar jugak dalam jadual harian sara yg selama ni lepak2 goyang kaki je kat rumah... dengan arissa n adam dah sekolah,aiman makin membesar,en.suami kerja jauh...oh even more crazy life! sara tak sabar nak tengok aiman membesar,adam lebih berdikari n arissa lebih bertanggungjawab... dan saya sara berharap dan berdoa sangat2 supaya sara sentiasa lebih sabar melayani kerenah mereka ini!

AZAM SARA UTK TAHUN 2013

1.sejak raya puasa lepas sara dah jarang memasak kat rumah,jadi tahun 2013 sara berharap dapat luangkan masa memasak utk suami n anak2,makan berjemaah dan jugak luangkan masa utk arissa n adam belajar... lebih strict dengan jadual belajar (tak mau banyak masa tengok tv dah)...
2. solat berjemaah dengan anak2
3.bila aiman dah boleh makan,sara nak prepare healthy food utk dia (nak kurangkan bg nestum)
4.lebih gigih cari peluang biz (since tahun ni sale sangat merudum!)
5.lebih rajin update blog :P


sebelum terlupa, hari ni dah 31 hari dah aiman mikail... lambatnya rasa masa berlalu nak habiskan pantang ni..rabu ni baru nak gi cucuk sebulan,harap2 semuanay ok ok saja !

lastly, selamat tahun baru kepada semua pembaca,followers,kawan2 dekat atau jauh..semoga tahun depan membawa kita lebih keberkatan,lebih baik dr tahun ini dan seterusnya :)

salam sayang,
sararisa ghazali
31 dec 2012

0 Response to "apa ada dengan 2012?"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...