Pages

yang ditunggu sudah tiba!!

Assalamualaikum... first nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al mubarak kepada readers 'ikhlas dijari'... peh terasa mcm menteri plak hahaha.... setelah sekian lama menyepi fuhh... agak mencabar life aku sekarang nih, 4 org anak nak handle serentak mmg aku rasa mcm tak cukup nyawa...aku tabik la pada mak2 yg boleh handle anak2,rumah tangga sambil boleh tersenyum,muka berseri2,pinggang ramping,rambut terurus,tapak kaki licin bak telur dikupas... bahahaha :P ada ke??

akhir2 ni sangat la mencabar hidup aku ni,asal petang je aku rasa mcm tak ubah pekerja buruh kasar,rambut dah menggerbang berminyak,muka berminyak,tapak kaki mcm jln tar,ketiak tak payah cakap lah ^..^ huhuhu
mana taknya sorang nak mandi,sorang nak susu,sorang tengok atas meja,sorang duk punggah periuk kat dapur...adoiyai...pening wehh... biasanya siang2 tu aku biar je korang nak wat apa dlm pukul 5-6 ptg,aku bajet laki nak balik baru la aku kemas mainan2,lap dapur,kemas meja makan,mop lantai...so kalau ada sesapa tersinggah rumah aku time sebelum tu jgn lah ada yg masuk icu tgk keadaan umah tu ye....

Ammar dah 2 bulan++ isnin lepas pergi chek up,timbang berat sekarang ialah 5.8kg.boleh tahan jugak la walau tak mcm abg aiman dia.Alhamdulillah la dia tak susah sangat nak menjaganya,tido je sepanjang hari,kalau tak tido duk terkuit-kuit sorang sorang pun tak pe,yg tak bolehnya ialah abg2nya...kalau aiman suka sangat nk kiss2 baby,lepas kiss lepuk sebijik kat muka adoilah!


Buat masa ni mmg tak berani nak ambik sebarang tempahan felt atau kad raya untuk tahun ni  T__T
sedihnya,satu-satunya hobi aku yg boleh mendatangkan rezeki... tp mmg aku tak berani sbb life aku mmg upside down sekarang ni,tak boleh nak janji2 sangat lah...nak keluar pos brg pun aku tunggu hari sabtu huhuhu...

tapi aku mmg tak suka duduk sesaja kat rumahkan,nak jugak cari duit poket sendiri... so start bulan puasa ni aku meniaga nasi arab plak, no..no..bukan yg dah siap masak ye... nasi arab ni ko beli dengan aku pastu balik masak sendiri kat rumah bahahaha....



antara soalan lain ialah:

1.apa ada dlm kotak ni?
   ~ dlm kotak ni ada beras basmathy dan jugak rempah
     bahan lain seperti kambing,lembu,ayam,bawang,tomato timun sume bagai ko pegi beli kat pasar...
kalau beli megi pun korang tak dapat udang dlm megi tomyam kan?? hahaha

2. mcm mana nak masak?
~ senang je,ikut je inctruction dia,kat blakang kotak tu,selain tu dapat jugak bonus resepi untuk buat salad arab

3.1 kotak boleh makan berapa org?
~ 1 kotak mengandungi 450gm, lebih kurang 4-5 org makan atau setalam (pada kadar biasa) yg jenis pelahap aku tak tau!  :P

4. Apa beza Mandy Saudi, Mandy Yaman, Kabsah & Maqluba?
~ Perbezaan dari segi rempah, cara masak dan asal negara. Kabsah resepi dari Teluk Arab dan Maqlubah berasal dari Palestin, Jordan dan Lubnan.

5.berapa lama penyediaannya?
~ yg ni bergantung, kalau kau tumis rempah pastu sidai kain,susu anak,mop lantai,sembang dgn jiran sebelah mmg petang karang baru siap kot!! hahahahaa... ok lah bergantung la pada tahap kecekapan anda kat dapur,sbb sangat senang je buat ni,dapur pun tak kecah sangat...

6.siapa yg perlukan nasi arab ni?
~ isteri2 yg sibuk bekerja,sibuk jaga anak,fefiling nak masak sedap2 tapi masa tak cukup,nak suprisekan mak mertua atau bakal mak mertua... atau boleh simpan wat stok kot2 la tiba2 ada tetamu datang menyinggah kan...sesuai sangat....!
suami pun boleh!!

Dah soalan sudah dijawab,sila sms @ wasap @ we chat atau call terus ke 0129504644 (sara) untuk oder SEKARANG!!

1 Response to "yang ditunggu sudah tiba!!"

  1. Miss Mirror a.k.a Sam says:
    June 28, 2014 at 6:36 PM

    Wah!. Bagus ni...
    dah jadi tokey nasi arab dah!
    Moga bisnes terus maju.
    Mesti ramai yg berminat..
    lg2 klu murah.. kekeke.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...