kelikkk la saya pelisss!!

day-2 2014

ermmm kemain rajin ye, amik semangat tahun baru ekekeke...
pagi tadi bermula dengan agak kelam kabut,bangun pagi terus kejutkan arissa,selesai solat arissa dah siap mandi. kejutkan adam, mmg liat nak bangun,sejuk la,sakit mata la, ngantuk lagi la macam2 ragam dia... sekali ayah dia bersuara baru la nak menapak masuk bilik air. turun bawah siapkan breakfast simple2,roti je hihihi... pakaikan adam baju sekolah,aiman pun dah bangun. mandikan dia.siapkan susu.siap semua baru la gerak. kelam kabut hari ni pasal sara nak kena ke klinik kesihatan cheng sbb kena buat MGTT atau lebih dikenali minum air gula bagi ibu-ibu mengandung...huhu...mr.hubby half day harini. lepas hantar arissa terus drop sara kat klinik n terus hantar adam pulak.
sib baik lah sampai awal dapat no.3 hari ni... nak jadi cerita sebelum minum air gula kena ambik darah dulu, sekali cucuk tak keluar,dua kali cucuk tak keluar, so nurse tu tak berani nak cucuk lagi panggil sister, sister tu cucuk 2 kali tak keluar jugak,tukar sister lagi sorang dia cucuk kat pergelangan tangan baru lah keluar tu pun sakit yg amat huhuhu.... pas minum air gula lepak kat luar kejap tunggu sampai pukul 10 and masuk balik. sambil2 tu layan dulu buku ulu yam di liverpool tu...sume org ingat sara peminat bola sepak pasukan liverpool hehehe...
pukul 10 masuk balik,tunggu turn sampai 10.30 baru la dia panggil. sekali cucuk tak keluar cucuk kali kedua baru la keluar...sudahnya balik rumah hari ni penih tangan bertampal plaster n kapas tu hihihi... tunggu la esok2 mesti lebam naik punya....
balik rumah makan nasi ayam, pastu siapkan baju mr.hubby sementara dia pergi jemput adam pukul 12 tu. pas mr.hubby pegi kerja,siapkan adam kana tengahari then sara tinggal je dia dengan tablet n nasi kat meja.kepala dah ting tong.aiman dah bising.tido sampai ke petang baru sedar. tu pun adam kejut nak susu hihihi... kejap lagi nak keluar ambik arissa plak..aishh boleh ke ni... lama tak drive ni?? tawakkal je la ye dok!


0 Response to "day-2 2014"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...