kelikkk la saya pelisss!!

balik kampung

salam semua... ermm nak ambik mood sebelum mempacking brg hhihi... malasnya lahai bab packing brg ni...kalau sikit2 tak pe ni dah anak ramai kena la banyak kan aduiii... insyaAllah esok sara balik kampung di kelantan flight air asia pukul 4 ptg. sara balik berdua dgn bambam aiman je...sementara mr.hubby,arissa n adam balik dengan kereta.katanya nak singgah bukit tinggi la cherating la... suka hati deme la,teman nak cepat sampai je sbb tak larat nak duk lama2 dlm kereta tambah pulak aiman bukan reti nak duduk diam.mr.hubby balik dgn kereta kecik pulak tu hahaha... bior la... sara ok je boleh balik kg lama2...

ni first time sara fly dgn aiman berdua je ni,dgn stroller lagi..berdebar je rasa,selama ni kalau en.hubby tak fly sekali pun sekurang2nya adam n arissa dah besar2 tak banyak ragam ni dgn aiman lg perut dah memboyot lg harap2 semua ok la kan...dah la sejak2 baik demam ni asik meragam je,tak boleh duduk lama,pastu kalau nak tido kena tido kat rumah tak mau dah tido atas riba ke dlm stroller ke payah betul nak lelap...huhuhu pas tu  mula la meragam lentik2kan badan dia,kalau ringan tak pe ni dah 10kg wat mcm tu patah la bahu mami!!!!....

oh ya sebelum terlupa pada peminat2 atau pengumpul2 fridge magnet kalau ada yg berminat nak wat koleksi ke,nak buat gift ke nak buat door gift ke bole la hubungi sara... ni antara felt fridge magnet yg sara siapkan sebelum bercuti...


2 Response to "balik kampung"

  1. Miss Mirror a.k.a Sam says:
    12/20/13, 12:46 PM

    Saya pun sama, asal nak naik flight je berdebar2... hehe.

    Take care Sara... happy holiday!.

  2. sara82 says:
    12/20/13, 4:30 PM

    hihi kann... kalau ngan anak besar skit ok la wat teman.. ni dgn yg kenit apa la dia tau..jgn wat konsert kpop dlm flight sudah huhuhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...